Sunday, September 25, 2011

Dunia Sebenar

Gambar Yang Menyedihkan
Penjara Abu Gharib
Semenjak tahun 2004, jumlah penderaan fizikal dan psikologi termasuk penderaan seksual terhadap tahanan di penjara Abu Gharib, Iraq, telah mendapat liputan meluas media antarabangsa. Kesalahan ini (dalam gambar) dilakukan oleh tentera dan agensi kerajaan Amerika
Pelarian Afganistan Berlindung Dari Ribut Pasir
Biafra
Apabila Igbos Timur Nigeria mengistiharkan kemerdekaan pada tahun 1067, Nigeria telah mengepung negara yang belum matang itu – Biafra. Dalam masa tiga tahun peperangan, lebih dari 1 juta orang terkorban akibat kebuluran. Kebanyakkan kanak – kanak terkena penyakit kowashiokor.
Pengebumian Kanak – Kanak Yang Tidak Dikenali
Pengebumian kanak – kanak yang tak dapat dikenal pasti. Gambar ini menunjukkan malapetaka industri terbesar dunia, oleh syarikat kimia multinasional US, Union Carbide
Hukuman Mati Gerilla Viet Cong
Gambar ini menunjukkan ketua polis vietnam selatan melaksanakan hukuman mati terhadap banduan yang dituduh talibarut kepada Gerilla Viet Cong.
Kanak – Kanak Nilgunyalcin
Kanak – kanak Sudan yang sudah tidak berdaya telah ditunggu oleh burung hering berdekatan. Keadaan yang jelas menunjukkan kanak – kanak ini mengalami kebuluran dan burung hering tersebut menunggu dengan sabar kematian kanak – kanak tersebut.
Tiada siapa tahu nasib kanak – kanak tersebut pada akhirnya, yang sedang merangkak ke kem united nation (UN). Jurugambar Kevin Carter telah memenangi hadiah Pulitzer dengan gambar ini, tetapi beliau bertekad membunuh diri selepas tiga bulan menangkap gambar ini.
Ayah Berusaha Menyelamatkan Anak di Palestin
Imej dari sedutan video, kanak – kanak 12 tahun Muhamad Al – Durrah yang ditembak mati di semenanjung Gaza. Kejadian ini telah dirakamkan oleh 2 kameraman warga Perancis
Pemisahan Air Pancut
Mesin air pancut yang sejuk dan besar untuk orang kulit putih dan mesin yang kecil untuk golongan minority berkulit hitam
Kanak – Kanak Kebuluran
Daerah Karamoja, Uganda 1980. Gambar ini memenangi pertandingan fotografi, tetapi ia sebenarnya dihantar oleh orang lain. Tuan gambar ini, Wells (seorang mubaligh) bertindak tidak menuntut hadiah kemenangan tersebut kerana dia merasa malu atas alasan gambar orang yang sedang menghadapi kematian tidak patut dipertandingkan, dan beliau sendiri tidak pernah menghantar gambar itu

No comments:

Post a Comment