KISAH RASULULLAH - Siri 3
Khabar Dari Waraqah Bin Naufal
Khadijah RA menatap suaminya yang tertidur lena itu. Dilihatnya kembali suaminya yang tertidur dengan nyenyak dan tenang sekali. Khadijah RA membayangkan apa yang baru saja dituturkan suaminya. Firman Allah SWT dan Malaikat yang indah. Luar biasa!
”Semoga kekasihku ini memang akan menjadi seorang nabi untuk membawa umat ini keluar dari kegelapan", demikian fikir Khadijah RA
Saat berfikir demikian, senyumannya mengembang. Namun, senyum itu segera menghilang, berganti rasa takut memenuhi hati tatkala dibayangkan nasib yang bakal menimpa suaminya itu apabila orang ramai menentangnya
Demikianlah, fikiran bahagia dan sedih terus berganti-ganti dalam benak Khadijah RA. Akhirnya, beliau memutuskan untuk menceritakan hal ini kepada seorang bijak yang dipercayainya
Khadijah RA pun pergi menemui pakciknya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani yang jujur, dan menceritakan semua yang didengarnya dari Rasulullah SAW
Waraqah bertafakur sejenak, lalu berkata, "Maha Suci Ia, Maha Suci. Demi Dia yang memegang hidup Waraqah. Khadijah, percayalah, suamimu telah menerima ('namus besar') seperti yang pernah di terima Musa. Sungguh, dia adalah nabi umat ini. Katakan kepadanya supaya tetap tabah"
Khadijah RA pulang. Dilihat suaminya masih tertidur. Dia memandang suaminya itu dengan rasa kasih dan penuh ikhlas, bercampur harap dan cemas. Tiba-tiba, tubuh suaminya menggigil, nafasnya terlihat sesak dengan keringat memenuhi wajah
(Namus Besar)
Namus besar yang dimaksudkan Waraqah bin Naufal berasal dari bahasa Yunani, noms, maksudnya kitab undang-undang atau kitab suci yang diwahyukan. Namus bukan istilah dalam Al Qur'an
Surah Al-'Alaq ada dalam Injil. Kenapa Rasulullah SAW tak boleh baca adalah kerana ianya bukan dalam bahasa Arab. Boleh refer Yesaya 29:12
Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut
"Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab: “Aku tidak dapat membaca.”
Yesaya 29:12
No comments:
Post a Comment