Kata Ulama, separuh dari kehidupan manusia akan habis masanya di dalam tidur, lebih kurang 6-8 jam sehari. Bayangkan jika 70-80 tahun usianya. Berapa puluh tahun akan dihabiskan dalam tidur?
Jadikan tidur sebagai IBADAT! Ya IBADAT. Bagaimana nak jadi tidur sebagai IBADAT? Jawapan di bawah
Tidurlah dengan cara Baginda Nabi Muhammad SAW. Cara Baginda Nabi Muhammad SAW adalah SUNNAH & setiap SUNNAH itu adalah IBADAT.
Berikut adalah SUNNAH-SUNNAH cara tidur NABI MUHAMMAD SAW
1. Nabi Muhammad SAW tidak akan tidur selagi tidak habis 2 suruh iaitu AS-SAJADAH & Al Mulk
2. Tidur dalam keadaan berwudhu
3. Kibaskan tempat tidur 3 kali dengan membaca LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
4. Habiskan Zikir Fatimah iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali
5. Membaca surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan diusapkan ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.(Bukhari, Muslim,Tirmidzi, Nasa’i)
6. Disunnahkan tidur dengan posisi dengan tulang rusuk kanan berada di bawah, muka dan badan menghadap kiblat dan telapak tangan diletakkan di bawah pipi. (Bukhari, Muslim, Tirmidzi)
7. Niat untuk bangun tahajud
8. Dilarang menceritakan mimpi buruk kepada siapapun. Disunnahkan menceritakan mimpi baik kepada orang yang dipercayai. (Bukhari).
9. Membaca surat Al-kafirun. Barang siapa membaca sebelum tidur, akan terhindar dari sifat syirik (Thabrani, Abu daud, Nasa’i)
10. Membaca surat Al-Waqiah. Barang siapa membacanya setiap malam akan terhindar dari kelaparan selamanya. (Baihaqi)
12. Membaca doa tidur
13. Membaca Bismillahirahmanirrahim 21 kali
Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Jika ia dapat memberi manfaat, silakan share
No comments:
Post a Comment