Monday, December 5, 2011

Al-Riddah : Penerangan

Pendahuluan :
  • Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.
  • Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan g0l0ngan yang tidak mahu membayar zakat.
  • Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika Abu Bakar as-Siddiq menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.
  • Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan Taif.
 Isi :
Golongan-golongan Ar-Riddah :
1.         Golongan Nabi-nabi Palsu :
Tulaihah al-Khuwailid  ( Bani Asad di Najed / Tengah Arab )
Ajarannya :
  • Menghapuskan amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang dicipta Tuhan bukanlah untuk dihina sebanyak lima kali.        
  • menghapuskan amalan zakat.                
  • Beliau pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar menuntut supaya mengakui kenabiannya, tetapi gagal.
Al-Aswad al- Ansi ( dari Yaman )
  • Nama sebenarnya Ailat b. Ka’ab b. Auff al- Ansi  ( dari Bani Mazhaj )
  • Digelar ‘aswad’ kerana kulitnya gelap dan gemar memakai purdah.
    • Berkebolehan dalam ilmu hitam dan sihir. Mempunyai pengikut seramai 700 orang-berjaya menguasai kota San’a daripada pemerintahan Islam
Ajarannya :
  • Membebaskan pengikutnya dari kewajipan sembahyang dan zakat.
  • Menghalalkan penzinaan. ( ajarannya cepat popular )   
Sajjah bt. al-Harith b. Suwaid b. Aqfan ( Bani Tamim di Yamamah ) 
Ajarannya :
  • Mengakui sebagai nabi wanita.
Musailamah al- Khazzab ( Bani Hanipah di Yamamah )
  • Mula aktif sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.
  • Mempunyai kekuatan tentera seramai 40,000 orang.
  • Semakin kuat setelah bergabung dengan pengikut-pengikut Sajjah al- Harith.
2.         Golongan Murtad :
  • Golongan yang terus keluar daripada Islam.
  • Banyak terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah,  dan Yaman.
  • Mereka menyokong nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam
3.         Golongan Yang Enggan Membayar Zakat :
  • Muncul di Yaman, Yamamah, dan Oman.
  • Dipelopori oleh Malek bin Nuwairah.
  • Juga menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al- Harith. Termasuk kaum Absy dan kaum Zubayn di luar kota Madinah yang mengaku patuh keepada Islam tetapi enggan membayar zakat.
Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Ar-Riddah :
1.         Keimanan yang Lemah :
Penyebaran Islam secara meluas berlaku pada 6 H dan ketika penaklukan Makkah    pada  8 H. Nabi Muhammad pula wafat pada 10 H . Kebanyyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.
2.         Kepentingan Tertentu :
Golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan   dan kedudukan serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam.
3.         Semangat  Assabiah :
Masih  mempunyai semangat assabiah yang mendalam terhadap kabilah masing-masing.Walaupun telah diperangi oleh Nabi tetapi mereka kembali ke amalan assabiah yanh menjadi tradisi hidup selepas Nabi wafat.
4.         Golongan Nasrani dan Yahudi.
Golongan ini  merupakan punca yang menyebabkan berlaku kejadian murtad di kalangan umat Islam. Kedua-duanya sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesatkan umat Islam daripada ajaran sebenar.
5.         Keinginan Menjadi  Nabi.
Terdapat juga  orang Arab yang ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan tidak mahu mengikut nabi orang Quraisy. Nabi-nabi palsu muncul kerana golongan ini ingin menjadi nabi kerana terpengaruh dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W seperti menguasai masyarakat Arab, mempunyai ramai pengikut yang berjuang bermatian-matian untuknya dan berjaya menyatupadukan Arab dari pelbagai suku. Sokongan kepada nabi-nabi palsu disebabkan permusuhan mereka terhadap kaum Quraisy yang terkenal sebagai kabilah yang mulia di Tanah Arab.
6.         Salah mentafsir ayat al-Quran tentang zakat.
Golongan ini mengaku masih menganut Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ayat al-Quran ( Surah at-Taubah ayat 103. )
Menurut golongan ini tujuan utama membayar zakat untuk membersihkan dan menghapuskan kesalahan yang pernah mereka lakukan. Apabila nabi wafat mereka beranggapan tugas membayar zakat telah berakhir kerana hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak melaksanakan proses membersihkan kesalahan dosa mereka. Pada mereka semasa Abu Bakar ia bukanlah nabi dan tidak layak memingkul tugas tersebut. Golongan ini tidak ikhlas dalam usaha membayar zakat kerana menggangap zakat sebagai suatu ufti yang dikutip oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya.Selepas Nabi wafat, mereka tidak perlu membayar zakat.
Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :
  • Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.
  • Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.
  • Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara bersendirian.
  • Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.
  • Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.
  • Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
  • Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan

No comments:

Post a Comment