Friday, February 17, 2012

SURAT MOHON BANTUAN DARIPADA NED (YAHUDI)

Lampiran Surat Yang Telah Diterjemah ke Bahasa Melayu
June 18, 2007
Carl Gershman
President, National Endowment for Democracy
1025 F Street NW, Suite 800
Washington DC 20004

Tuan,

Terima kasih di atas jemputan untuk mengambil bahagian sempena Upacara Peringatan Ucapan Westminster di Perpustakaan Kongres. Tahniah di atas kejayaan mengumpulkan panel pakar yang terkemuka dan menganjurkan satu majlis jemputan yang menarik sokongan daripada beberapa penggubal undang-undang terkemuka Kongres dan Senat.

Majlis ini berlangsung tepat dengan waktunya, apabila wacana agenda pro demokrasi amat memerlukan seberapa banyak sokongan yang mampu diberikan. Saya menyanjung penuh pencapaian tuan di NED serta dedikasi yang ditunjukkan terhadap tugas penting ini, dan saya sentiasa mengharapkan supaya kerjasama kita diteruskan.

Saya ingin mengulangi betapa pentingnya sokongan NED terhadap cadangan menubuhkan Pusat Integriti Pilihan Raya Malaysia (MCIE) bagi membawa masuk satu pasukan pemerhati pilihan raya antarabangsa ke Malaysia.

Daripada apa yang dapat dilihat Malaysia kini sampai ke persimpangan di mana seluruh rakyat telah melahirkan keinginan untuk dilakukan reformasi. Bagaimana pun, hasrat ini menghadapi tentangan daripada ahli politik yang akan melakukan apa saja untuk melemahkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang bagi meneruskan status quo yang tidak popular dan tidak adil.

Pusat MCIE ini akan memainkan peranan utama dalam memudahkan peralihan kepada sistem berkenaan selain memastikan kemunculan ruang demokratik yang adil di Malaysia.

Dengan pilihan raya umum dijangka berlangsung dalam hanya beberapa bulan lagi, bantuan pilihan raya amat kritikal dan perlu disegerakan. Mengambil iktibar daripada pilihan raya yang diadakan pada akhir April, di mana terdapat bukti-bukti penting berhubung amalan penipuan yang sengaja diketepikan oleh jawatankuasa Pilihan Raya, kita perlu menubuhkan insititusi-institusi yang akan membekalkan penyeliaan dan kebertanggungjawaban kepada proses pilihan raya.

MCEI merupakan satu langkah perlu ke arah ini dan saya menggesa tuan menimbangkan impak positif kepada NED menerusi sokongan mampat bagi mempertingkatkan ruang demokratik di negara saya.
Terima kasih di atas perhatian tuan terhadap perkara ini dan jangan teragak-agak untuk menghubungi saya sekiranya ada kemusykilan.

Yang Ikhlas,

Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment