Tuesday, February 2, 2021

Bezanya KHALIFAH dan KHILAFAH

 KHILAFAH DAN KHALIFAH.


Menurut bahasa, khilafah berasal dari bahasa arab iaitu  خَلَفَ – يَخْلُفُ - خَلَفًا وَ خِلاَ فَة

yang bermaksud menggantikan atau menjadi pengganti. Kata  خِلاَ فَة  dapat diertikan sebagai kekuasaan atau pemerintahan. Manakala menurut istilah, Khilafah iaitu susunan pemerintahan yang diatur menurut ajaran Islam, di mana aspek-aspek yang berkenaan dengan pemerintahan keseluruhannya berlandaskan ajaran Islam.


Bentuk khilafah yang benar-benar murni adalah berlandaskan hukum-hukam Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin RA, di mana hukum-hukam Al-Quran dan As-Sunnah benar-benar diikuti dan ditaati secara konsisten oleh seluruh kaum muslimin.


Adanya khilafah memang sangat diperlukan oleh umat Islam, kerana ianya bersangkutan di dalam segala aspek kehidupan umat Islam. 


Tanpa adanya khilafah, kehidupan bersama umat Islam tidak akan teratur, kemakmuran bersama tidak akan tercapai, bahkan eksistensi Islam dan umatnya akan terancam. Na'udzubillahi min dzaliik.


Adanya khilafah atau pemerintahan di dalam Islam bukan menjadi tujuan, tetapi ianya sebagai alat untuk mencapai tujuan. Ada pun tujuan khilafah itu ialah :


1. Terciptanya kehidupan beragama yang mantap pengamalannya dengan segala aspek kehidupan umat, baik di dalam kehidupan peribadi, masyarakat dan negara.


2. Terwujudnya kehidupan bermasyarakat yang adil, makmur dan sentosa di seluruh lapisan masyarakat, serta jauh dari rasa takut dan kekhawatiran yang berasal dari bangsanya sendiri mahu pun dari luar bangsanya.


3. Agama Islam dapat tumbuh dan berkembang dengan baik dan di sisi lain umat Islam memperoleh kebahagiaan zahir dan batin. Tujuan ini sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, iaitu :

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُوْرٌ (سبا : ١٥)

Ertinya : Negeri makmur, aman, tenteram. serta berada dalam keredhaan Allah SWT        


KHALIFAH (خَلِيْفَة)

Khalifah adalah pengganti atau wakil Allah SWT untuk melaksanakan undang-undang-Nya di muka bumi ini, sekaligus melanjutkan kepemimpinan Rasulullah SAW, baik di dalam urusan keduniaan mahu pun akhirat. Kata Khalifah bermaksud pengganti, iaitu pengganti kedudukan yang ditinggalkan oleh pendahulunya. Khalifah dapat juga diertikan sebagai orang yang memegang tampuk pemerintahan atau orang yang diberi tugas untuk menjalankan pemerintahan.


Khalifah di dalam erti khusus iaitu ketua negara setelah Rasulullah SAW atau pengganti-pengganti Rasulullah SAW sebagai ketua negara, tetapi tidak menggantikan kedudukannya sebagai Nabi dan Rasul. Di antara khalifah yang tersohor ialah Abu Bakar Shiddiq RA, Umar Bin Khattab RA, Utsman Bin Affan RA, Ali Bin Abi Thalib RA dan seterusnya.


Maka dengan demikian perbezaan Khilafah dengan khalifah ialah :


1. Khilafah adalah suatu bentuk pemerintahan atau kepemimpinan.


2. Khalifah adalah individu, iaitu pemimpin atau pemerintah.


3. Khalifah merupakan bentuk Mashdar, manakala Khalifah pula di dalam bentuk Isim sifat.

No comments:

Post a Comment