اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
Berdakwah Terang-Terangan
Keesokan harinya, Umar RA mengingati siapa yang paling keras memusuhi Rasulullah SAW. Jawapannya pun terus diketahui, "Abu Jahal!". Tanpa membuang masa, Umar RA pergi mengetuk pintu rumah Abu Jahal. Abu Jahal keluar dan menyambut Umar RA, "Selamat datang, wahai anak buahku! Khabar apakah gerangan yang engkau bawa?"
"Aku datang untuk memberitahukan kepadamu bahawa aku telah mempercayai ajaran-ajaran Muhammad!"
Wajah Abu Jahal pucat. Sambil menghempas pintu, dia berteriak lantang, "Mudah-mudahan tuhan mengutukmu. Alangkah buruknya khabar yang engkau bawa!"
Tidak berhenti sampai di situ, di sepanjang jalan, Umar RA memberi tahu setiap orang bahawa dia telah memeluk Islam
Setelah itu, Umar RA pergi ke Ka'bah dan mengumumkan keislamannya. Rasa takut bercampur benci semakin membengkak di hati orang-orang Quraisy yang masih kafir
Setelah masuk Islam, Umar RA bertanya, "Wahai Rasulullah, bukankah kita berada di atas kebenaran mati mahu pun hidup?"
Ketika Rasulullah SAW membenarkannya dengan tegas, Umar RA meminta agar Rasulullah SAW dan kaum muslimin keluar secara terang-terangan. Rasulullah SAW menyetujui hal itu. Baginda SAW dan umatnya pun keluar ke jalan-jalan Kota Mekah dalam dua barisan menuju Masjidil Haram. Barisan sebelah kanan Rasulullah SAW dipimpin oleh Hamzah RA dan barisan di sebelah kiri dipimpin oleh Umar bin Khattab RA
Sejak itulah Umar RA digelar Al Faruq (sang pembeza kebenaran dan kebathilan)
Islam Mengajarkan Kebaikan
Islam kemudian menjadi bahan perdebatan hangat di Kota Mekah. Mereka yang curiga terus bertanya kepada sahabatnya yang muslim. Sementara itu, mereka yang benci tidak henti-hentinya memburukkan agama ini
"Apa yang diajarkan agama baru ini? Katakan kepadaku, sahabat. Biar aku faham mengapa kamu begitu mudah meninggalkan agama nenek moyang kita", kata seseorang kepada sahabatnya
"Engkau tahu bahawa hidupku sangat susah", jawab sahabat muslimnya. "Setiap kali ku lihat orang-orang kaya menunggang kuda-kuda istimewa, mengenakan pakaian mewah dan memasuki rumah megah, aku tertanya-tanya, untuk apa sebenarnya Tuhan menciptakan aku ini? Aku tidak dapat menikmati hidup kecuali bekerja keras untuk makan sehari-hari. Aku tidak tahu setelah aku mati akan ke mana aku pergi. Sungguh susah rasanya menjadi orang yang berharga dan mulia"
Si muslim menoleh dan melihat wajah sahabatnya itu tampak bersungguh-sungguh
"Namun kemudian, Islam datang dan mengajarkan bahawa kemuliaan bukan terletak pada longgokkan emas dan perak kita, akan tetapi pada sebanyak apa kebaikan yang telah kita buat. Islam tidak melarang perniagaan dan orang menjadi kaya, tetapi Islam mengajarkan bahawa nilai cinta kasih, persaudaraan, kesamarataan dan tolong menolong berada jauh di atas nilai selonggok harta. Tahukah engkau, setelah datangnya Islam, aku merasa menjadi yang lebih bererti daripada sebelumnya"
Sahabatnya mengangguk faham
"Lebih dari itu", kata si muslim. "Islam mengenalkan aku kepada siapa sebenarnya Pencipta alam yang patut disembah, bukan berhala yang tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan Allah. Melalui Rasulullah, Allah menurunkan perkataan-Nya buat kita. Cuba dengarkan beberapa ayat berikut ini. Engkau akan tahu bahawa tidak seorang penyair pun yang mampu menandingi keindahan bahasanya apalagi kebenaran isinya"
Kemudian, beberapa ayat Al Quran keluar dari mulut si muslim dan terus menembusi hati sahabatnya yang kini kian larut dan kian dekat pada kebenaran
Kesaksian Musuh
Bahkan para musuh Rasulullah SAW pun tidak dapat mengingkari kejujuran Rasulullah SAW. Tirmidzi meriwayatkan dari Ali bin Abu Thalib RA bahawa Abu Jahal pernah berkata kepada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya kami tidak mendustakanmu, tapi kami mendustakan apa yang engkau bawa"
Utusan Quraisy
Apa yang terjadi dengan muslim yang berhijrah ke Habasyah
"Kita tidak boleh membiarkan mereka berlindung di Habasyah!", kata seorang pembesar Quraisy. "Dengan perlindungan yang diberikan Raja Najasyi, aku khuatir mereka akan bertambah kuat dan membahayakan kita!"
"Kirim utusan kepada Najasyi!", kata pembesar yang lain. "Pujuk dia, katakan apa saja agar dia memulangkan para pengikut Muhammad itu!"
Amr bin Ash dan Abdullah bin Abi Rabi'ah diutus menemui Raja Habsyah, Najasyi. Tiba di Habsyah, mereka mempersembahkan hadiah-hadiah berharga untuk raja dan para pembesarnya
"Wahai Raja", kata mereka. "Kaum muslim yang datang ke negeri ini adalah kaum kami yang tidak punya malu. Mereka meninggalkan agama bangsanya dan tidak pula menganut agama Raja. Mereka membawa agama yang mereka ciptakan sendiri yang tidak kami kenal dan tidak juga Raja kenal. Kami diutus kepada Raja oleh pemimpin-pemimpin masyarakat mereka, oleh orang-orang tua mereka, pakcik mereka, dan keluarga mereka sendiri, agar Raja sudi mengembalikan orang-orang itu kepada kami. Kami lebih mengetahui betapa orang-orang itu mencemarkan dan memaki-maki tuhan-tuhan kami"
Sebenarnya, kedua utusan tersebut telah menyogok para pembesar istana untuk membantu menyakinkan raja. Namun, Najasyi adalah raja yang bijaksana. Dia sama sekali tidak terpengaruh dengan hadiah-hadiah yang dibawa kedua utusan Quraisyi. Dia tidak mahu mengusir kaum muslimin kembali sebelum dia mendengar sendiri apa alasan mereka pergi meninggalkan Mekah
"Bawa para pelarian itu ke hadapanku!", perintah Najasyi
Seluruh kaum muslimin datang menggadap, Raja bertanya, "Agama apa ini yang sampai membuatkan kalian meninggalkan kaum kalian sendiri, tetapi tidak juga kalian menganut agamaku atau agama lain?"
No comments:
Post a Comment