PETIKA DARIPADA BLOG MYKMU
gaduh_diKFC
KISAHNYA seorang pelanggan mendakwa dibelasah oleh seorang kakitangan KFC, tak pulak disebut KFC cawangan mana satu. Kejadian itu dirakam oleh seorang pelanggan lain dan disiarkan secara meluas di Youtube
Akibat dari kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat dan satu sidang media pun diadakan.
Sepatutnya isu ini dilihat dari pergaduhan antara kakitangan KFC terbabit dengan pelanggan tersebut sahajalah, tapi nampak ia jadi masalah negara bila website pro pembangkang, Malaysia-Chronicle, ambik isu ini dari sudut perkauman tanpa melihat dari keseluruhan kejadian terlebih.
Maksud penulis, tidak diketahui siapa yang provokasi siapa dahulu tapi hanya cerita sebelah pihak sahaja yang diambil bulat-bulat untuk membangkitkan isu perkauman.
Mungkin saja pelanggan tersebut yang provok kakitangan tersebut dan dia hanya membalas semula kata-kata kesat yang dilepaskan kepadanya, siapa tahu? Sebab itu biarkanlah polis menyiasat sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
Penulis dimaklumkan bahawa syarikat UMNO kuasai KFC, sebab itu isu ini dibesar-besarkan dan dijadikan isu perkauman oleh Malaysia-Chornicle.
Penulis tak pasti tentang UMNO tapi yang penulis tahu KFC dimiliki syarikat Melayulah. Melayu bukan semua UMNO pun jadi boleh saja dikatakan ini syarikat pembangkang.
Justifikasinya, kalau dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), malah dalam perkhidmatan awam pun berlambak penyokong pembangkang, apatah lagi syarikat-syarikat besar ni.
Tapi pokok pangkalnya, kenapa pulak nak jadikan satu insiden ini sebagai isu perkauman?
KFC pun ramai gajikan orang cina, india dan pelbagai bangsa sebagai kakitangan. Dek satu kejadian terpencil ni maka semua KFC nak diboikot, nampak bodohlah sangat.
Artikel ini sebagai contoh, bila artikel pun dah berbaur perkauman, maka komen-komen dibawah pun berlebihlah lagi perkaumannya. Siap nak boikot KFC tu.
Apa kesudahannya negara ini besok kalau boikot memboikot disebabkan oleh isu perkauman. Cina boikot syarikat Melayu, Melayu boikot syarikat cina?
Kalau dilihat dari cara Malaysia-Chronicle ni nampak sangat ianya dibiayai pembangkang. Pembangkang yang tahu tak boleh menang dengan pengundian, cuba pulak bangkitkan isu perkauman dengan menyerang syarikat-syarikat yang kononnya dikuasai UMNO.
Supaya negara ini huru hara dan mereka boleh memerintah ikut cara belakang. Bukankah itu bodoh namanya? Marah nyamuk, kelambu dibakar, kemaruk sangat Anwar nak jadi Perdana Menteri, rakyat negara ni bergaduh sesama sendiri?
Andaikan satu hari, sampai satu masa bila masyarakat melihat cina itu DAP, DAP itu cina, habislah semua syarikat cina pulak diboikot orang Melayu? Macam itu ke?
Apa kesudahannya tu nanti?
So, fikir panjanglah sebelum nak main sentimen perkauman.
Penulis gesa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini aktif menghalang akses ke beberapa website atas alasan phishing supaya mengambil tindakan sama ke atas Malaysia-Chronicle.
Kalau boleh, besok saja penulis nak lihat akses kepada website ini dihalang.
Topik
- Agong (1)
- Akhirat (1)
- Akidah (2)
- Anwar Ibrahim (1)
- Ashabul Kahfi (1)
- BERSIH (1)
- Dajal (3)
- Declaration (1)
- Doa Pengantin (1)
- Freemason (3)
- Hudud (1)
- Illuminati (14)
- ILMU (10)
- Islam (118)
- Israel (2)
- Jenayah Islam (11)
- Jewish (1)
- Kiamat (1)
- Mahdi (2)
- Malaysia (16)
- MELAYU (6)
- Muawiyah (1)
- PARLIMEN (1)
- peperangan Islam (31)
- Perang Salib (2)
- Perang Siffin (2)
- Perlembagaan Malaysia (3)
- PKR (3)
- Politik (2)
- Qazaf (1)
- Reid (2)
- Sains (3)
- Santai (21)
- Sejarah (25)
- Sosial (3)
- Tauhid (1)
- The Seven Sleepers (1)
- Yahudi (19)
- Zalim (1)
- Zionisme (9)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment