Seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu mengapa kita miskin?
Dengan tenang si Ibu berkata,
“Hidup ini seperti berjalan-jalan di supermarket, semua orang boleh memiliki dan membawa barang apa saja yang dia inginkan sampailah saat di kaunter pembayaran. Siapa yang membawa sepotong roti, maka dia harus membayar harga sepotong roti. Siapa yang membawa 3 potong roti, dia pun harus membayar harga 3 potong roti. Sementara kita tak mungkin membawa apa-apa kerana tiada wang untuk membelinya. Di pintu keluar pun, kita tak akan diperiksa, dibiarkan jalan begitu saja. Begitu pula kelak di Hari Kiamat nak. Saat orang-orang kaya akan menjalani pemeriksaan untuk dipertanggungjawabkan. Saat orang-orang kaya ditanya mengenai dari mana harta mereka perolehi? Dan ke mana harta mereka digunakan? Kita dibiarkan terus berjalan tanpa beban. Lebih baikkan? Apakah engkau masih juga belum boleh menerima? Anakku, jika kita memang ditakdirkan menjadi orang miskin, bersabarlah kerana setelah kematian tiba, kemiskinan itu akan sirna. Berfikirlah positif, barangkali jika kita kaya belum tentu mampu lebih bertakwa. Mungkin juga, dengan kemiskinan kita akan lebih mudah meraih Syurga-Nya. Jangan pernah mengeluh kerana kaya dan miskin bukanlah ukuran mulia dan hinanya manusia. Tetaplah berprasangka baik pada Allah SWT. Singkirkan cemburu, buanglah tanda tanya tentang kehendak Sang Pemberi Nikmat. Mungkin rezeki buat kita masih tersimpan di Syurga, menunggu kita menerimanya”
Subhanallah, ini sebagai bahan renungan dan perbincangan.
Di Malaysia saja, kita semua dalam kehidupan seharian, buku kewangan itu susah diaudit jika tidak benar kiraannya, jika banyak bohongnya, banyak pengurangan atau penambahan yang tidak jelas. Tapi jika rapi dari awal, benar, lengkap, maka audit itu tidak susah malahan cepat dan lancar.
Sekarang, bagaimana pula pembukuan dan pencatatan Allah SWT? Jika seseorang menjalani kehidupan ini, lalu ada ketetapan Allah SWT, dia miskin tapi dia bersabar, tidak mengeluh, tidak mengungkit, tidak minta-minta sesama manusia, tidak membawanya pada maksiat, In shaa Allah, kemiskinannya itulah ibadah dan amal solehnya. Apalagi jika dia memang rajin dan taat beribadah.
Hisabnya, boleh jadi ‘lebih lama’ juga dari orang miskin biasa. Sebab kebaikannya -bahawa dia tidak mengeluh dan seterusnya- dihitung setiap waktunya.
Dan sebaliknya pun boleh ‘lama juga’ hisabnya. Sebab sering mengeluh dan sebagainya.
Ya, dihitung juga oleh Allah SWT di hari hisab kelak.
Dan orang kaya juga bila soleh dan banyak dermanya, itu yang membuat lama sikit hisabnya. Sebab, contohnya dia bangun sepuluh masjid, ada 3 syarikat dengan 6,000 pekerja, ada sekolah dengan belasan ribu murid, bermanfaat hartanya maka mungkin lama kiraannya
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment