BAIKI TEMPAT YANG SALAH
Semalam scooter sahabat saya alami sedikit kerosakan masa nak ke surau. Scooter tu masih boleh bergerak, namun bunyi berseret ketika bergerak.
Sreet. Sreet. Kuat bunyinya bila throtle dipulas.
Bunyi kuat tu datang dari bahagian tayar belakang. Lepas solat subuh, kami ramai ramai kumpul di scooter yang baru dibelinya dari Shoppee. Semua periksa dan bantu baiki kerosakan.
Jenuh pusing sana sini, masih tak jumpa solution. Kami pakat pakat tolak scooternya balik ke rumah.
Di rumah, sahabat saya ni terus ambil spanar dan alat pertukangannya. Dileraikan tayar belakang scooternya. Nak dicari mana punca bunyi bising. Sahabat saya syak barangkali bearing tayarnya longgar.
Namun, sekali lagi hampa. Tak jumpa punca kerosakan.
Akhirnya, sahabat saya decide hubungi pengeluar scooter elektrik ni. Alhamdulillah, pengeluar scooter ini baik hati kongsi video untuk baiki scooternya.
Rupanya ada suiz longgar di bawah seat scooter. Padanlah tak selesai masalah.
Baiki tempat yang salah!
Yang longgarnya suiz, tapi yang dicabutnya ialah tayar! Mana nak selesai masalah. Huhuhu.
Tergelak riang sahabat saya ni bila masalahnya selesai.
Pagi ini, bila terkenang peristiwa semalam, tiba tiba saya terfikir satu ibrah yang luar biasa. Subhanallah. Meremang bulu roma bila terfikir.
Selama ini, dalam hidup kita, bila ada masalah, tanpa sedar kita baiki tempat yang salah !
Ya, kita baiki tempat yang salah.
Bila tak cukup duit, kita pergi berhutang dan meminjam orang.
Bila tak puas hati dengan pasangan, kita pergi marah marah dan bertengkar.
Bila rasa stress, kita pergi main game dan melancong.
Kita cuba baiki masalah yang kita hadapi. Tapi, rupanya masalah itu tak pernah selesai. Bahkan asyik bertambah.
Kenapa?
Sebab kita baiki tempat yang salah ! Allahu.
Kita baiki kepada usaha, kita lupa lihat kepada pokok pangkalnya.
Maka, apa yang perlu dibaiki sebenarnya bila ditimpa masalah?
Gini, Untuk selesaikan semua masalah ini, nak tak nak, memang kena rujuk kepada pengeluar manusia.
Macam kes sahabat tadi. Dia rujuk pengeluar scooter. Sebagaimana scooter ada manual , rupanya ada juga manual untuk selesaikan masalah manusia ni.
Siapa pengeluar manusia? Allah SWT.
Apa manual untuk manusia? Al Quran
Allahu. Zaaas.
Selama ini kita ingat solutionnya ada pada diri. Ada pada kekuatan diri. Ada pada usaha sendiri. Kita nak selesaikan sendiri semua masalah kita.
Tapi, rupanya ikut manual yang Allah SWT beri, bukan itu caranya.
Untuk selesaikan masalah kita, ialah dengan selesaikan masalah orang lain. Masalah kita, biar Allah SWT yang uruskan.
Firman Allah SWT, bantulah urusan agama Allah SWT, maka Allah SWT akan membantu menyelesaikan urusanmu. (Surah Muhammad)
Gitu.
Selama ini kita ingat kita lah yang perlu baiki masalah kita. Bertahun tahun kita di ajar begitu. Sehingga sebati yang masalah kita , kita yang kena selesaikan sendiri. Allahu.
Walhal, kita tak akan mampu selesaikan masalah kita melainkan dengan bantuan dan keizinan Allah SWT.
Selama ini kita tertipu dengan diri sendiri. Kita anggap usaha kita lah faktor utama kejayaan. Hingga kita sering rasa bangga dengan apa yang kita capai. Kita rasa kerana kepandaian kita lah menyebabkan kita berjaya.
Tanpa sedar, kita lantik jawatan tuhan dalam diri. Alllahuu.
Kita anggap kitalah yang menentukan segalanya.
Hingga akhirnya, bila kita ditimpa masalah, kita rasa kita juga yang boleh selesaikannya sendiri. Kita lupa Allah SWT. Kita lupa perlu minta tolong Allah SWT. Kita lupa yang kita tak ada kuasa. Kita lupa yang kita hanya hamba.
Allahu. Itulah kesilapan yang perlu dibaiki.
Ayuh, pecat jawatan tuhan dalam diri. Pakailah semula gelaran yang paling sesuai yang diberi oleh tuhan-Mu, iaitu hamba.
Kerana, bila kita baiki jiwa tuhan kepada jiwa hamba, maka disitu lah formula kepada penyelesaian semua masalah yang kita hadapi.
Firman Allah SWT,
Hai jiwa yang tenang (jiwa hamba), pergilah menemui tuhanMu dengan penuh keredhaan. Masuklah ke dalam syurgaKu.
(Surah Al Fajr).
Dapat sesuatu?
No comments:
Post a Comment