Sunday, July 3, 2011

Kaitan PKR dan Freemasonry

Perkara ini bukan lagi baru, dan ia sudah lama dibangkitkan dalam banyak forum serta blog-blog di Malaysia sebelum ini. Namun artikel ini ditulis semula agar pembaca merenung sejenak mengenai Freemasonry di Malaysia kini. Apakah kaitan Freemason dengan Parti KeAdilan Rakyat (PKR)? Jika para pembaca perhatikan pada bendera PKR atau nama lamanya Parti KeAdilan Nasional (PKN), lambang All Seeing Eyes nyata terdapat pada bendera parti reformasi itu.


Masih kurang jelas dengan imej all seeing eyes pada bendera Parti KeAdilan Nasional di atas? Perhatikan pula gambar bendera PKN yang sudah saya 'highlight'kan dengan warna hitam.




Tahukah anda mengapa bendera PKN kemudiannya telah bertukar imej? Ini berikutan penggabungan parti reformasi itu dengan sebuah lagi parti kecil di Malaysia yakni Parti Rakyat Malaysia (PRM). PRM telah ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam. Kerjasama PRM dan PKN bermula daripada pembentukan barisan Alternatif.



Presiden PRM ketika itu, Dr Syed Husin Ali (bekas Timb Presiden PKR) berhasrat untuk menggabaungkan PRM dan PKN namun telah dihalang oleh pihak berkuasa. Pada 3 Ogos 2003, PRM dan PKN telah membentuk satu gabungan yang akhirnya telah membentuk PKR. Walau bagaimanapun, penggabungan tersebut tidak diiktiraf oleh semua pemimpin dalam PRM.



Jika dilihat pada bendera PRM ini pula, terdapat kepala lembu berwarna hitam dilihat menyerupai Moloch. Tahukah anda apa itu Moloch?




Setelah berlaku penyertaan beramai-ramai ahli PRM ke dalam PKN yang kemudiannya bertukar menjadi PKR, bendera PKN yang dahulunya berwarna biru muda dan putih kini disertakan dengan warna merah dibahagian sisinya.


Pernahkah anda terfikir mengapa bendera PKN/PKR berwarna biru muda? Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan kedua tertinggi negara, Timbalan Presiden Malaysia, beliau sememangnya diakui mempunyai pengaruh yang sangat baik dengan pemimpin-pemimpin dunia khususnya dari Amerika Syarikat dan Eropah. Apa yang pasti, jaringan Anwar Ibrahim dan Yahudi-Zionis sememangnya tidak dapat dinafikan lagi walaupun oleh tuan empunya badan (Anwar Ibrahim). Jika hendak saya nyatakan di sini sememangnya banyak. Jadi kepada pembaca yang mempertikaikan kenyataan diatas, dinasihatkan supaya mencari maklumat berkaitan jaringan Anwar Ibrahim dan Yahudi Zionis di sini. [search]



Novus ordo seclorum dan annuet aceptis merujuk kepada pembulatan dunia atau dunia yang akan dikawal sepenuhnya oleh Freemasonry. Golongan ini memperjuangkan satu agenda yakni New World Order dan kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia sekarang sama ada pemimpin Eropah mahu pun dunia Islam, berada diatas landasan agenda ni. Ini termasuklah Adolf Hitler yang mana telah memainkan peranan dalam mebina sebuah alasan logik bagi puak Yahudi Khazar untuk membina semula negara haram Israel. Seperti mana yang kita tahu, Hitler merupakan 'son of bitch' kepada Rothschild, dan dinasti Rothschild inilah yang memainkan peranan utama dalam menggerakkan pelbagai agenda Zionis.



Dari kiri : Amartya Sen, Emma Rothschild dan Michel Camdessus di Itali

pada satu majlis dialog antara agama.



Anwar selalu himpit Emma Rothschild, salah seorang warisan keluarga besar Rothschild. Anwar selalu mengagungkan pemikiran falsafah Amartya Sen, seorang yang berasal dari agama Hindu convert kepada atiesme setelah berkahwin dengan Emma Rothschild. Bermakna, Anwar telah mem'bodek' Amartya Sen untuk membeli jiwa Emma dan nak dapat simpati daripada keluarga Rothschild.


Pada tahun 2007, Anwar Ibrahim sendiri telah menulis di blognya [www.anwaribrahimblog.com, klik di sini] bahawa beliau telah berwacana bersama empat tokoh di Florence, Itali. Empat tokoh itu adalah Anwar Ibrahim, Amartya Sen , Emma Rothchild dan Michel Camdessus. Maknanya disini, mereka adalah kawan baik dan Anwar termasuk salah seorang daripada rangkaian mereka.



Satu pendedahan menarik telah dibuat oleh David Pidcock, [klik di sini] yang mendedahkan mengapa Al-Gore bermati-matian menyokong Anwar Ibrahim. Ini juga berkaitan dengan sentimen perkaitan keluarga Rothschild.

“ramai orang terkejut apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat menyokong secara terbuka kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ramai yang tidak mengetahui sokongan Al Gore sebenarnya diatur oleh IMF dan Wall Street. Peneraju IMF ketika itu adalah Michael Camdessus, yang merupakan sahabat dan sekutu Anwar dan mereka pernah menjadi penulis bersama dalam sebuah buku.. Ramai yang tidak mengetahui sentimen Al Gore dipengaruhi oleh anak perempuan yang berkahwin dengan Paul Schiff,(keturunan Rothschild) pengarah Wall Street(milik Yahudi). Paul Schiff adalah keturunan Jacob Schiff yang ditugaskan untuk membiayai Revolusi Bolshevik yang menjadi dendam lama keturunannya”

Maka dengan itu, tidak hairanlah jika PKN ketika zaman reformasinya telah ditaja oleh Yahudi Zionis. Simbol PKR juga boleh disamakan dengan One-eyed God Horus ataupun dikenali Tuhan Matahari yang disembah sejak zaman Predynastic hingga Zaman Greece-Roman.



The Protocols of Zion hakikatnya telah ditulis oleh Jesuit dan mereka menjual nama Yahudi untuk agenda jahat mereka dan menuding jari ke arah Yahudi. Zion ini adalah kearah penubuhan negara untuk Zionis dan perlu diingatkan, bahawa Zionist tidak sama dengan Yahudi yang lain.

Hakikat ini boleh dilihat apabila banyak rabbi Yahudi yang membantah sekeras-kerasnya serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza yang diserang Israel. Ini kerana, tindakan ganas tersebut bukanlah 'kerja' semua orang Yahudi, sebaliknya ia dilakukan oleh kerajaan Yahudi Khazars-Zionis yang mana sedang memerintah Israel sekarang. Terdapat juga rabbi Yahudi yang membantah penubuhan negara haram Israel kerana mengikut kitab asal yang dipegang oleh minoriti Yahudi Ortodok, mereka sama sekali ditegah untuk menubuhkan negara sendiri.

Anwar Ibrahim dan Jesuit


Society of Jesus ataupun lebih dikenali sebagai Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom. Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lebih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan perancangan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa.



Pada awalnya mereka berselindung di celah-celah jubah Pope Vatican dengan mengadakan misi dakwah di negara-negara jauh (lebih mendekati peranan organisasi Tabligh dalam dunia Islam) khasnya berkhidmat di Jerusalem (Baitul Maqdis) tapi lama kelamaan mereka mula menguasai gereja dan sampai ke tahap membunuh kepada sesiapa yg cuba menghalang rancangan mereka termasuklah para paderi, bishop dan Pope sendiri.



Jesuitlah yang merancang konsep 'White Pope' dan 'Black Pope' di mana Pope yang memegang kuasa Vatican sekarang adalah boneka kepada 'Black Pope' iaitu Jeneral Agung Jesuit di mana kini dipegang oleh Peter Hans Kolvenbach. Apabila orang Islam dapat ditundukkan dengan kejayaan membina Kuil Sulaiman/ Temple of solomon/ Temple Millennia di tapak Masjid Al-Aqsa, maka 'Black Pope' tadi akan ditabal menjadi Raja Kristian Kerajaan Satu Dunia yang bekerjasama dengan Raja Yahudi yang ditunggu-tunggu, Al-Masih Ad-Dajal...



Tahukah anda apa yang dibulatkan pada gambar di atas? Ianya adalah simbol IHS, inilah lambang Jesuits seperti yang diterangkan diatas. Jesuits ini telah diwujudkan semula, selepas membuat kekacauan di Eropah pada tahun 1814 oleh Pope Pius VII. Gambar diatas, diambil di Common Word, Universiti Georgetown. Dari kiri Tony Blair (bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT).





Adakah ini satu kebetulan? Logo mata satu persis logo Illuminati, 'all-seeing eye' telah digunakan pada poster kempen PKR ketika satu pilihanraya. Terpulanglah pada anda untuk menilainya.

2 comments:

  1. bodoh..kalau ni semua benar xpe..xdpt pahala pun
    kalau ni semua fitnah..tanggung dosa

    ReplyDelete
  2. yup ,to investigate somethings,we must begins from small things

    ReplyDelete