Monday, January 25, 2021

Kisah Rasulullah SAW - Siri 4

Orang Yang Berselimut


Muhammad SAW yang kini telah menjadi Rasulullah terbangun kerana mendengar Malaikat Jibril AS membawakan wahyu kepadanya 

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

Hai orang yang berkemul (berselimut) (

QS: Al-Muddassir 74:1)

قُمْ فَأَنْذِرْ

bangunlah, lalu berilah peringatan! 

(74:2)

وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

dan Tuhanmu agungkanlah!

(74:3)

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

dan pakaianmu bersihkanlah

(74:4)

وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

dan perbuatan dosa tinggalkanlah

(74:5)

وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ

dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak

(74:6)

وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ

Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah 

(74:7)


Khadijah RA memandang Rasulullah SAW dengan kasih yang bertambah besar. Beliau perlahan mendekati suaminya. Khadijah RA dengan lembut memintanya agar kembali tidur 


"Waktu tidur dan istirehat sudah tidak ada lagi, Khadijah", demikian jawab Rasulullah SAW


"Jibril membawa perintah supaya aku memberi peringatan kepada umat manusia, mengajak mereka, dan supaya mereka beribadah hanya kepada Allah. Namun, siapa yang akan ku ajak? Siapa pula yang akan mendengarkan?"


Khadijah RA cepat cepat mententeramkan hati suaminya. Diceritakannya apa yang dikatakan Waraqah. Dengan penuh semangat, Khadijah RA menyatakan diri sebagai orang yang mengimani Rasulullah SAW


Dengan demikian, tercatat dalam sejarah bahawa orang pertama yang memeluk Islam adalah Khadijah RA


Untuk lebih mententeramkan Rasulullah SAW, Khadijah RA meminta suaminya memberitahu dirinya apabila malaikat datang 


Kemudian Jibril AS memang datang, namun hanya Rasulullah SAW yang dapat melihatnya. Khadijah RA mendudukkan Rasulullah SAW di pangkuan sebelah kiri, lalu ke pangkuan sebelah kanan. Malaikat Jibril AS masih terlihat oleh Rasulullah SAW. Namun, ketika Khadijah RA melepaskan penutup wajahnya, Rasulullah SAW melihat Malaikat menghilang 


Dari kejadian itu, Khadijah RA merasa yakin bahawa yang datang itu benar-benar malaikat, bukan jin 


Bertemu Waraqah 


Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW bertemu dengan Waraqah bin Naufal. Saat itu, Rasulullah SAW sedang melaksanakan tawaf. Sesudah Rasulullah SAW menceritakan keadaannya, Waraqah berkata, 


"Demi Dia yang memegang hidup Waraqah, engkau adalah nabi atas umat ini. Engkau telah menerima Namus Besar seperti yang pernah disampaikan kepada Musa. Pastilah kau akan didustakan, disiksa, diusir, dan diperangi orang. Kalau sampai pada waktu itu aku masih hidup, pasti aku akan membela yang di pihak Allah dengan pembelaan yang sudah diketahui-Nya pula"


Kemudian, Waraqah mendekati dan mencium ubun-ubun Rasulullah SAW


Kini Rasulullah SAW memalingkan wajah ke sekitarnya, melihat orang-orang yang menyembah patung-patung batu. Orang-orang ini juga menjalankan riba dan memakan harta anak yatim. Mereka jelas berada dalam kesesatan. Kepada orang orang inilah Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyeru agar mereka menghentikan perbuatan perbuatan itu 


Namun, apakah mereka mahu berhenti begitu saja? Orang orang Quraisy itu benar-benar amat kuat dalam memegang keyakinan mereka


Orang orang itu bahkan siap berperang dan mati untuk mempertahankan keyakinan mereka. Untuk itu, Rasulullah SAW memerlukan datangnya wahyu membantunya lagi 


Namun, wahyu yang dinanti Rasulullah SAW ternyata tidak juga turun. Jibril AS tidak pernah datang lagi untuk waktu yang lama. Rasulullah SAW merasa amat terasing. Rasa takutnya kembali muncul. Baginda SAW takut jika Allah SWT melupakan bahkan tidak menyukainya. Rasulullah SAW kembali pergi ke bukit dan menyendiri lagi di Gua Hira. Ingin rasanya Baginda SAW melambung tinggi dengan sepenuh jiwa, menghadap Allah SWT, dan bertanya mengapa dirinya seolah ditinggalkan


Apa gunanya hidup ini kalau harapan besar Rasulullah SAW untuk membawa umat ternyata menjadi kering. Rasulullah SAW saat itu, benar benar hampir merasa putus asa


Surah Adh Dhuha 


Tiba-tiba, wahyu itu turun 

وَالضُّحَىٰ

Demi waktu matahari sepenggalahan naik 

(Surah Ad-Duha (93:1)

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

dan demi malam apabila telah sunyi (gelap) 

(93:2)

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu 

(93:3)

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَى

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan

(93:4)

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas 

(93:5)

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?

(93:6)

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk 

(93:7)

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan

(93:8)

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang 

(93:9)

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ

Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya 

(93:10)

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan 

(93:11)


Rasa cemas dan takut di hati Rasulullah SAW kini hilang sudah. Betapa damainya firman Allah SWT itu terasa di hati Baginda SAW. Rasulullah SAW harus menjauhi setiap perbuatan mungkar dan membersihkan pakaian. Baginda SAW harus mengajak orang mengingati Allah SWT. Baginda SAW harus tabah menghadapi gangguan, tidak boleh menolak orang yang meminta bantuan, dan berlaku lembut kepada anak yatim 


Allah SWT juga mengingatkan bahawa Rasulullah SAW yatim, lalu Allah SWT melindunginya dengan asuhan datuk dan pakciknya, Abdul Muthalib dan Abu Thalib 


Dulu, Rasulullah SAW hidup miskin kasih sayang ibubapa, lalu Allah SWT memberinya kasih sayang datuk dan pakciknya. Allah SWT pula yang telah menyandingkan Baginda SAW dengan Khadijah RA, yang menjadi kawan semasa muda, kawan semasa Baginda SAW ber-tahannuts, kawan yang penuh cinta kasih, yang memberi nasihat dengan rasa kasih sayang


Allah SWT telah mendapati Rasulullah SAW tidak tahu jalan, lalu diberi-Nya Baginda SAW petunjuk kenabian. Cukuplah semua itu. Hendaklah mulai sekarang, Rasulullah SAW mengajak orang kepada kebenaran, sedapat mungkin, sekuat mungkin

No comments:

Post a Comment