Wednesday, October 21, 2020

Kisah Rasulullah SAW (NO 1)

KISAH RASULULLAH ﷺ (No 1)


Rumah Tangga Muhammad Rasulullah SAW


Rasulullah SAW selalu membuat suasana rumahnya menjadi hidup dengan gurauan dan keramahan. Baginda SAW suka berjenaka kepada siapa pun. Bukan hanya kepada isteri dan puteri-puterinya, Baginda SAW juga amat ramah kepada pembantunya


Sejak muda, Rasulullah SAW amat gemar memakai wangian. Bau wangian itu akan membuatkan orang-orang di sekitar Baginda SAW merasa senang. Rasulullah SAW tidak menyukai baju berwarna merah. Baginda SAW lebih suka baju berwarna cerah atau putih. Rasulullah SAW juga gemar memakai serban dengan hujungnya tergantung antara bahu. Baginda SAW tidak pernah menggunakan baju yang seluruhnya terbuat dari sutera


Kemudian datanglah satu orang yang amat Rasulullah SAW sayangi. Begitu sayangnya sampai Baginda SAW mengangkatnya sebagai anak


Zaid bin Haritsah RA


Suatu hari, anak saudara Khadijah RA yang bernama Hakim bin Hizam membawa seorang hamba lelaki bernama Zaid bin Haritsah RA. Zaid RA dibawa ke rumah Khadijah RA dalam keadaan dhoif sekali. Lehernya dibelenggu sehingga dia terpaksa merangkak seperti seekor kuda. Bonda Khadijah RA membeli Zaid RA dan memperlakukannya dengan baik


Rasulullah SAW amat menyukai Zaid RA. Apalagi ketika Zaid RA bercerita bahawa dia dijadikan hamba dengan cara diculik


Lima belas tahun yang lalu, Zaid RA sedang berjalan pulang bersama ibunya ketika datang para perompak gurun. Zaid RA disergap dan dibawa lari. Sejak itulah dia hidup sebagai seorang hamba yang diperjual-belikan ke sana ke mari. Nasiblah yang membawanya bertemu dengan Rasulullah SAW, orang yang amat Zaid RA cintai


Melihat Rasulullah SAW amat menyayangi Zaid RA, Khadijah RA memberikan Zaid RA kepada suaminya itu. Khadijah RA yang bijaksana mengerti bahawa suaminya menganggap Zaid RA seolah sebagai pengganti Qasim dan Abdullah yang telah tiada. Rasulullah SAW segera memerdekakan Zaid RA. Namun, secara tidak disangka, datanglah Haritsah, ayah Zaid RA


Haritsah telah bertahun-tahun mencari Zaid RA sejak anaknya itu menghilang. Haritsah amat menyayangi dan merindukan Zaid RA sehingga dia membuat puisi kesedihan tentang anaknya itu. Zaid RA pun amat menyayangi ayahnya 


"Silakan membawa Zaid pulang ," kata Rasulullah SAW kepada Haritsah. "Tetapi, seandainya Zaid memilih tetap bersamaku, aku tidak akan menolaknya"


Ternyata, Zaid RA lebih memilih tinggal bersama Rasulullah SAW. Rasulullah SAW amat bahagia sehingga mengangkat Zaid RA sebagai putera Baginda SAW. Sejak saat itu, Zaid RA sering dipanggil Zaid bin Muhammad


● Di kemudian hari, Allah SWT melarang anak angkat mewarisi harta ayah angkatnya yang telah wafat. Harta seorang ayah tetaplah menjadi hak anak kandung, bukan anak angkat. Maha adil Allah Yang Agung 

No comments:

Post a Comment