Topik


Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

MENGUKUHKAN KEYAKINAN KEPADA ALLAH SWT

SETIAP hari kita memohon doa ke hadrat Allah SWT sama ada pada waktu malam atau pun siang. Namun doa yang kita baca, lafaz yang dipohon kepada-Nya itu adakah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan?

Soalan ini perlu kita tanya pada diri sendiri dan perlu dijawab dengan penuh jujur dan keikhlasan. Ini kerana kita mesti meyakinkan Allah dengan keyakinan yang sekuat-kuatnya tanpa batasan.

Keyakinan dengan penuh tulus dan keikhlasan tanpa kepentingan-kepentingan tertentu. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini di atas segala kekuasaan Allah SWT, Yang Maha Menguasai dan Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: "Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada Kami dan benarlah (Apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya" dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (al-Ahzab: 22)

RAHSIA LANGIT YANG DIKAWAL KETAT

FIRMAN Allah SWT: Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). (al-Jin: 8-9)

Kumpulan jin meneruskan cerita mereka tentang pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai kedudukan dan kerasulan di alam ini, seluruh pelosok langit dan bumi.

Ia bagi membersihkan diri mereka dan segala yang tidak sesuai dengan kehendak Allah SWT yang menurunkan risalah dan menolak segala dakwaan yang mengaku mengetahui segala urusan ghaib.

Monday, February 13, 2012

SIFAT SYAITAN YANG KITA BOLEH IKUTI

Syaitan dan manusia memang pada dasarnya dua makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pada umumnya pasti benci kepada syaitan kerana sifat jahatnya. Namun, di sifat-sifat jahat ini ternyata ada beberapa sifat syaitan yang patut di tiru. Mari kita intip beberapa sifat syaitan yang boleh kita tiru:

1. Setan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia, ramai yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu ataupun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.
2. Setan akan mencari cara apa sekali pun dan bagaimanapun untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ingin sedapnya sahaja, banyak yang malas. Sebahagian besar daripada manusia selalu ingin mendapatkan sesuatu dengan cara yang segera, padahal cara segera tersebut boleh memudaratkan orang lain. Yang haram dianggap menjadi perkara yang wajar (Halal).
3. Setan dari mula diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluhkan dengan pekerjaannya.
4. Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, sebaliknya selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan ambil peduli terhadap sesama, malah saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti.
5. Setan itu paling mahir otaknya dalam mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, sebaliknya banyak yang jadi peniru, tidak mau menciptakan idea-idea baru.
6. Setan itu bekerja 24 jam tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa. Sedangkan manusia, tidak dibayar tidak akan dilakukan. Material seharusnya bukanlah sesuatu yang terpenting dalam hidup ini! Sepatutnya kita saling membantu kepada sesama umat manusia.
7. Syaitan adalah makhluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Manakala manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri sendiri dan ego. Manusia dalam melakukan sesuatu cenderung ingin menonjolkan kemampuannya sendiri berbanding bekerja sama dengan orang lain.
p/s: Yang nyatanya si setan tidak berfikiran untuk melakukan perkara yang ke arah positif ! … Positif untuk hasil negatif?

Friday, February 10, 2012

KEADILAN MENURUT ISLAM

ISLAM adalah agama persamaan dan keadilan. Allah SWT bersifat adil dan cintakan keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas yang sangat ditekankan dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.
Banyak ayat al-Quran yang menyeru kepada keadilan dan mencegah daripada bersifat zalim. Perkataan adil berasal dari perkataan Arab, cadala ataupun al-cadl yang berarti apa yang menetap di jiwa, ia sesuatu yang lurus, lawan kepada sifat menyeleweng.

Al-Imam Mawardi menyifatkan keadilan sebagai memiliki sifat benar, terjamin keimanan, terjauh dari sesuatu yang haram, tenang ketika reda dan marah serta berterusan menjaga maruah di dalam urusan agama dan dunia.

Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring dengan tauhid dan khilafah.
Oleh kerana Islam merangkumi kesemua aspek kehidupan, keadilan juga seharusnya mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, sosial, politik, budaya dan lain-lain.

Menegakkan keadilan akan menciptakan kebaikan kepada sesiapapun, manakala pelanggaran terhadapnya akan mengakibatkan mala petaka.

Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam semua aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh. Sekiranya ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa dan kesalahan di sisi Allah SWT.

Tidak ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Ia juga adalah asas kepada kehidupan bermasyarakat dalam Islam.

Konsep keadilan ini perlu ditonjolkan di dalam setiap perhubungan, antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri, mahupun ibu bapa dan anak-anak.

Apabila keadilan ditegakkan dalam semua aspek, maka terjaminlah keamanan dan ketenteraman di dalam keluarga, masyarakat dan negara. Sifat dan tabiat yang adil mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak yang menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh ketakwaannya yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya.
Keadilan yang diperkenalkan oleh Islam adalah keadilan yang pasti, ia tidak dapat digoncang oleh rasa cinta dan benci, tidak pula dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan individu dan kecenderungan peribadi.

Pengertian keadilan Islam dalam aspek kemasyarakatan tidak akan difahami dengan tepat kecuali apabila difahami tasawur Islam mengenai ketuhanan, alam sejagat, kehidupan dan manusia kerana keadilan sosial Islam adalah satu cabang kecil daripada komponen induk tersebut.

Keadilan berkait akidah
Ini bermakna keadilan mestilah diikat dan dikaitkan dengan konsep akidah dan keimanan yang mendalam kepada Allah SWT serta tugas manusia sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini, iaitu tugas sebagai agen pembangunan jasmani dan rohani.

Keadilan menjadi matlamat kehidupan manusia, ia sangat dituntut dan tidak mungkin terhasil, kecuali dalam jiwa dan hati yang tulus murni.

Hasil daripada keimanan kepada Allah SWT, seorang Muslim akan bersifat adil, mencintai keadilan dan menyeru kepada norma-norma akhlak mulia, biarpun ketika bersama orang bukan Islam.

Mereka juga akan membenci kezaliman, membalas dengan seksaan kepada pelaku-pelaku zalim, biarpun kezaliman itu dilakukan oleh seorang Islam.

Al-Quran menyatakan dengan jelas akan kedudukan sifat orang-orang yang zalim dan balasan kepada orang-orang zalim ialah neraka. Justeru Allah SWT telah mengulang-ulang perkataan zalim sebanyak 226 kali di dalam al-Quran.
Ini menunjukkan kepada pentingnya sifat buruk dan keji ini dijauhi oleh seluruh umat Islam khususnya dan umat manusia amnya.

Al-Quran tidak hanya menghubungkan adil sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujuk kepada integriti dan kejujuran di dalam semua urusan hidup manusia.

Keadilan dalam Islam sangat penting kerana ia akan menjamin kestabilan demi pembangunan umat Islam. Apabila Islam membawa idea tentang keadilan dalam masyarakat jahiliah, maka mereka yang dulunya berpecah belah dan saling bermusuhan menjadi bersatu padu dan saling berkasih sayang.

Justeru apabila undang-undang dan keadilan dalam Islam terpesong angkara segelintir umatnya, kegemilangan Islam mula merosot.

Keadilan juga menjadi unsur yang penting untuk membina masyarakat yang adil dan makmur, atau dengan kata lain, masyarakat yang adil dan makmur tidak akan dapat diwujudkan jika keadilan tidak ditegakkan.
Keadilan perlu ditegakkan kerana ia akan memberi ketenangan kepada manusia dan menyuburkan hubungan individu dengan orang lain.

Rasulullah SAW di dalam pemerintahan baginda tidak pernah menindas mana-mana pihak. Bahkan baginda SAW didekati dan dikasihi oleh semua pengikutnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Ini kerana dalam memutuskan apa-apa hukuman, baginda SAW tidak sekali-kali terpengaruh oleh keadaan orang yang dihukumi, sama ada daripada kalangan keluarga, sahabat handai ataupun orang lain yang berbeza bangsa dan agama.
Ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sifat adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maaidah: 8)

DARI LIDAH SAUDARA BARU

Terlalu banyak gereja yang telah saya kunjungi. Saya mendengar, saya berdoa dan saya berbicara dengan mereka yang daripada pelbagai kepercayaan. Namun, saya masih merasakan ada yang tidak kena, ia mengelirukan seperti ada sesuatu yang hilang.

"Saya selalu dimomokkan dengan kata-kata orang dahulu. "Saya percaya kepada Tuhan tetapi saya tidak berpegang pada mana-mana agama. Bagi saya, mereka semua itu nampak seperti tidak kena sahaja".

Itulah sebenarnya apa yang saya rasa tetapi saya tidak mahu ia terus berkeadaan begitu atau terima sahaja pendirian tersebut. Bagi saya jika Tuhan itu wujud, ia tidak akan membiarkan kita tanpa arah tujuan ataupun membiarkan kita dalam kejahilan. Mesti ada satu perancangan kepada kebenaran agama. Saya cuma perlu untuk mencarinya.

Justeru itu, di gereja-gerejalah di mana saya membuat penyelidikan dan pencarian. Sebabnya, di kejiranan inilah saya dibesarkan dan seperti ada sedikit kebenaran dalam ajaran yang mereka amalkan.

Namun, pada masa sama timbul pula terlalu banyak perbezaan dalam pandangan serta konflik dalam pengajaran agama mereka.

Ini jelas ketara terhadap perkara-perkara asas seperti; bagaimana untuk bersembahyang, kepada siapa kita menyembah dan menerusi apa, siapakah yang dimaksudkan 'yang terselamat' dan siapa yang sebaliknya dan bagaimana seseorang itu perlu lakukan untuk 'selamat'. Ia berbelit-belit.

Kesemua persoalan yang menyemakkan fikiran itu membuatkan saya hampir-hampir putus asa. Setiap gereja yang saya pergi memberikan pandangan yang sama.

Turut menambahkan kekecewaan apabila kita mengetahui bahawa apa yang diajarkan itu adalah satu pembohongan yang nyata.

Pada suatu hari, saya ke kedai buku dan tergerak ke bahagian buku-buku agama. Sedang saya berdiri memerhatikan pelbagai buku-buku terutamanya buku berkaitan agama Kristian yang tersusun rapi di rak-rak pameran, terlintas di hati saya jika dalam banyak-banyak buku itu ada tidak buku berkaitan agama Islam.

Lantas, saya terus mengambil apa sahaja buku berkaitan Islam yang tersedia di rak itu.

Sungguhpun ketika memilih satu buku mengenai Islam saya langsung tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana bagi saya Islam juga bukanlah satu agama yang terlalu menonjol.

Saya sekadar mahu membacanya sahaja, tidak lebih dari itu. Ini kerana saya tidak mahu kecewa dan dikecewakan sekali lagi.
Namun makin lama saya menyelak satu ke satu halaman dan helaian, saya mula jadi tertarik. Satu kenyataan yang menyentap sanubari saya adalah, "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah".

Allah itu Esa, setiap amalan dan sembahan itu adalah kerana-Nya semata-mata. Ia nampak begitu mudah tetapi begitu besar maknanya atau impaknya dan ia sesuatu yang masuk akal. Jadi, daripada situ saya mula membaca apa sahaja informasi tentang Islam.

Apa yang saya bacakan semuanya seperti sesuatu yang logik dan bertepatan dengan fitrah bagi makhluk bernama manusia. Ia seolah-olah teka-teki yang berselerakan di dalam minda, kini telah dapat diselesaikan.
Saya telah temui jawapan yang dicari selama ini menerusi agama baru ini.

Islam telah menjelaskan segala kemusykilan yang selama ini berserabut dalam fikiran saya, sekali gus memberikan gambaran jelas mengapa kita dihidupkan di atas muka bumi ini iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT yang juga Pencipta alam semesta ini.

Saya semakin seronok dengan apa yang diperoleh menerusi pembacaan buku-buku Islamik. Kemudian, saya membaca pula al-Quran. Hati saya tersentuh dan bersyukur kerana berpeluang membaca kitab suci tersebut.

Saya tahu kata-kata dalam al-Quran itu semuanya datang daripada Allah menerusi utusannya, Nabi Muhammad SAW. Jadi inilah kebenaran hakiki yang saya cari selama ini.

Rupa-rupanya barulah saya tahu yang saya selama ini adalah seorang Muslim, cuma ia tidak saya sedari.
Kini, apabila saya memulakan kehidupan sebagai seorang Muslim, kehidupan saya sudah kembali tenang.
Saya juga rasa selamat kerana mengetahui kini apa yang saya pelajari itu adalah kebenaran sebenar dan ia membawa saya lebih hampir kepada Allah SWT.

Semoga kita sentiasa di dalam perlindungan dan petunjuk-Nya. Amin."

Sunday, February 5, 2012

MISTERI BERMUDA TRIANGLE


Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini milik orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih mengerikan dari Segitiga Bermuda.

Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.Segitiga Bermuda, terkadang disebut juga Segitiga Syaitan, ia adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4 juta km2 yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Riko, teritorial Amerika Serikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat. Segitiga bermuda sangat misterius. Sering ada isu paranormal di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintas. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang mengatakan bahwa itu semua akibat ulah makhluk luar angkasa.

Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat “cahaya aneh berkemilau di cakerawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di area tersebut.

Berbagai peristiwa kehilangan di area tersebut pertama kali didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misterius yang menimpa kapal terbang dan laut di area tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Setan’. Hal tersebut diungit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’ , setelah istilah ‘Segitiga Bermuda’ menjadi istilah yang biasa disebut.

Perusahaan asuransi laut Lloyd’s of London menyatakan bahwa segitiga bermuda bukanlah lautan yang berbahaya dan sama seperti lautan biasa di seluruh dunia, asalkan tidak membawa angkutan melebihi ketentuan ketika melalui wilayah tersebut. Penjaga pantai mengkonfirmasi keputusan tersebut. Penjelasan tersebut dianggap masuk akal, ditambah dengan sejumlah pengamatan dan penyelidikan kasus.

metana Penjelasan lain dari beberapa peristiwa lenyapnya pesawat terbang dan kapal laut secara misterius adalah adanya gas metana di wilayah perairan tersebut. Teori ini dipublikasikan untuk pertama kali tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Serikat. Teori ini berhasil diuji coba di laboratorium dan hasilnya memuaskan beberapa orang tentang penjelasan yang masuk akal seputar misteri lenyapnya pesawat-pesawat dan kapal laut yang melintas di wilayah tersebut.

Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa lubang di langit. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.

Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?

Ada yang mengatakan Segitiga Bermuda disebabkan karena tempat tersebut merupakan pangkalan UFO sekelompok mahkluk luar angkasa/alien yang tidak mau diusik oleh manusia,sehingga kendaraan apapun yang melewati teritorial tersebut akan terhisap dan diculik.




Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?



Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik adalah, segitiga bermuda cukup dekat dengan peluncuran roket NASA (Florida).

Ada yang mengatakan bahwa penyebabnya dikarenakan oleh adanya sumber magnet terbesar di bumi yang tertanam di bawah Segitiga Bermuda,sehingga logam berton-tonpun dapat tertarik ke dalam. Dan bahkan ada yang mengatakan Segitiga Bermuda merupakan pusat bertemunya antara arus air dingin dengan arus air panas,sehingga akan mengakibatkan pusaran air yang besar/dasyat.

Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.

Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tak jelas asalnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tak jelas tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi bukan halusinasi).

Obor-obor raksasa tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin obor-obor raksasa itu bukan binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.

Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika. Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? 

Lagi pun laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.

Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah berbagai macam bentuk teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:
  • Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
  • Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin saja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
  • Ditemukan Blue Hole, tapi masih diragukan, karena kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
  • Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
  • Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.
Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan pristiwa itu, tapi tak ada yang mempercayainya.

Wallahualam.

BUKU KEDATANGAN IMAM MAHDI - PALSU ATAU FAKTA?

Berdasarkan buku “Oktober 2015 Imam Mahdi akan datang” buku paling kontroversi  ini mengambil sumber utama dari Al-Quran, kitab terdahulu, cerita sejarah, dan perhitungan matematik. Namun jangan mudah mempercayai sesuatu teori yang pastinya belum tentu ada kebenarannya.
Antara intisari buku ramalan kontroversi tersebut ialah :
2008 = Israel akan memperluas daerahnya. Terjadi pengusiran besar-besaran rakyat Palestin oleh kaum Yahudi tersebut. Mereka akan menentukan sempadan akhir negara Israel dan membangun penempatan besar di Palestin bagi kaum Yahudi.
2010 = Atas kebijaksanaan presiden baru Amerika, beliau akan menarik pasukannya yang berada di Iraq kerana Amerika akan mencuba untuk menakluk negara-negara lain seperti Sudan, Mesir dan Syria.
21 March – 9 Mei 2014 = Terjadi perubahan cuaca yang amat radikal akibat asteroid yang mendekat (atau mungkin menghentam) Bumi. Terjadi hujan yang sangat lebat selama 50 hari tersebut, menyebabkan rosaknya hampir seluruh  pertanian di Bumi. Bencana tersebut adalah bencana terbesar yang pernah terjadi semenjak Adam as turun ke Bumi.
Bulan-bulan awal 2015 = Amerika Syarikat menguasai Sudan, lalu memasuki Mesir namun gagal menaklukinya
April 2015 = Munculnya Sufyani sebagai pemimpin kejam di Damaskus, Syria.

23 Ramadhan tahun itu = Seruan yang datang dari langit yang menandakan Imam Mahdi akan datang dan menyuruh manusia untuk mengikuti Imam Mahdi. Seruan itu muncul ke seluruh tempat di dunia dalam bahasa masing-masing dan dapat dimengerti oleh seluruh manusia.
Oktober 2015 = Asteroid kecil yang menghentam Missisipi di Amerika Syarikat, menyebabkan kekacauan besar di negara Freemason itu
23 Oktober 2015 = Imam Mahdi muncul di Mekkah.
24 Oktober 2015 = Imam Mahdi dibai’at di Ka’bah.

Kemudian = Pasukan Sufyani bergerak menuju Kuffah dan menimbulkan kekacauan besar disana, namun kemudian dapat ditumpas. Sedangkan itu pasukan yang lain bergerak menuju Madinah dan menghancurkan kota tersebut termasuk Masjid Nabawi. Pasukan tersebut ingin membunuh Imam Mahdi di Mekah, namun ditumpas oleh para malaikat


Kemudian = Pasukan Imam Mahdi bergerak menuju ke Kuffah dan mendirikan pusat pemerintahan disana


Februari 2016 = Asteroid kedua yang menghentam pantai barat Amerika, Amerika kemudiannya semakin musnah


11 September 2018 = Nabi Isa as datang dari langit untuk membantu Imam Mahdi dalam misi Islam


1 Februari 2019 = Amerika Syarikat hancur

Februari 2019 = Israel menghancurkan Masjid al-Aqsa

2019 – 2021 = Kaum Yahudi dari seluruh dunia berpusu-pusu ke Israel. Ketika ini terjadi 'exodus' besar-besaran


7 Ogos 2022 = Imam Mahdi merebut Jerusalem, Israel pun hancur. Tanggal ini berlalu dengan Tish B’Av, Hari besar dalam Yahudi yang merupakan hari kehancuran I Haikal Solomon oleh Raja Nebuchadnezzar dan kehancuran II Haikal Sulaiman oleh Raja Titus
 
Buku ini banyak merujuk kepada fakta 'dari' Syiah,  kemungkinan bahawa penulis buku ini juga adalah dikalangan pengikut Syiah. Ingin diingatkan, artikel ini ditulis bagi membolehkan para pembaca membuat penilaian sendiri berhubung kemunculan Imam Mahdi.

Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Ingatlah, hanya satu mazhab Islam yang benar yakni Sunnah wal jamaah.

p/s: jangan mudah mempercayai sesuatu teori, kerana ia belum dibuktikan benar.

KAABAH - SEJARAH DAN GAMBAR














Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.


Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.


Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.




Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi) 







Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah Pada 1880

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah - secara dekat

Banjir Melanda Kaabah - 1941

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Pandangan Atas Kaabah

Maqam Nabi Ibrahim a.s.

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Menukar Kelambu Kaabah

Struktur Dalaman Kaabah

Pelan Dalaman Kaabah

BARANGAN MILIK RASULULLAH SAW

Pernahkah anda berkesempatan untuk melihat koleksi barangan peninggalan Nabi Muhammad SAW. Beberapa barangan milik Rasullullah SAW atau yang pernah digunakan oleh beliau masih tersimpan baik di beberapa muzium seluruh dunia antaranya di Muzium Topkapy Istanbul Turki, Jordan, Iraq dan beberapa negara timur tengah lainnya.

Alhamdulillah... sungguhpun kita tidak pernah menatap wajah Rasullullah SAW, namun perasaan kasih , sayang dan rindu terhadap manusia agung ini tidak pernah padam. Mungkin kita pernah setidaknya berdoa dan mengharapkan agar diketemukan dengan Rasullullah melalui mimpi?

Apapun Allah yang lebih mengetahui. Semoga dengan menatap gambar koleksi barangan Rasullullah ini akan terbit satu perasaan mendalam terhadap Rasullullah serta ajaran yang dibawanya

Selawat dan salam untuk Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW...


the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Ya Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)


the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Bahagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah robek)


jubah-rasulullah1

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW


blessed-seal-of-rasool-allah-saw1

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)


copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

picture1.jpg

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW



the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw

jejak-kaki-nabi

Jejak Kaki Rasulullah SAW



blessed-hair-of-rasool-allahsaw

rambut-nabi

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW 



gigi-dan-rambut1

Peninggalan gigi dan rambut Nabi Muhammad SAW
a



Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW





picture4.jpg

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2

pedang2-nabi-dengan-nama-namanya

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang. 





Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelasa

busur-panah-nabi

aBusur Panah Nabi SAW





Bendera Rasululullah SAW



a

Ini lebih jelasnya.




Salah satu sorban/tutup kepala Rasulullah SAW




Topi Besi Rasulullah SAW




Baju dan barang-barang Rasulullah SAW


blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw

blessed-sandal-of-rasool-allah-saw



Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …


letter-to-nijashi-king-of-habsha

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


letter-to-omani-people

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


letter-to-qaiser_e_rome

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7




Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


prophets-letter-to-muqauqas-egypt

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir




Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


box-belonging-to-hazrat-fatima-rz

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.



picture6.jpg

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet

The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)