Friday, April 22, 2011

Sejarah Freemason

Sejarah Freemason/Illuminati

1. Kisah bermula semasa perang Salib yang berlaku pada tahun 1099M di mana tentera Salib telah menawan Jerusalem.
2. Knights Templar, satu kumpulan askar Salib telah ditubuhkan pada 1118M untuk menjaga keselamatan Jerusalem dan sekaligus mereka telah mencipta sistem ekonomi mereka sendiri ketika itu melalui sistem
perbankan dan mempunyai dana yang besar (Knights Templar berasal daripada askar-askar Salib yang miskin dan dhaif).


KISAH SEBALIK KNIGHTS TEMPLAR DAN KEKAYAAN


1. Knights Templar telah terjumpa buku-buku sihir kuno Bani Israel yang dirampas oleh Nabi Sulaiman AS dan disimpan di satu bilik rahsia di bawah Masjid Al-Aqsa
2. Buku-buku sihir ini adalah sihir kuno terhebat Bani Israel hasil daripada ilmu-ilmu yang diajarkan para syaitan dan yang diperturunkan kepada Bani Israel melalui 2 malaikat Harut dan Marut seperti
tafsiran Al-Quran di bawah


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

 (SurahAl-Baqarah, ayat 102)

3. Oleh kerana kehebatan dan kekuatan sihir itu, maka Knight Templar dapat menghubungi Al-Masih Ad-Dajjal dan sekaligus ditawarkan kekayaan dan kenikmatan duniawi yang tidak terhingga menyebabkan mereka meninggalkan agama Kristian dan menjadi penyembah syaitan.

4. Kemudian tentera Islam berjaya menawan kembali Jerusalem dan Knights Templar melarikan diri ke Eropah

5. Raja-raja Eropah ketika itu menyedari perkara ini dan mengharamkan Knights Templar dan mereka ditangkap atas tuduhan menyembah syaitan dan melakukan sihir serta murtad tetapi kita diajarkan di dalam
sejarah, mereka yang ditangkap ketika itu adalah para saintis dan mereka yang tidak sefahaman dengan pihak gereja. Inilah yang digelarkan sebagai “Black Sunday”


6. Namun, ramai juga yang bebas dan terlepas daripada ditangkap dan dihukum. Mereka yang terlepas ini kemudiannya menyusun pergerakan mereka dan menggelarkan diri mereka Freemason dan mereka menjalankan konspirasi mereka dalam menjatuhkan pemerintah Eropah dan gereja melalui revolusi dan
diperkenalkan kepada dunia sebagai Renaissance sebagai mengaburi tindakan mereka.


7. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka menjalankan tugas untuk menguasai dunia pula kerana mereka diketuai oleh Al-Masih Ad-Dajjal yang ingin mewujudkan semula Haikal Sulaiman sebagai pusat pemerintahan Dajjal di Jerusalem sekaligus memulakan zaman penjajahan.

8. Kaum Yahudi di tindas dan sekaligus holocaust dirancang supaya kaum Yahudi merasa terancam dan terdesak. Setelah berjaya membuat kaum Yahudi ini terdesak dan terancam, mereka memperkenalkan fahaman Zionisme sekaligus mengakibatkan kaum Yahudi menyokong dan dalam masa yang sama mereka
mendapat sekutu yang kuat, iaitu Freemason dan Yahudi Zionis.


9. Orang Yahudi dihasut supaya membina Negara di Palestin dan membina Haikal Sulaiman sedangkan di dalam kitab Talmud sendiri melarang orang Yahudi daripada membina Negara mereka sendiri. Yahudi dipergunakan oleh Freemason untuk kepentingan mereka sekaligus menyebabkan seluruh dunia membenci
Yahudi tetapi tidak Freemason. Kerana inilah sebahagian Rabbi Yahudi tidak sama sekali menyokong malahan membantah Zionisme


10. Setelah seluruh dunia dikuasai, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua dirancang mereka dan watak PBB dicipta sebagai penyelamat dunia dan kemudiannya Perang Dingin pula dirancang dan mereka memperkenalkan Amerika Syarikat sebagai penyelamat dunia.

11. Nazi dan Soviet dicipta untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai penyelamat dunia dan kejayaan Amerika Syarikat mengalahkan raksaksa Nazi dan Soviet menyebabkan mereka dilabel sebagai penyelamat dunia dan kuasa terbesar di dunia.

12. Apabila raksaksa Nazi dan Soviet telah dipadamkan, muncul raksaksa baru untuk dihapuskan sekaligus peristiwa 11 September dirancang. Islam menjadi raksaksa yang mereka hendak hancurkan dan sekaligus
membolehkan Amerika Syarikat mewujudkan 10 pangkalan tentera mereka di sekeliling Israel sekaligus dapat mempertahankan tindakan mereka untuk membina Haikal Sulaiman.


13. Setelah Afghanistan tumpas, watak Saddam Hussein, Iran dan Hizbullah dinaikkan mereka. Saddam Hussein adalah ahli 33rd Mason dan Iran sebenarnya adalah sekutu Amerika Syarikat ketika Amerika
menyerang Afghanistan dan Iraq serta Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah dan kalah sedangkan yang terkorban adalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin


14.  Ini disokong oleh kenyataan Naib Presiden Iran ketika di Seminar Teluk: Cabaran dan Masa Depan di
UAE pada 15 Januari 2004 yang menyatakan


“Jika tidak kerana Iran, Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh (tewas kepada Amerika Syarikat)"

dan kenyataan James Dobbins“Selepas serangan 9/11 Amerika Syarikat telah menyertai satu pasukan pakatan yang dianggotai oleh India, Russia, Iran dan Pakatan Utara untuk mengalahkan Taliban dan hasilnya Taliban telah ditewaskan”

15. Gaya tabik tentera Iran adalah serupa seperti gaya tabik tentera Nazi dan ini adalah gaya Freemason. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, Ayat 51


    Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu


Persoalannya adakah Allah SWT menyatakan mengenai semua Kristian dan Yahudi atau adakah ianya sebahagian Kristian dan sebahagian Yahudi? TIDAK, Islam tidak mengajar kita bersifat bermusuh. Maksud ayat itu ada di dalam sambungan ayat iaitu


   Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu, yang mana mereka itu sekutu dan rakan sesama mereka

16. Untuk pengetahuan, Yahudi dan Kristian tidak pernah berkawan dan bersekutu. TIDAK PERNAH. Kenapa? Kerana Yahudi telah melakukan DOSA TERBESAR MANUSIA kerana mereka membunuh ANAK TUHAN iaitu Jesus Christ (Fahaman Kristian) oleh itu bagaimana mereka boleh bersahabat dan bersekutu sesama mereka? Oleh itu mereka tidak akan bersahabat dan akibat daripada rentetan sejarah itu, Yahudi dan Kristian sentiasa bertelagah dan bergaduh sesama mereka (Yahudi di halau dan ditindas di Eropah dan sebagainya)

17. Tetapi apa yang terjadi kini adalah perkara yang pelik, Kristian dan Yahudi bersekutu. Pope sendiri bersekutu bersama Israel (Yahudi) dan sering menerima kunjungan diplomatik Israel di Vatican City. Sebenarnya mereka ini bukanlah Yahudi atau Kristian tetapi adalah Freemason atau penyembah
syaitan.


18. Bagi umat Islam, tiang yang dipanggil Obelisk ini adalah lambang tempat syaitan berkumpul dan sekaligus kita melontar batu sebagai tanda kebencian kita dan penentangan kita terhadap syaitan (Melontar Jamrah) tetapi di Negara yang diperintah atau dikuasai Freemason ini, Obelisk ini adalah tanda kemuliaan. Lihat di Amerika Syarikat dan termasuk di Vatican City


Wallahualam.....

No comments:

Post a Comment