Selepas kewafatan Rasulullah SAW, pemerintahan Negara Islam
bukanlah semata-mata terhad di Semenanjung Tanah Arab bahkan ianya bertambah
luas merangkumi Afrika Utara, Mesir, Syam, Iraq, India hingga ke sempadan
Negeri China. Kepelbagaian bangsa, keturunan, kebudayaan, adat resam di samping
wujudnya fahaman politik yang berbeza-beza, berpunca dari perselisihan pendapat
terhadap jawatan khalifah. Natijah dari perbezaan itu, maka lahirlah tiga
golongan yang sering bercanggah pendapat bukan sahaja meliputi aspek politik
negara, bahkan kepada bidang perundangan. Golongan ini dikenali sebagai Ahli
Sunnah Wal Jamaah (Jumhur), Syiah, dan Khawarij. Golongan ini muncul pada zaman
kerajaan Bani Umaiyah sehingga zaman kerajaan Abbasiyah dan sebahagian yang
lain masih berkembang hingga kini.
Secara umumnya, setiap golongan tersebut
menyokong dan meletakkan kepercayaan kepada pemimpin masing-masing. Pemimpin
atau ketua mereka ini dijadikan tempat mereka untuk membawa mereka ke dalam
masalah politik bahkan melibatkan hukum dan perundangan Islam. Bermulalah
bibit-bibit percanggahan pemikiran dan arah politik yang berbeza-beza
menyebabkan ia mmenjadi semakin sukar bagi mereka mendapatkan kata sepakat
terutamanya dalam soal fatwa atau menetapkan sesuatu hukum.
Bagaimanapun, di atas kesedaran dan
tanggungjawab sebagai pewaris Rasul, setiap golongan ini berusaha meningkatkan
keilmuan dan penyelidikan masing-masing sehingga mencapai tahap kecemerlangan
terutamanya pada zaman Abbasiyah. Tujuan mereka melakukan sedemikian adalah
semata-mata untuk menyelesaikan masalah-masalah ummah terutamanya masalah baru
yang tidak wujud pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat dengan cara
mengistinbat hukum mengikut kebolehan dan kepakaran masing-masing.
Menyelesaikan permasalahan ummah yang
berkaitan hukum adalah perkara yang menjadikan setiap golongan ini berselisih
pendapat, bahkan para ulama’ sesama mazhab juga sering berbeza pendapat. Namun
begitu, perselisihan pendapat antara mereka bukanlah tentang persoalan dasar
syariat, tetapi dalam mentafsir serta memahami sesetengah nas-nas syara’ dan
kaedah-kaedah yang harus diterapkan dalam permasalahan furu’ yang timbul dari
masa ke semasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa kesan daripada
perselisihan pendapat antara para ulama’ telah mewujudkan berbagai-bagai mazhab
di dalam Islam seperti Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan Khawarij. Namun begitu pokok perbahasan utama kajian ini adalah
menjurus kepada sejarah kemunculan Syiah dan Khawarij
2.0 SEJARAH KEMUNCULAN PUAK-PUAK ALIRAN FIQH
2.1
Bibit-Bibit Awal Perpecahan
Sebahagian besar pada peringkat dahulu keadaan kaum Muslimin
bersatu padu dan tidak terdengar perkatan Khawarij atau Syiah pada zaman Nabi SAW
dan tidak muncul perkataan seperti ini dalam masyarakat. Ia hanya muncul
setelah Sayyidina Ali bin Abi Talib menjadi khalifah, kemudian barulah
perkataan itu diguna oleh orang ramai yang menjadi lambang kepada suatu
golongan yang tertentu yang menyokong memberi taat setia kepada Sayyidina Ali
kemudian pada akhirnya telah berpecah kepada berbagai-bagai aliran.
Asal usul yang menjadikannya demikian adalah setelah Rasulullah SAW wafat yang
mana Sayyidina Ali telah disokong oleh separuh sahabat supaya menjadi khalifah.
Separuh sahabat berpendapat bahawa sahabat itu adalah pusaka peribadi dan
Sayyidina Ali lah yang lebih utama menyandang jawatan itu kerana beliau merupakan
sepupu Baginda dan suami puterinya, iaitu Fatimah dan seorang ahli keluarga
yang sangat disayangi Baginda. Maka orang lain tidak berhak menjawat jawatan
khalifah itu, dan tidak ada orang lain yang layak untuk mengendalikan agama dan
politik Islam.
Walaupun Sayyidina Ali dan
penyokong-penyokongnya berpegang dengan dasar ini tetapi mereka memberi
persetujuan kepada orang ramai dalam memberi taat setia kepada Khalifah Abu
Bakar, Omar, dan selepas itu Uthman. Apabila berlaku huru hara dalam jentera pentadbiran
khilafah semasa pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan r.a yang mana timbul
pelbagai desas-desus dalam kalangan umat muslimin sehinggakan membawa kepada
pembunuhannya. Maka penyokong-penyokong Sayyidina Ali bergerak cergas untuk
melantik beliau menjadi Khalifah Al-Muslimin. Setelah Sayyidina Ali melihat
keadaan itu, demi mengawal kepentingan umat Islam dan perpaduannya lalu beliau
berdiri tegak mengambil peranan menjadi khalifah.
Sebaik sahaja hampir selesai janji setia
daripada kaum Muslimin, tiba-tiba muncul tiga orang pembesar-pembesar sahabat
yag menuntut jawatan khalifah. Masing-masing mendakwa atas nama kebenaran,
Sayyidina Ali tidak berhak dan muslihat agama menuntut mereka berjuang untuk
tujuan ini. Pembesar tersebut ialah Talhah bin Abdullah, Al-Zubir bin Al-Awwam,
Muawiyah bin Abi Suffian. Mereka menuduh Sayyidina Ali mengecewakan Uthman
dalam usaha menghapuskan puak-puak pemberontak yang hendak menggulingkan
Uthman. Mereka beranggapan bahawa Sayyidina Ali boleh menenteramkan keadaan huru-hara,
dan setelah beliau dilantik menjadi khalifah ia tidak menuntut bela untuk
menghukum keatas pembunuh Uthman bahkan separuh mereka yang bersifat
keterlaluan mengatakan Sayyidina Ali berasa senang dengan kematian Uthman bin
Affan kerana separuh pembunuh itu telah menyusup masuk ke dalam tenteranya
tanpa dihalang olehnya.
Hakikatnya ketiga-tiga pembesar yang bangun
menentang Sayyidina Ali itu masing-masing hendak mengambil jawatan khalifah.
Masing-masing berpendapat dialah yang lebih berkemampuan untuk menyatu padukan
umat Islam dan untuk menghancurkan fitnah sebelum merebak luas. Talhah dan
Zubair merasakan setiap seorang daripada mereka ialah orang yang dilantik oleh
Sayyidina Umar bin Al Khattab menjadi ahli dalam badan penasihat terhadap
urusan khilafat. Mereka termasuk dalam golongan orang yang mula-mula masuk
Islam, disamping itu Muawiyah bin Abi Suffian memandang bahawa beliaulah orang
yang paling rapat ikatan keluarga kepada Sayyidina Uthman bin Affan, beliaulah
orang yang mampu menuntut bela terhadap kematiaannya dan berhak menjadi
khalifah setelah Sayyidina Uthman.
2.2 Kemuncak Perpecahan
Setelah berlakunya bibit-bibit perpecahan tersebut, kemudian
berlaku pula peperangan di antara Sayyidina Ali dan Talhah serta Zubair bin Al
Awwam dalam peperangan Al-Jamal, akhirnya Talhah bin Zubair tumpas di dalam
peperangan tersebut. Maka, di sinilah bermulanya perpecahan ketara apabila
tentera Ali bertempur dengan tentera Muawiyah bin Abi Sufyan di tanah
datar Siffin yang terletak di Syam. Pertempuran tersebut dinamakan sebagai
perang Siffin. Sayyidina Ali pada ketika itu menerima dasar tahkim yang di minta
oleh Muawiyah untuk berdamai dengan mengangkat al-Quran di mata lembing kerana
bimbangkan ramai tentera yang akan terkorban dan ini merupakan tipu helah
Muawiyah kerana merasakan tenteranya akan kalah ketika itu. Penerimaan
Sayyidina Ali terhadap tahkim tersebut menyebabkan penyokong-penyokong
Sayyidina Ali meninggalkan peperangan tersebut dan masing-masing berpecah
kepada tiga kelompok. Maka sikap Sayyidina Ali menerima dasar tahkim itulah
yang menjadi punca perpecahan di dalam barisan dan penyokong-penyokong
Sayyidina Ali sendiri serta pergaduhan di antara mereka kerana terdapat satu
golongan yang menerima dasar tahkim ini manakala golongan lain merasa tidak
senang hati.
Daripada perpecahan itu, sebahagian
pengikutnya mengisytiharkan tidak setia kepada Sayyidina Ali iaitu puak
Khawarij manakala, kelompok kedua dinamakan sebagai Syiah kerana mereka setia
kepada Sayyidina Ali dan tidak memihak kepada Muawiyah dan kelompok ketiga pula
ialah Jumhur Muslimin yang mana mereka ini tidak terlibat dengan bantahan dan
tidak pula memasuki kelompok Syiah. Maka tiap-tiap puak itu masing-masing
mempunyai aliran agama yang khusus yang mendatangkan kesan kepada Fiqh Islam
yang berlainan.
3.0
SYIAH
Syiah ialah salah satu
mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syiah merasakan Islam tidak
sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Ahlul Bait-nya. Syiah
menolak kepimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka
menghina para Khulafa' Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah SAW ini seperti juga
Sunni menolak Imam Syiah. Syiah merupakan pengikut Ahlul Bait dan Imam Ali.
Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa mahzab Syiah merupakan satu kefahaman
yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Menurut
K.H Sirajuddin Abbas dalam kitabnya I’tiqad ahlussunah wal-jama’ah, kaum Syiah
adalah kaum yang beri’tiqad bahawa SayyidinaAli, adalah orang yang berhak
menjadi Khalifah pengganti Nabi, kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti beliau
sesudah wafat adalah Sayyidina Ali.
Lanjutan
daripada itu, menurut golongan syiah khalifah-khalifah pertama, kedua dan
ketiga, iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar
danSayyidina Uthman adalah khalifah yang tidak sah serta mereka adalah
perampas-perampas yang berdosa kerana mengambil pangkat khalifah tanpa hak dari Sayyidina Ali.
Erti Syiah dalam bahasa
Arab adalah pengikut. Dari segi istilah yang pula Syiah adalah kaum yang
beri’tiqad bahawa Sayyidina Ali adalah orang yang berhak menjadi
khalifah pengganti Nabi, kerana Nabi berwasiat bahawa pengganti beliau sesudah
wafat adalah Sayyidina Ali. Khalifah tanpa hak dar Lanjutan daripada
i’tiqad ini maka khalifah-khalifah pertama, kedua dan ketiga iaitu Sayyidina Abu
Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Uthman adalah khalifah
yang tidak sah, perampas-perampas ynag berdosa kerana mengambil pangkat
khalifah tanpa hak. Latar belakang Syiah terdiri pelbagai faktor-faktornya yang
tersendiri. Di sini akan disebutkan serba sedikit beberapa latar belakang
munculnya golongan Syiah ini.
3.1.2
Sayyidina Ali Bukan Syiah dan Bukan Imam Kaum Syiah sahaja.
Pertamanya, Sayyidina Ali bukan Syiah dan
bukan imam kaum Syiah sahaja. Sejarah telah membuktikan bahawa Sayyidina Ali dan Siti
Fatimah ikut membai’ah Sayyidina Abu
Bakar menjadi khalifah yang pertama. Selain itu, beliau juga turut berbai’ah
bagi khalifah kedua dan ketiga iaitu SayyidinaUmar Al-Khattab dan Sayyidina Uthman. Beliau tidak
mencalonkan dirinya. Andai kata ada wasiat Nabi Muhammad SAW kepadanya bahawa
yang harus menjadi khalifah sesudah Nabi SAW wafat adalah ia sendiri tentulah
beliau tidak akan membaiah Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Andai kata ada wasiat itu tentulah beliau mengemukakan kepada sahabat-sahabat
yang berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk memilih khalifah yang pertama. Sayyidina Ali
mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW sebelum wafat tidak ada berwasiat bahawa
khalifah sesudah beliau meninggal adalah Ali. Dalam kitab Hadith Bukhari,
iaitu kitab ynag dianggap oleh umat Islam sebagai kitab yang kedua sesudah
al-Quran tersebut berbunyi:
عن عبد الله بن عباس أن
على بن أبى طالب رضى الله عنه خرج من عند رسول الله صلى الله صلى الله عليه وسلم
في وجعه الذي توفى فيه فقال الناس: يا أبا حسن كيف أصبح رسول الله صلى الله عليه
وسلم؟ فقال: أصبح بحمد الله بارئا. فأخذ بيده عباس بن عبد المطلب فقال له : أنت
والله بعد ثلاث عبد العصا وإنى والله لارى رسول الله صلى الله عليه وسلم سوف يتوى
من وجعه هذا إني لاعرف وجوه بنى عبد المطلب عند الموت. إذهب بنا إلى رسول الله صلى
الله عليه وسلم فلنسأله فيمن هذا الأمر؟ إن كان فينا علمنا ذلك وإن كان في غيرنا
علمناه فاوصى بنا. فقال علي: إنا والله لئن سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
فمنعناها لا يعطيناها الناس بعده وإنى والله لاأسألها رسول الله صلى الله عليه
وسلم. رواه البخاري. فتح
البارى. الجزء التاسع. صحيفة 208.
Ertinya:-
Dari
sahabat Nabi Ibnu Abbas, keluar beliau mengkhabarkan, bahawasanya Ali Bin Abi
Talib keluar dari rumah Nabi ketika beliau sakit dan wafat, maka orang bertanya
kepada Sayyidina Ali: Bagaimana keadaan Rasullah? Sayyidina Ali
menjawab: Alhamdulillah, baginda beransur sembuh. Pada ketika itu dipegang
tangan Sayyidina Ali oleh Sayyidina Abbas bin Abi Mutalib
lalu beliau berkata: “ Engkau sesudah tiga hari lagi akan menjadi “hamba tongkat”
(akan diperintah orang lain) demi Allah saya tahu keadaan muka anak-anak Abdul
Mutalib pada ketika akan wafat. Mari kita masuk kembali kepada Rasullah dan
kita tanyakan kepada baginda siapakah gerangan yang akan memegang jawatan ini
sesudah baginda meninggal. Kalau kepada kita serahkan maka kita sudah tahu dan
kalau kepada orang lain maka kita pun sudah tahu, atau kita desak baginda
mewasiatkan untuk kita.
Saidina Ali menjawab:
Kalau kita minta dan Nabi tidak memberikannya maka jawatan ini selamanya tidak
akan memintanya kapada Rasulullah”
(Hadis sahih riwayat Imam
Bukhari, Fathul Bari, Juzuk 9, halaman 208).
Nyatalah
dalam keterangan yang disebutkan dalam Kitab Bukhari ini, bahawa Sayyidina Ali
tidak perhan menerima wasiat dari Nabi untuk menjadi Khalifah yang pertama,
bahawa Ali, Abbas dan Ibnu Abbas (Karib-karib Nabi yang terdekat) tidak pernah
meminta-minta jawatan Khalifah kepada Nabi. Dapat juga dibuat kesimpulan dari
keterangan ini, bahawa SayyidinaAli bukanlah orang yang berfahaman serupa
fahaman Syiah yang mengiktikadkan bahawa jawatan Imam adalah dari tunjukan Nabi
dan bahawa beliau ditunjukan oleh Nabi untuk jabatan itu.
Selain
itu, penulis-penulis Islam berpendapat bahawa benih-benih Syiah sudah dipunyai
oleh sahabat-sahabat Nabi pada waktu beliau masih hidup. Di antara orang
yang berfahaman sedemikian adalah terdiri daripada sahabat-sahabat yang utama,
iaitu Abu Dzar, Salman Farisi, Muqdad dan lain-lain. Keterangan ini adalah
palsu. Ini kerana beliau tidak berfahaman bahawa Nabi berwasiat kepada Sayyidina Ali
tentang khalifah, bahawa khalifah harus turun temurun dari anak ke cucu dan
lain-lain seperti fahaman Syiah.
3.1.3
Mesyuarat di Saqifah Bani Sa’idah
Di samping itu, ketika
mesyuarat di Saqifah Bani Sa’idah, yang mana ketika itu hari wafatnya Nabi
Muhammad SAW. Spontan sahabat-sahabat terkemuka, orang-orang ansar (orang
Madinah) dan orang-orang Muhajirin (orang yang perpindah dari Mekah ke Madinah)
berkumpul disini. Ketika iniSayyidina Ali
tidak hadir kerana beliau sibuk di rumah menguruskan jenazah Nabi. Dalam
mesyuarat ini, kaum Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubaidah (orang Madinah) untuk
menjadi Khalifah, manakala orang-orang muhajirin mencalon Abu Bakar, Umar bin
Khattab atau Abu Ubaidah Ibnu Jarrah. Tiada yang mencalonkan Sayyidina Ali mungkin kerana
beliau masih muda ketika itu. Sedikit perdebatan yang tajam antara Muhajirin
lalu mereka semua bersepakat memilih Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah yang
pertama. Memang dapat dikatakan pula bahawa Sayyidina Ali dan isteri
beliau Siti Fatimah r.a rasa kurang senang dengan mesyuarat di Saqifah Bani
Sa’idah itu kerana mereka ini berpendapat ada lebih baik menyelamatkan jenazah
Nabi lebih dahulu daripada berebut Khalifah.
Tetapi
sahabat-sahabat Nabi yang utama yang berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah
berpendapat, bahawa pemilihan Khalifah sangat mendesak dan perlu disegerakan
agar kekosongan kuasa pemerintahan dapat mengelakkan hal-hal yang tidak
diingini berlaku. Demi untuk menjaga keutuhan dalam lingkungan umat Islam,
pemilihan Khalifah pengganti Nabi harus dikerjakan secepat mungkin agar jangan
kemasukan angin perpecahan, begitulah jalan fikiran sahabat-sahabat Nabi yang
berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah ketika itu.
3.1.4 Sayyidina Ali
Membai’ah
Sayyidina Ali dan
Siti Fatimah tidak lama sesudah itu lantas membai’ah, yakni mengangkat dan
memberikan suara setuju atas pengangkatan Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah yang
pertama. Setelah beberapa hari Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah
lantas beliau memanggil Sayyidina Ali dan bertanya : “Hai Abu Hassan,
apakah saudar tidak suka kalau saya menjadi khalifah pengganti Nabi?. Jawab Sayyidina Ali: “Tidak, Demi
Allah! Bukan begitu persoalannya, saya bersumpah tidak akan memakai selendangku
sebagai orang yang kematian kecuali untuk hari Jumaat”. Kemudian beliau
membaiah dan memberikan suara. Jadi bagi Sayyidina Ali dan Siti Fatimah persoalan
Khalifah itu tidak menjadi keberatan.
Khalifah
Abu Bakar memerintah selama 2 tahun 3 bulan dan 10 hari. Beliau wafat pada
bulan Jamadil Akhir tahun 12 hijrah. Pada ketika itu, beliau mulai sakit, sudah
mesyuarat dengan para sahabat Nabi yang lain, beliau menunjuk untuk pengganti
beliau sahabat Nabi yang utama iaituSayyidina Umar bin Khattab r.a.
Semua menerima calon yang dianjurkan oleh Sayyidina Bakar
termasuk Sayyidina Ali. Mereka semua berbai’ah, mengangkat dan
menyetujui bahawa Khalifah ke II adalah Sayyidina Umar Al-Khattab. Pada ketika itu
tiada seorang pun sahabat Nabi yang tampil mencalonkan Sayyidina Ali,
begitu juga tiada siapa pun yang mengatakan bahawa Nabi mewasiatkan supaya
khlaifah pengganti beliau adalah SayyidinaAli. Dalam masa pemerintahannya, Sayyidina Umar bin Al-Khatab
pernah pergi ke Baitulmaqdis untuk menyaksikan penyerahan kota itu ke tangan
orang Islam dari Kerajaan Romawi Timur. Maka untuk menggantikan beliau di
Madinah selama dalam perjalanan beliau memilih Sayyidina Ali bin Abi
Talib r.a. kejadian ini adalah satu fakta, bahawa Sayyidina Ali
adalah orang patuh kepada Khalifah yang kedua. Pemerintahan Sayyidina a Umar berjalan selama 10
tahun 6 bulan. Beliau wafat pada tanggal 16 Zulkaedah tahun 23 H.
Sebelum
beliau berpulang ke rahmatullah maka beliau menunjukkan sebuah panitia untuk
memilih pengganti beliau sebagai Khalifah yang ketiga sesudah Nabi. Anggota
panitia itu adalah Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a, Saidina Uthman
bin Affan r.a, Zubir bin Awwam r.a, Saad Ibnu Abi Waqas r.a, Abdurrahman bin
Auf r.a, Talhah bin Ubaidillah r.a, Abdullah bin Umar. Setelah Sayyidina Umar
wafat maka panitia ini, termasuklah Sayyidina Ali r.a memilih
khalifah, yang kemudiannya jatuh kepada Sayyidina Usman bin Affan
r.a. Melihat kejadian sejarah ini bertambah yakinlah kita bahawa Nabi ada
berwasiat supaya Sayyidina Ali menjadi khalifah sebagi pengganti
beliau, kerana andai kata wasiat itu wujud tentulah Sayyidina Ali
akan mengemukakannya dalam mesyuarat ketika pemilihan khalifah yang ketiga.
3.1.5
Abdullah Bin Saba’ Ketua Gerakan Syiah
Ketika akhir tahun
kekuasaan Khalifah Sayyidina Uthman bin Affan, iaitu sekitar tahun 30
H, ada seorang pendeta Yahudi dari Yaman masuk agama Islam namanya Abdullah bin
Saba’. Dia yang mengharapkan kedatangannya ke Madinah mendapat sambutan yang
besar sebagaimana yang diharapkan adalah meleset. Ahli sejarah mengatakan
kedatangannya ke Madinah adalah bertujuan untuk mengacau Islam dari dalam dan
dia tak sanggup mengacau dari luar. Pada mulanya ia benci kepada khalifah Sayyidina Uthman
kerana tidak menyambutnya yang membuatkan dia membangunkan gerakan anti Uthman
dan berusaha meruntuhkannya dan menggantikannya denganSayyidina Ali. Usaha
Abdullah bin Saba’ ini mendapat pasaran umat islam di kota-kota besar seperti
Madinah, Mesir, Kufah dan lain-lain. Kebetulan pada waktu itu, orang-orang
sudah banyak pula yang tidak sesuai denganSayyidina Uthman kerana beliau
menghilangkan stempel (cincin cap atau lambang kerajaan) Nabi Muhammad SAW dan
juga beliau banyak mengangkat orang-orang dari suku beliau, iaitu orang-orang
Bani Umayyah menjadi ketua daerah. Abdullah bin Saba’ sangat mengagung-agungkanSayyidina Ali dan sanggup
membuat hadis-hadis palsu dan merendahkanSayyidina Uthman, Sayyidina Umar dan Sayyidina Abu Bakar. Di
antara ajaran Abdullah bin Saba’ ialah:
a) Al-
Wisyayah
Erti Al- Wisyayah ialah
wasiat. Nabi Muhammad SAW berwasiat supaya Khalifah sesudah beliau ialah Sayyidina Ali .
b) Ar
Raj’ah
Maksud Ar Raj’ah ialah
kembali, bahawa Nabi Muhammad SAW. tidak boleh kalah dari Nabi Isa. Kalau Nabi
Isa kembali pada akhir zaman untuk menegakkan keadilan, maka Nabi Muhammad SAW
lebih patuh untuk kembali. Sayyidina Ali pun akan kembali di akhir zaman
untuk menegakkan keadilan. Ia tidak percaya bahawa Sayyidina Ali mati terbunuh,
beliau masih hidup katanya. Berkata seorang ahli tarikh Ibnu Hazm: ‘Bin Saba’
mengatakan pada ketika dikhabarkan kepadanya bahawa Sayyidina Ali
mati terbunuh telah meninggal kena tusuk, ia berkata: “ kalau kamu bawa otaknya
seribu kali kemari saya tidak percaya bahawa ia telah meninggal. Ia belum mati
sebelum ia memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi orang
dengan kezaliman.” Abdullah Bin Saba’ mengajarkan bahawa Sayyidina Ali belum
mati tetapi bersembunyi dan akan kembali pada akhir zaman. Ajaran ini
dibawanya dari kepercayaan kaum Yahudi ynag mengajarkan bahawa Nabi Ilyas juga
belum mati. Ajaran Ibnu Saba’ inilah yang menjadi kepercayaan kaum Syiah bahawa
seorang imamnya yang penghabisan belum mati, sekarang masih bersembunyi dan
akan kembali pada akhir zaman untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.
c) Ketuhanan
Ali
Ibnu Saba’ juga
mengajarkan bahawa dalam tubuh Sayyidina Ali bersemayam unsur
ketuhanan yang telah bersepadu dengan tubuhSayyidina Ali, keran itu beliau
mengetahui segala yang ghaib, kerana itu selalu menang dalam peperangan melawan
orang kafir, suara petir adalah suara Sayyidina Ali dan kilat adalah
senyuman Sayyidina Ali. PendeknyaSayyidina Ali diangkat oleh Ibnu Saba’ dan
orang syiah ke atas kedudukan Tuhan. Ibnu Saba’ inilah orang yang menaburkan
faham Syiah, iaitu yang keterlaluan dalam mengagungkan Sayyidina Ali. Malu melihat
ganjilnya pelajaran-pelajaran Ibnu Saba’ ini, maka sebahagian kaum syiah
mengatakan bahawa Abdullah Bin Saba’ itu sebenarnya orangnya tidak ada, khabar
itu hanya dibuat-buat saja oleh orang yang anti Syiah tetapi menurut Ahmad
Amin, keengkaran orang-orang Syiah sekarang tidak berasas, kerana kitab-kitab
sejarah Islam yang lama menetapkan adanya Abdullah bin Saba’ ini. Kaum syiah
mendustakan adanya Abdullah Bin Saba’ ini kerana malu melihat ajarannya yang
keji. Tetapi pengaran kitab “Syarah Nhjul Balaghah”, Ibnu Abil Hadid, seorang ulama
dan pengarang terulung dari kaum Syiah/Muktazilah, wafat tahun 656H mengakui
bahawa adanya Abdullah bin Saba’ ini adalah seorang pendeta Yahudi yang masuk
Islam yang mengobarkan fahaman Syiah Sabaiyah. Di antara Syiah Sabaiah ini
terdapat seorang yang bernama Mughirah bin Said yang menfatwakan bahawa zat
Tuhan bersemayam dalam tubuh Sayyidina Ali. Terdapat juga jaguh Syiah
bernama Ishak bin Zeid yang menfatwakan, bahawa orang-orang Syiah yang sampai
ke darjat yang tinggi sudah habis taklif baginya, iaitu tidak perlu sembahyang,
puasa dan lain-lain. Nasib Abdullah bin Saba’ ini pada akhir hayatnya menjadi
orang buangan yang dibuang oleh SayyidinaAli sesudah beliau menjadi
khalifah.
3.1.6
Gerakan Syiah Pada Masa Tiga Orang Khalifah
Dapat dipastikan sekali
lagi bahawa pada masa zaman Khalifah Abu Bakar iaitu dari tahun 11 sampai 13H,
begitu juga pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab iaitu dari tahun 13 sampai
23H, gerakan dan fahaman Syiah tidak ada, kerana zaman itu zaman yang paling
dekat dengan zaman Rasullah SAW, orang-orangnya adalah sahabat-sahabat Nabi
yang berilmu yang tidak mudah dikotak-katikkan oleh fahaman sesat. Para sahabat
yang terkemuka umat Islam tidak menerima fahaman Syiah ini, apalagi fahaman
yang menentang Sayyidina Abu
Bakar dan Sayyidina Umar
r.a.
Mereka
semua berpendapat bahawa pengangkatan Khalifah Abu Bakar adalah sah, pengangkatan Sayyidina Umar
adalah sah, pengangkatanSayyidina Ali adalah sah, pengangkatan Sayyidina Uthman
adalah sah, dan Nabi Muhammad tidak ada berwasit tentang siapa yang akan
menggantikan baginda jikalau baginda pulang ke rahmatullah. Mereka berpendapat
bahawa pengangkatan cara syura, cara musyawarah pada pertemuan Saqifah Bani
Sai’dah adalah sesuai dengan tuntutan Islam. Khalifah berganti
daripadaSayyidina Umar Al-Khattab kepada Sayyidina Uthman bin
Affan dari tahun 25H sampai 35H, Sayyidina Uthman bun Affan adalah
seorang yang soleh yang sibuk mengumpul ayat-ayat suci, sehingga dijadikan
dalam satu mashaf yang sampai sekarang dinamai Mashaf Uthman r.a, sebagai Kitab
suci yang ada sampai sekarang.
Pada
5 tahun yang akhir dari kekuasaan Sayyidina Uthman bin Affan, iaitu dari tahun
30H sampai 35H. Fahaman Syiah muncul dan mula mendapat pehatian. Mereka
mengatakan bahawa yang berhak menjadi khalifah sesudah wafatnya Nabi Muhammad SAW
adalah Sayyidina Ali. Abu Bakar telah merampas hak khalifah yang sah
begitu juga pengganti-penggantinya iaitu Umar dan Uthman. Mereka kaum Syiah
tidak mahu mengucapkan “Radhiyallahuanhu” untuk Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Tetapi mereka mengutuk ketiga Khalifah itu dengan mengatakan “Qatallahu man
Qatala ahlalbait”, ertinya: mengutuk Allah bagi orang memerangi ahli bait
(keluarga Rasullah). Mereka menuduh bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman adalah
orang-orang yang memerangi keluarga Nabi, memerangi ahli bait. Abdullah bin
Saba’ seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam pada tahun 35 Hijriyah. Abdullah
bin Saba’ seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam dan memainkan peranan penting
dalam pemberontakan ini.
Pada ketika khalifah yang
ketiga mati dibunuh maka kaum pemberontak, begitu juga umat Islam yang tidak
memberontak, sepakat untuk mengangkatSayyidina Ali sebagai khalifah yang
ke keempat. Hanya kaum syiah sahaja yang mengagung-agungkan beliau berlebih-lebihan.
Umpamanya dikatakan bahawa Sayyidina Ali itu imam yang mendapat wahyu
dari Tuhan, Imam yang berpangkat kenabian dan bahkan ada di antara orang syiah
yang mengatakan bahawa beliau pada hakikatnya adalah Nabi yang dituju oleh
tuhan, tetapi Jibril tersalah memberi wahyu sehingga diturunkan Muhammad.
Seterusnya pemerintahan dipegang oleh Saidina Ali dari tahun 35H sehingga 40H.
4.0
SEMASA PEMERINTAHAN SAYYIDINA ALI
4.1
Golongan-golongan Yang Timbul Semasa Pemerintahan Sayyidina Ali
Pada masa pemerintahan Sayyidina Ali
terjadi hal-hal yang sangat mengecewakan umat Islam bukan disebabkan Sayyidina Ali
tetapi akibat situasi dan kehendak sejarah yang sudah akan berjalan begitu. Ada
4 golongan ketika itu iaitu:
a) Golongan
syiah dan sebahagian kaum Ahlusunnah di Madinah dan lain-lain kota yang
menyokong pengangkatan Sayyidina Ali.
b) Golongan Sayyidina Mu’awiyah
Ibnu Abi Sufyan, gabenor yang diangkat Sayyidina Uthman di Damsyik,
Syria yang tidak mengakui Khalifah Ali dan menggangap Sayyidina Ali
bersalah dan ikut campur dalam pembunuhan terhadap Sayyidina Uthman.
Mereka mengatakan bahawa pengangkatan Sayyidina Ali dilakukan kaum pemberontak dengan
paksaan. Golongan Muawiyah di Syria ini mengangkat Sayyidina Muawiyah menjadi khalifah
pengganti Uthman bin Affan. Maka terjadilah dua orang Khalifah, yang satu di
Madinah iaitu Sayyidina Ali bin Talib dan yang satu lagi sebagai
tandingan di Syria iaitu Sayyidina Muawiyah.
c) Golongan
yang ketiga ialah dikepalai oleh Siti Aisyah Ummul Mukminin dan diikuti oleh
Talhah dan Zubair, dua sahabat yang utama. Golongan ini tidak mengakui
pengangkatan Sayyidina Ali sebagai Khalifah yang ke VI, kerana
pengangkatannya dengan paksaan, tetapi tidak menyalahkan Sayyidina Ali
dalam soal pembunuhan Sayyidina Uthman.
d) Golongan
keempat dikepalai oleh Sayyidina Abdullah bin Umar anak Sayyidina Umar
bin Khattab, Khalifah yang ke II, dan diikuti oleh sahabat lain iaitu Muhammad
bin Salamah, Usman bin Zaid, Saad bin Abi Waqas, Hassan bin Thabit, Abdullah
bin Salam dan sahabat-sahabat lain. Golongan ini tidak ikut mengangkat SayyidinaAli dalam pembunuhan
terhadap Uthman bin Affan dan juga tidak menyokong Saidina Muawiyyah di
Damaskus.
Mereka
lebih suka menjauhkan diri daripada politik. Inilah 4 golongan yang timbul
sesudah terbunuhnya Sayyidina Uthman
bin Affan, pada masa Khalifah keempat Sayyidina Ali bin Abi Talib. Tetapi golongan
ini terkecuali kaum Syiah, tidak ada yang menjadi firqah.
4.2
Perang Saudara Pertama Dalam Islam
4.2.1
Perang Jamal
Khalifah keempat Sayyidina Ali menghadapi
tugas yang berat sekali. Beliau bukan sahaja menghadapi soal-soal negara,
soal-soal pertahanan dan pelausan Islam, tetapi juga soal-soal perpecahan dalam
negeri. Maka terjadilah apa yang dinamakan “Peperangan Jamal, Perang unta iaitu
antara tentera Sayyidina Ali
di satu pihak dan tentera Siti Aisyah, Talhah dan Zubair dilain pihak.
Peperangan ini terjadi pada tahun 36H iaitu setahun sesudahSayyidina Ali menjabat
pangkat Khalifah. Peperangan ini dinamai “Peperangan Unta” kerana Siti Aisyah
Ummul mukminin mengepalai dan menyerahkan askarnya mengendarai unta. Bukan
kecil peperangan ini.Sayyidina Ali
membawa askarnya seramai 200,000 dan siti Aisyah juga membawa askarnya sebanyak
itu. Akhinya Siti Aisyah kalah, Talhah dan Zubair mati terbunuh dan Ummulmukminin
di tawan oleh Sayyidina Ali.
Tetapi walaupun Siti Aisyah ditawan olah Sayyidina Ali namun beliau
tidak dijadikan tawanan tetapi dihormati sebagai ibu dan dihantar kembali ke
Mekah dengan segala kehormatan.
Menanggapi
Perang Jamal ini terdapat perselisihan faham dari segi hukumnya antara Kaum
Ahlussunnah Wal Jamaah dengan Kaum Syiah. Kaum Ahlusunnah berpendapat bahawa
perselisihan faham antara SayyidinaAli dan Ummul mukminin Siti Aisyah
adalah perselisihan antara seorang Imam mujtahid dengan Imam mujtahid yang
dijamin oleh Nabi dalam sebuah hadis bahawa yang ijtihadnya betul dapat pahala
dan kalau ijtihadnya tersalah dapat satu pahala. Lanjutan daripada fahaman ini
sekalian yang meninggal dalam Peperangan Jamal baik askar Sayyidina Ali
mahupun askar Siti Aisyah kedua-duanya mati syahid dan masuk ke syurga yang
sama kerana mempertahankan kebenaran agama yang didapati oleh ijtihadnya
masing-masing.
Tetapi
kaum Syiah Imamiyah berfatwa bahawa sekalian orang yang ikut perang Jamal di
pihak Siti Aisyah kafir, baik pemimpinnya baik anak buahnya kerana mereka
memberontak kepada Khalifah yang sah iaituSayyidina Ali, katanya. Begitu
juga pada mereka Talhah dan Zubair juga adalah kafir. Dan sebahagian orang Syiah
Muktazilah berpendapat bahwa sekalian yang di pihak Aisyah adalah salah, akan
masuk ke dalam neraka kecuali orang yang taubat kemudiannya. Siti Aisyah dan
Talhah dan Zubair adalah orang yang sudah bertaubat dan telah membai’ah kepada
Saidina Ali. Oleh kerana itu, ketiga-tiga sahabat ini masuk ke syurga,
sedangkan anak buahnya masuk neraka semuanya.
Fahaman
yang benar adalah fahaman Alussunah wal Jama’ah yang membenarkan perselisihan
ijtihad. Berkata ibnu Ruslan seorang Syafi’e golongan Ahlussunnah dalam kitab
Zubad yang masyhur bermaksud:
Apa yang terjadi antara
sahabat-sahabat Nabi lebih baik kita diam tidak membincangkannya dengan
mendalam tetapi pahala ijtihad kita tetap didapati oleh kedua belah pihak.
Berkata
Imam Harmain, seorang ulama sunni dan guru Imam Ghazali setelah beliau
mendengar orang syiah memperbincangkan peperangan-peperangan antara sesama
sahabat dan mengutuk salah satu pihak ynag bertentangan. Bahwasanya Rasullah
melarang hal ini. Nabi berkata: Jauhilah olehmu memperbincangkan apa yang
tejadi antara sahabatku. Dan beliau berkata lagi: biarkanlah saya menguruskan
sahabat-sahabat saya, kalau kamu nafkahkan emas sebesar bukit uhud engkau belum
dapat menyamai separuh mereka. Dan berkata Nabi: Sahabat-sahabatku serupa
bintang, yang mana sahaja kamu ikuti itu sudah baik, kamu dapat hidayah
kerananya. Dan berkata Nabi: kurun yang baik adalah kurun saya, sesudah itu
yang dibelakangnya, yang dibelakang lagi, yang dibelakang lagi. Dan di dalam
al-Quran Allah telah memuji seluruh sahabat dan Tabiin (Surah At-Taubah: 117).[17] Sesungguhnya
telah diriwayatkannya, bahawa Sheikh Hassan Basri tatkala diingatkan orang
kepada beliau tentang Peperangan Jamal belaiu berkata: Itu adalah darah yang
Tuhan telah menjauhkan dari pedang kita dan kerana itu janganlah dikotori lagi
lidah kita dengan darah itu. Kesimpulannya kaum Ahlussunnah menahan diri dan
lidah tentang soal sengketa yang terjadi antara sahabat-sahabat yang mulia dan
menetapkan bahawa persengketaan itu dilakukan menurut ijtihad mereka
masing-masing. Tetapi kaum syiah tetap bertegang urat leher. Mereka mengutuk SayyidinaAli dan mengutk Ummul
Mukminin Siti Aisyah, Talhah dan Zubair kerana melawan Sayyidina Ali dalam
peperangan Jamal. Mereka menyerupakanSayyidina Muawiyah, Siti Aisyah,
Talhah dan Zubair sebagai iblis yang boleh dikutuk, na’udzubillah.
Pada tahun 37 H,
terjadilah apa yang dinamakn Peperangan Siffin. Peperangan ini adalah
peperangan yang besar dan terbukti banyaknya korban. Peperangan ini terjadi di
antara Khalifah Ali bin Abi Talib dan Mua’awiyah bin Abi Sufyan. Antara faktor
yang pernah dibincangkan oleh Ulama’ terjadinya perang ini adalah:
a) Tindakan
Sayyidina Ali r.a sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah seperti negatif
terhadap permasalahan paling utama yang dihadapi oleh negara iaitu isu
pembunuhan Khalifah Uthman r.a yang lalu. Sebaliknya begitu drastik dalam soal
memecat para pegawai kanan negara semasa pemerintahan Uthman bin Affan r.a
dahulu, terutamanya para gabenor wilayah.
b) Mu’awiyah
bin Abi Aufyan yang diberi mandat oleh tiga orang khalifah sebelumnya iaitu Abu
Bakar, Umar dan Uthman, mentadbir wilayah Syam lebih dari dua puluh tahun turut
dipecat tanpa sebarang alasan. Ini menimbulkan huru hara. Orang-orang yang jauh
tinjauan politiknya, seperti al-Mughirah bin Syu’bah dan Abdullah bin Abbas r.a
turut menasihatkan agar jangan dipecat dulu orang seperti Mu’awiyah, tetapi tidah
dipedulikan oleh Khalifah Ali, sebaliknya menjawab dengan tegas:
“Demi Allah, aku tidak
akan berikan kepadanya kecuali pedang”
Mendengar jawapan
tersebut yang begitu tegas, seoalah-olah membelakangkan segala kepentingan dan
pertimbangan lain yang biasanya diambil kira oleh seseorang ketua negara yang
berkaliber.
c) Mu’awiyah
yang sudah terkilan dengan pemecatan itu juga mengambil sikap seperti Talhah
dan al-Zubair sebelumnya, iaitu sedia memberi ketaatan dengan syarat pembunuh
Uthman bin Affan dihukum terlebih dahulu. Sebenarnya sikap Mu’awiyah itu
diambil, hasil daripada satu perjumpaannya dengan beberapa orang sahabat Nabi SAW,
ketua-ketua tentera dan pembesar-pembesar Syam yang sebulat suara berkata:
“kita tidak akan membai’ahnya, sehingga dia menghukum pembunuh Uthman r.a atau
menyerahkan mereka kepada kita.”
d) Mu’awiyah
bin Abi Sufyan dan orang-orang Syam menganggap Khalifah Ali r.a terlibat
melindungi penyokong-penyokong gerakan Ibn Saba’ (Saba’iyah) yang melakukan
jenayah ke atas Khalifah Uthman r.a sedangkan orang ramai pada waktu itu
menuntut pembelaan ke atas darah Uthman r.a. Dikatakan juga, Mu’awiyah bin Abi
Sufyan pada waktu ini adalah orang yang paling kanan dalam keluarga Bani
Umaiyah, di mana Khalifah Uthman adalah sepupunya, maka dialah yang paling
berhak menunut bela atas kematian Khalifah Uthman itu, diatas dasar ia menjadi
walinya. Kemungkinan di atas keluarga inilah, Mu’awiyah meminta Ali r.a sebagai
khalifah supaya menyelesaikan dahulu masalah penganiayaan ke atas anggota
keluarganya iaitu Uthaman bin Affan, sebelum pihaknya dan keluarganya
menyampaikan ketaatannya pula.
Walaubagaimanapun,
ini merupakan hanya satu kontroversi yang kecil, menyebabkan berlaku
pertempuran di antara kekuatan Sayyidina Ali r.a sebagai khalifah yang sah
dengan kekuatan Syam pimpinan Saiyidina Mu’awiyah bin Abi Sufyan bekas
gabnornya yang dipecat. Pertempuran berlaku pada bulan Safar tahun 37H di
sekitar lembah Siffin.
Ketika
pihak Sayyidina Ali hampir menang, pasukan Muawiyah mengikat beberapa kitab
suci Al-Quran dihujung tombak mereka sebagai tanda pendamaian. Pada mulanya
Sayyidina Ali tidak mahu menerima ajakan ini kerana beliau tahu ini adalah
sebagai satu tipu helah pasukan Muawiyah. Akhirnya Sayyidina Ali menerima
tawaran “perhentian tembak menembak” dan berhentilah peperangan. Dilantik
delegasi kedua belah pihak untuk melanjutkan perundingan. Pada waktu ini lah
lahirnya puak Kaum Khawarij. Kaum ini keluar dari Sayyidina Ali dan juga keluar
dari Sayyidina Mu’awiyah. Mereka benci kedua-duanya dan tidak menerima
perdamaian yang diajukan oleh golgongan Muawiyah.
Sayyidina Ali telah
menghantar Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali iaitu pemimpin suku Bajilah yang
masyhur ke Syria untuk dijadikan sebagai perwakilan rasmi Beliau untuk
berunding dengan Mu’awiyah sebagai tanda perdamaian. Namun begitu, Jarir telah
membuat perhubungan sulit dengan Mu’awiyah dan telah memihak kepadanya. Tidak
lama kemudian Jarir dan pengikut-pengikutnya telah menarik diri daripada
Sayyidina ‘Ali. Pada masa yang sama pihak Mu’awiyah juga menghantar wakilnya
Abu Musa Khawlani bagi tujuan yang sama. Namun begitu, perundingan ini berakhir
dengan kegagalan kerana kedua-dua pihak iaitu Syria dan Iraq tidak bersetuju
untuk berkompromi. Setelah perundingan-perundingan itu tidak mendatangkan
apa-apa hasil maka kedua-dua pihak telah memutuskan untuk berperang.
Mu’awiyah mempunyai
angkatan tentera yang kuat dan tersusun. Mereka terdiri daripada orang Syria
yang telah menunjukkan ketaatsetiaan kepada Mu’awiyah sejak awal-awal lagi dan
memberi sokongan penuh menentang Sayyidina Ali. Manakala, pasukan tentera
Sayyidina Ali adalah terdiri daripda beberapa kumpulan yang mempunyai
kepentingan masing-masing. Mereka telah mara ke arah Raqqah dsebelah tebing
kiri sungai Furat. Di sana telah berlaku pertempuran kecil antara Mu’awiyah dan
tentera Sayyidina Ali dan tentera Sayyidina Ali memacakkan khemahnya di Siffin.
Terdapat beberapa perundingan diantara mereka, namun berakhir dengan kegagalan.
Dalam masa tiga bulan,
tidak berlaku sebarang peperangan dan perdamaian antara mereka. Tempoh
perundingan berlangsung selama 110 hari dan dalam tempoh tersebut, sebanyak 90
pertempuran kecil telah berlaku tanpa berlaku pertempuran yang besar. Di
siffin, tentera Sayyidina Ali disusun mengikut kesukuan tetapi bilangan tentera
yang terlibat lebih besar daripada bilangan tentera dalam perang Jamal. Tentera
Sayyidina Ali terdiri dalam kalangan anggota al-qurra’ yang terbahagi kepada
dua kumpulan. Golongan pertama, telah menjadi penyokong-penyokong Sayyidina Ali
yang masyhur seperti al-Ashtar, Malik bin al-Harith, al-Nakha’I dan Hujr bin
‘Adi al-kindi di samping golongan Ansar yang diketuai oleh Qays bin sa’id bin
Abadah dan Sahl bin Hunaif. Manakala kumpulan kedua, merupakan kontigen yang
kurang bersemangat untuk menyokong Sayyidina Ali. Ramai di antara mereka yang tidak
hadir dalam perang Jamal.
Apabila penentangan
semakin berterusan, orang Syria merasa bimbang kerana mereka sedar dan
mendapati bahawa kedudukan tentera mereka semakin bertambah lemah. Demi untuk
mengelakkan daripada kekalahan yang lebih teruk, mereka telah mengeksploitasi
pepecahan yang wujud di kalangan tentera Sayyidina Ali, yang terdiri daripada
tiga kumpulan besar iaitu golongan Ansar, Orang Iraq, dan golongan al-qurra’.
Masing-masing mempunyai kepentingan yang berbeza-beza. Kebanyakan golongan al-qurra’
telah menunjukkan sikap tawar hati untuk menyokong Sayyidina Ali dn ini
disedari oleh Mu’awiyah sendiri. Orang Iraq khususnya pendatang-pendatang
baru dan orang Yaman yang dipimpin oleh al-Ash’ath bin Qays al-Kindi merupakan
kumpulan penyokong Sayyidina Ali yang terbesar. Tetapi paling kurang
bersemangat dan mereka tidak sanggup berperang sehingga ke akhirnya. Golongan
ketiga pula ialah golongan Ansar yang bersekutu dengan anggota Sayyidina Ali
dan berperang hanya kerana Sayyidina Ali dan telah berdiri teguh di belakangnya
di sepanjang pertelingkahan. Tetapi bilangan tentera mereka kecil jika
dibandingkab dengan tentera Iraq dan al-qurra’. Ini menunjukkan dengan jelas
bahawa kebnayakan tentera Sayyidina Ali tidak mahu meneruskan peperangan
terutamanya apabila mereka menyedari tentang hakikat bahawa dalam tempoh 110
hari yang dihabiskan di Siffin hanya semata-mata kerana perundingan dan
pertempuran-pertempuran kecil yang tidak sampai kepada peperangan yang
sebenarnya.
Oleh sebab itu,
dilaporkan bahawa sebaik sahaja beberapa salinan al-Quran dijulang maka
pertempuran pun berhenti. Ini kerana, tentera Sayyidina Ali tidak lagi
bersemangat untuk meneruskan peperangan dan mereka mendakwa masa konflik
terlalu lama dan ramai yang tercedera serta kehabisan makanan. Begitu juga
pihak Mu’awiyah bersetuju untuk perdamaian hasil desakan pengikut dari orang
Syria dan Orang Iraq. Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk menghantara
wakil masing-masing untuk menjadi pendamai dan mereka akan bersetuju dengan apa
sahaja keputusan yang akan diambil.
5.0
KHAWARIJ
Ketika berlakunya
peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman, keadaan menjadi semakin kucar-kacir
kerana di saat itu penduduk Madinah sedang sibuk mencari bakal Khalifah yang
baru. Pada hari kelima peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman, terdapat empat
tokoh daripada anggota majlis tertinggi Syura telah dicadangkan sebagai
pengganti Sayyidina Uthman antara mereka ialah Talhah bin ubaidillah, Al-Zubair
bin Awwam, Saad bin Abi Waqas, dan Abdullah bin Umar. Namun, akhirnya mereka
telah mencalonkan Sayyidina Ali bin Abi Talib yang merupakan sepupu dan menantu
Nabi Muhammad SAW untuk menjadi Khalifah.
Al-Ashtar Malik bin
al-Harith al-Nakha’I salah seorang pemimpin golongan al-qurra’ telah pergi
menemui Sayyidina Ali dan meminta Beliau menjadi Khalifah. Walaupun pada
permulaannya Beliau tidak menerima jawatan tersebut, tetapi al-Ashtar terus
menggesa sehingga Beliau menjadi serba salah dan menerima jawatan tersebut
memandangkan tujuannya adalah untuk memelihara kesatuan Islam dan menyelamatkan
empayar Islam daripada menjadi kucar-kacir. Pemerintahan Sayyidina Ali
merupakan masa yang merakamkan perselisihan dan bermulanya bibit-bibit
perpecahan dalam kalangan umat Islam. Penyokong-penyokong Sayyidina Uthman
termasuklah Mu’awiyah gabenor Syria serta penduduk Syria terus-terusan
mengatakan Sayyidina Ali menerima jawatan tersebut bukanlah untuk menuntut bela
di atas pembunuhan Sayyidina Uthaman sebaliknya menuduh Beliau bersubahat
dengan pembunuh-pembunuh Sayyidina Uthman.
Setelah berlakunya
peristiwa Tahkim, rentetan daripada itu golongan qurra’ tidak lagi berminat
untuk menyertai majlis tahkim atau meneruskan peperangan bersama-sama Sayyidina Ali. Mereka berpendapat
bahawa kedudukan Sayyidina Ali kini sudah kucar-kacir dan tidak lagi
terjamin dan peluang untuk mengalahkan Mu’awiyah amatlah tipis. Pada ketika
ini, muncullah perpecahan sebenar antara Sayyidina Ali dengan golongan
al-qurra’ menjadi golongan yang dinamakan sebagai Khawarij.
Perlu ditekankan disini, bahawa golongan
Khawarij merupakan golongan daripada orang-orang Islam yang tidak mematuhi
pemerintahan Sayyidina Uthman bin Affan dan membantah sikap Sayyidina Ali di
atas persetujuannya menerima konsep tahkim. Mengikut pendapat mereka konsep
tahkim itu adalah salah. Oleh yang demikian, persoalan untuk mencari hukum
semula itu adalah salah kerana tahkim itu bermakna syak dan setiap syak tidak
selaras dengan keimanan. Lalu mereka membawa dasar dan cogan kata yang baru
iaitu “tiada hukuman melainkan Allah”.
Oleh kerana mereka tidak mematuhi Sayyidina
Ali, mereka telah meletakkan dua syarat untuk kembali patuh kepada Sayyidina
Ali iaitu :-
- Sayyidina Ali hendaklah mengaku kesalahan dan
kekufurannya kerana menerima dasar tahkim.
- Meminta Sayyidina Ali membatalkan syarat-syarat
perjanjian dengan Muawiyah.
Walau bagaimanapun, Sayyidina Ali tidak
menerima syarat tersebut kerana beliau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain. Puak Khawarij mengambil tindakan dengan cara setiap kali mereka
berkhutbah atau berhimpun mereka akan melaungkan cogan baru tersebut. Setelah
mereka kecewa dengan sikap Sayyidina Ali lalu mereka membuat perhimpunan di
rumah seorang pemimpin mereka dan pemimpin-pemimpin tersebut berpidato agar
mereka tegas dalam pendirian. Kemudian, mereka membuat keputusan untuk keluar
daripada kawasan Bandar Kufah dengan menduduki sebuah kampung bernama Hururaa.
Semenjak mereka berpindah ke kampung itu puak itu digelar sebagai Hururiah dan
digelar juga sebagai mahkamah kerana mereka berpegang kepada cogan kata “tiada
hukuman melainkan Allah”.
Di kawasan mereka iaitu
Harura’, mereka menyuarakan kemarahan mereka terhadap Sayyidina Ali dan
Mu’awiyah dan memutuskan untuk membentuk kekuasaan mereka di bawah pimpinan
mereka sendiri. Di antara pemimpin mereka yang terkenal pada ketika itu ialah
Shabath bin Ri’I al-Yarbu’I, Abdullah bin Wahb al-Rasibi, Abu Bilal Mirdas bin
Udayyah al-Hanzali, Abdullah bin ‘Amr al-Kawwa’ al-Yashkuri dan Yazid bin Qays
al-Arhabi. Pemimpin kaum Khawarij ialah Abdullah bin Wahb al-Rasibi. Walau
bagaimanapun, kaum Khawarij tidak bersatu padu malah, mereka berpecah belah
sesama sendiri kepada beberapa kumpulan lain dan setiap kumpulan tersebut
mempunyai pemimpinnya sendiri.
Kaum Khawarij asalnya
merupakan orang-orang yang keluar daripada barisan tentera Sayyidina Ali.
Mereka terdiri daripada berbagai suku Arab, terutamanya dari suku Tamim dan
Bakar bin Qa’il. Mereka kesemuanya adalah peneroka-peneroka atau pendatang awal
ke Iraq yang telah melibatkan diri secara aktif dalam penaklukan Negeri Iraq.
Kaum Khawarij boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama
ialah mereka yang terlibat di dalam kekacauan di Kufah yang membawa kepada
pembunuhan Khalifah Uthman. Manakala kumpulan kedua terdiri daripada
orang-orang yang tidak terlibat atau tidak memainkan peranan dalam kekacauan di
Kufah dan dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman.
Apabila wujudnya pengaruh, mereka menjadi bertambah kuat
sehingga muncul dua golongan iaitu golongan pertama mendiami di Iraq dan
golongan kedua mendiami di Semenanjung Tanah Arab. Mereka terus memberi
penentangan di sepanjang zaman pemerintahan Bani Umayyah sehinggakan menjadi
ancaman kepada pemerintahan Abbasiyyah. Walau bagaimanapun, pengaruh mereka di
zaman Abbasiyyah tidak sekuat dahulu lagi kerana mereka mengalami zaman
kemerosotan dan kelemahan disebabkan ramai pemimpin-pemimpin mereka yang
berpecah belah.
Sebahagian daripada para pengkaji mendapati
golongan yang muncul daripada Khawarij terbahagi kepada empat yang terkenal.
Walau bagaimanapun mereka ini berbeza pendapat antara satu sama lain dalam
sebahagian perkara. Golongan-golongan tersebut ialah dikenali sebagai Azariqah,
Najadad, Ibadiah, dan Sofriah.
Dasar yang digunakan oleh golongan ini ialah
dengan melantik jawatan khalifah Islam dan ia mestilah dipilih oleh umat Islam
melalui pilihan raya yang bersifat bebas. Calon-calon pula mestilah orang yang bersungguh-sungguh
dan layak untuk menyandang jawatan itu tanpa memilih bangsa, dan keturunan.
5.1 Pegangan Utama Golongan
Khawarij
Pada dasarnya, terdapat beberapa pegangan dan konsep golongan
Khawarij yang berlainan daripada golongan yang lain iaitu khalifah itu tidak
perlu dipatuhi kecuali pemerintahannya berjalan di atas landasan Al-Quran dan
Hadis Nabi SAW. Golongan khawarij atau dikenali juga sebagai mazhab Khawarij
tidak akan berpegang dengan hukum-hukum yang terkandung di dalam hadis-hadis
yang diriwayatkan oleh Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abu Talib
dan Muawiyah bin Abu Sufyan serta hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat
yang menyokong salah seorang daripada tokoh-tokoh tersebut. Bahkan mereka juga
menolak secara keras segala hadis-hadis, pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa
sahabat.
Walau bagaimanapun mazhab Khawarij hanya
menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang mereka terima
pemikirannya dan fatwa-fatwa ulama’ dari kalangan mereka juga. Oleh yang
demikian, wujudlah hukum-hukum fiqh yang terasing dan bersendirian.
Bagi tujuan melaksanakan dasar-dasar mazhab,
mereka telah menggunakan pelbagai cara kekerasan dan kekejaman untuk menentang
atau memusnahkan musuh-musuh mereka. Melalui pengambilan hukum-hukum
syara’ pula, mazhab Khawarij hanya mengambil nas-nas Al-Quran yang zahir
sahaja tanpa mentakwil atau mentafsirkan nas tersebut. Manakala, hadis-hadis
yang diriwayatkan oleh Khalifah Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar sahaja
yang digunakan sedangkan hadis-hadis yan diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang
lain ditolak.
Terdapat pendapat yang dipegang oleh golongan
Khawarij seperti menghukumkan kafir bagi orang yang melakukan dosa besar. Oleh
yang demikian, mereka menghukumkan kafir kepada Sayyidina Uthman, Sayyidina
Ali, Muawiyah, Abu Abbas dan Umar bin As r.a kerana menerima dan
menjalankan dasar tahkim walhal Al-Quran jelas tidak memerlukan sebarang
tahkim.
Antara lain pendapat mereka adalah harus
memerangi atau melakukan pemberontakan terhadap pemerintah yang zalim.
Mereka melakukan pemberontakan dengan cara memprotes di dalam hati. Ini
kerana menurut golongan ini pemberontakan terhadap pemerintah yang zalim itu
wajib walaupun mereka lemah sedangkan pemerintah mempunyai kekuatan dan kuasa.
Di samping itu, pemilihan jawatan Khalifah itu
mestilah bebas dipilih oleh kalangan kaum Muslimin walaupun bukan dari bangsa
Quraisy ataupun Arab.Apabila seseorang itu telah dipilih oleh kaum Muslimin
maka ianya tidak boleh disingkirkan. Tetapi, jika didapati ia melakukan
penyelewengan wajiblah disingkirkan dan jika ia enggan disingkirkan wajiblah
dibunuh.
Amalan-amalan seperti solat, puasa, zakat dan
seumpamanya dianggap sebagai sebahagian daripada Iman. Maka, keimanan seseorang
tidak cukup dengan hanya keyakinan hati dan lidah bahkan ianya hendaklah
dibuktikan dengan segala amalan.
Walau bagaimanapun, kesemua ajaran tersebut
bukanlah menjadi kesepakatan seluruh Khawarij kerana terdapat beberapa perkara
yang hanya tertumpu kepada beberapa kelompok. Antara perkara yang dipersetujui
secara sebulat suara adalah mengenai pemilihan khalifah yang dipilih oleh
kalangan kaum muslimin dari bangsa Quraisy atau Arab serta pendapat mereka
mengenai amalan-amalan seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya merupakan
sebahagian daripada iman. Perselisihan itu berlaku disebabkan oleh kerana
setiap kelompok tidak mempunyai berbagai-bagai pandangan dan pendapat yang
pelbagai malah, kebanyakan daripada mereka masih bercorak Badwi iatu sering
berlaku pergeseran jika tersalah dalam hal-hal peribadi dan sebagainya.
Puak pelampau Khawarij pada akhirnya
mengatakan bahawa manusia tidak memerlukan khalifah dan ketua negara perlulah
tunduk kepada pendapat golongan yang ramai iaitu dengan cara melakukan
pemilihan bebas dalam kalangan umat Islam sama ada Quraisy, bangsa arab atau
selainnya.
Jawatan khalifah hendaklah dibuat secara
pilihan bebas. Jika seseorang muslim dipilih menjadi khalifah, ia tidak boleh
meletakkan jawatannya. Seseorang khalifah juga tidak semestinya berbangsa
Quraisy, malahan jawatan tersebut boleh dipegang oleh sesiapa sahaja walaupun
oleh seorang hamba berkulit hitam. Seseorang yang dipilih menjadi khalifah
wajib mematuhi perintah selengkapnya, kalau tidak, ia wajib dipecat. Dengan
demikian golongan khawarij mempunyai teori yang berlainan daripada syiah yang
mengkhususkan jawatan khalifah hanya bagi keluarga Nabi SAW sahaja. Ia juga
mempunyai teori yang berlainan dengan kalangan Ahl al-sunnah yang kebanyakannya
menetapkan syarat berbangsa Quraisy. Walaubagaimanapun, dalam banyak kumpulan,
kumpulan Khawarij ini terlalu ekstrim, kerana bersikap segera mengkafirkan
orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka juga mewujudkan beberapa
syarat ke atas khalifah, antaranya sekiranya khalifah menyeleweng dari jalan
yang baik, dan lari daripada kebenaran, ia wajib dipecat dan dibunuh. Mereka
mengharuskan dunia ini berjalan tanpa mempunyai ketua langsung, sekiranya perlu
dilantik, ia boleh dilantik daripada seorang hamba atau merdeka atau Quraisy.
Risiko daripada teori Khawarij yang memungkinkan rakyat memecat atau membunuh
ketua negara yang dirasakan telah melakukan penyelewengan, banyak meninggalkan
kesan negatif kepada perlembagaan politik Islam selepas pemerintahan Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq r.a. Seorang penulis Pakistan, Khuda Bukhsh berpendapat,
bahawa kesan teori ini menggerakkan para pemberontak bertindak membunuh
Khalifah Uthman bin Affan r.a apabila disangkakannya dia telah mengubah dan
menukar politiknya.
Majlis Tahkim ialah
sebuah badan yang akan menyelesaikan pertikaian antara Sayyidina Ali dan
Sayyidina Muawiyah r.a. Delegasi Sayyidina Muawiyah diketuai oleh Amru bin As’.
Delegasi Sayyidina Ali diketuai oleh Abu Musa Al-Asy’ari. Amru bin As’
mengusulkan, demi untuk mencapai perdamaian yang sebaik-baiknya bagi umat Islam
dan supaya jangan bertumpah darah dan diserahkan kepada umat Islam untuk
mencari penggantinya. Usul ini diterima oleh Sayyidina Ali an Abu Musa
Al-Asy’ari. Dalam suatu mesyuarat yang dihadiri oleh ribuan kaum muslimin di
Daumatul Jandal, Iraq, keputusan ini diumumkan. Amru bin As minta kepada Abu
Musa untuk berpidato dulu kerana usia beliau lebih tua. Abu Musa pun berpidato
menerangkan bahawa ia sebagai anggota Majlis Tahkim di puak Ali bin Abi Talib,
memberhentikan Ali bin Abi Talib dari jabatannya sebagai khalifah dan
menyerahkan pemilihan penggantinya kepada umat Islam.
Golongan Sayyidina Ali
sangta marah dan Golongan Muawiyah bertepuk tangan kegirangan. Amru bin As
tampil kehadapan dengan tujuan menyampaikan kepada umum bahawa Sayyidina
Muawiyah sudah diberhentikan oleh Majlis Tahkim, serupa dengan Ali akan tetapi
ketika setibanya diatas podium ia bukan mengatakan hal itu, tetapi ia berkata:
“ Hai seluruh umat Islam, saudara-saudara sudah mendengar tadi bahawa Sayyidina
Ali sudah diberhentikan oleh utusannya sendiri, maka sekarang yang tinggal
hanya satu khalifah sahaja iaitu Sayyidina Muawiyah bin Sufiyan, marilah
marilah kita taati beliau bersama-sama!”. Golongan Muawiyah bertepuk tangan
kegirangan tetapi golongan Ali marah dan merungut kerana merasa tertipu.
Permusahan dan peperangan timbul kembali kerana kepincangan yang terdapat dalam
Majlis Tahkim. Orang-orang Khawarij bertambah marah menyalahkan Sayyidina Ali
yang menerima tahkim dan mengutuk Sayyidina Muawiyah.
6.0
SAYYIDINA ALI MATI TERBUNUH
Permusuhan dan perlawanan
antara golongan Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah berjalan terus. Pada tahun
40H, sesudah 5 tahun Sayyidina Ali menjadi Khalifah, kaum Khawarij yang jahat
itu mengadakan komplot untuk membunuh Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah
sekaligus. Begitu juga, diputuskan untuk membunuh Amru bin As, iaitu Ketua
Delegasi Muawiyah yang dianggapnya sebagai penipu ulung. Mereka mengutus
Abdurrahman bin Muljan untuk membunuh Sayyidina Ali, Al-Barak untuk membunuh
Muawiyah dan Umar bin Bakri untuk membunuh Amru bin As. Pembunuhan telah
diatur, iaitu pada waktu subuh yang sama tanggalnya 17 Ramadhan 40H, pada
ketika itu mereka hendak keluar sembahyang subuh. Qadar Ilahi berlaku,
Sayyidina Ali dapat ditikam oleh Abdurrahman bin Muljan manakala Muawiyah dan
Amru tidak dapat dibunuh. Sayyidina Ali bin Talib meninggal pada 17 Ramadhan
tahun 40H dan dimakamkan di Najaf, Baghdad.
Sayyidina Hassan bin Ali
dinobatkan sebagai khalifah yang ke lima pengganti ayandanya. Tetapi dua bulan
selepas diangkat ia menyerahkan takhtanya kepada Sayyidina Muawiyyah bin Abi
Sufian, demi untuk menjaga kesatuan Islam dan demi menjaga agar darah umat
islam tidak tertumpah lagi dalam peperangan saudara. Sayyidina Hasan bin Ali
seorang kesatria yang mencintai Islam dan Muslimin dengan sepenuh hatinya. Ia
melepaskan haknya sebagai khalifah demi keutuhan dan kesatuan umat Islam. Hal
ini sangat pahit bagi golongan syiah kerana mereka dikalahkan tanpa perjuangan
tetapi dengan muslihat yang buruk iaitu tipu daya dalam Majlis Tahkim.
Penyerahan kuasa daripada Sayyidina Hassan kepada Muawiyah juga satu pukulan
yang berat bagi kaum Syiah tetapi apa boleh buat kerana imamnya sudah bertindak
begitu. Oleh kerana itu kaum Syiah sangat membenci Sayyidina Muawiyyah dan seluruh
Bani Umayyah kerana Saidina Muawiyyah adalah dari suku Bani Umayyah. Terdapat 3
golongan ketika itu:
1. Golongan
terbesar, golongan yang mengikut Sayyidina Muawiyyah yang menggangap bahawa
beliau adalah Khalifah ke VI yang sah. Golongan ini banyak berada di Damsyik,
Makkah, Madinah, Mesir dan lain-lain.
2. Golongan
syiah iaitu golongan yang tidak mengakui Muawiyyah sebagai Khalifah ke VI,
tetapi mengangkat secara diam-diam Sayyidina Hussein (Saudara Khalifah Hassan)
sebagai khalifah ke III. Golongan ini banyak berada di Iraq, Basrah dan Kufah.
3. Golongan
ke III golongan Khawarij. Iaitu golongan yang anti Sayyidina Muawiyyah dan anti
Syiah. Golongan ini banyak bertebaran di bahagian wilayah Islam di Iraq dan
Persia.
Pemerintahan Sayyidina
Muawiyah bin Abi Sufyan dari Bani Umayah yang berkedudukan di Damaskus berjalan
selama 20 tahun dari tahun 40H sampia 60H. Selama beliau memerintah, agama
Islam bertambah meluas ke Barat dan Timur. Kaum syiah dan khawarij pula yang
berada dalam negeri ketika itu ditangkap dan diseksa. Pada waktu beliau akan
meninggal tahun 60H beliau mewariskan jabatan Khalifahnya kepada anaknya yang
bernama Yazid bin Muawiyyah, seorang anak yang tidak begitu taat kepada agama.
7.0
KESIMPULAN
Setelah diselidiki
mengenai sejarah kemunculan puak-puak aliran fiqh dalam sejarah perundangan
Islam maka dapatlah disimpulkan bahawa kemunculan puak-puak ini adalah
disebabkan perebutan untuk merebut jawatan khalifah. Bermula dari bibit-bibit
perpecahan yang berlaku diantara tiga pembesar iaitu Talhah bin Abdullah,
Al-Zubir bin Al-Awwam, Muawiyah bin Abi Suffian yang merebut jawatan Khalifah
sehingga berlakunya pertumpahan darah di dalam peperang Jamal dan Siffin.
Daripada peristiwa tersebut, maka lahirlah tiga golongan yang mempunyai fahaman
serta aliran yang berbeza di dalam sejarah perundangan Islam ketika itu. Setiap
golongan-golongan ini mempunyai fahaman serta pemikiran yang berbeza dalam
pelbagai perkara seperti menyelesaikan permasalahan ummah, mentafsirkan serta
memahami nas-nas Syara’ dan kaedah yang diguna pakai dalam permasalahan furu’
sehinggakan ianya memberi kesan kepada masyarakat sehingga ke hari ini
No comments:
Post a Comment