Ada seorang wanita yang senantiasa membaca selawat ke atas Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Suatu hari wanita ini wafat dan dikebumikan.
Kemudian putera dari wanita itu bermimpi melihat ibunya tinggal di sebuah singgahsana. Dia kemudian bertanya kepada ibunya,
"Wahai ibu bagaimana keadaanmu setelah dikebumikan?"
Ibunya menjawab, "Setelah aku dikuburkan, aku menunggu malaikat Munkar dan Nakir yang biasanya datang bertanya. Aku menunggu 1 sampai 5 jam tapi tidak juga datang,
Sampai akhirnya kakiku boleh digerakkan dan berdiri. Tiba-tiba runtuhlah dinding-dinding kuburku. Kemudian aku melihat cahaya, bidadari-bidadari dan kebun-kebun yang buahnya melimpah. Aku bertanya kepada bidadari itu, "Di manakah malaikat Munkar dan Nakir? Kenapa mereka tidak datang menanyaiku?"
Bidadari menjawab, "Mereka tidak akan pernah datang kepadamu"
"Mengapa?", jawab si wanita?
"Kerana engkau sudah berada di Syurga. Engkau sudah berada di sini kerana engkau banyak mengirimkan selawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW, Sehingga Malaikat Munkar Nakir tidak datang menanyaimu", jawab Bidadari itu
ماشاء الله لا حول ولا قوة إلا بالله
اللهم صل على سيدنا و مولانا محمد
Petikan Kisah Hikmah (Sayyiddil Al Habib Musa Kadzim bin Ja'far Assegaf)
وﷲاعلم بالصواب
Ucapan shalawat berbau harum dan bercahaya yang boleh dicium dan didengar semua makhluk kecuali jin dan manusia.
Siapa orang yang suka dan cinta kepada sesuatu maka ia akan kerap menyebutnya.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
No comments:
Post a Comment