Apa itu aib?
Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah SWT yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah SWT kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah SWT tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.
Baik, ini kisahnya. Pada zaman Nabi Musa AS berlaku kemarau yang panjang. Nabi Musa AS bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah SWT menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa AS digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah SWT
Nabi Musa AS berkata pada Allah SWT. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."
Lalu Allah SWT menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa AS kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah SWT ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.
Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi Musa AS kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah SWT turunkan hujan.
Lalu Nabi Musa AS bertanya kepada Allah SWT, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"
Lalu Allah SWT jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.
Nabi Musa AS bertanya lagi, "Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?"
Allah SWT jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"
Masha Allah. Masha Allah. Allah SWT sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita
No comments:
Post a Comment