اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
Solat
Solat adalah satu di antara ibadah pertama yang diajarkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Suatu saat, ketika Rasulullah SAW dan Khadijah RA sedang melaksanakan solat, datanglah Ali bin Abu Thalib RA. Ali RA yang saat itu masih kanak-kanak, terpegun melihat Rasulullah SAW dan Khadijah RA rukuk, sujud, serta membaca ayat-ayat Al Quran
“Kepada siapa kalian sujud?", tanya Ali RA ketika Rasulullah SAW dan Khadijah RA selesai solat
“Kami sujud kepada Allah", jawab Rasulullah SAW. “Allah telah mengutusku dan memerintahkan aku mengajak manusia menyembah Allah"
Kemudian, Rasulullah SAW mengajak sepupunya itu untuk beribadah kepada Allah SWT semata serta meninggalkan berhala-berhala semacam Lata dan Uzza. Rasulullah SAW pun membacakan beberapa ayat Al Quran yang membuat Ali bin Abu Thalib RA terpesona kerana ayat-ayat itu demikian indah
Ali RA meminta waktu untuk berunding dengan ayahnya terlebih dahulu. Semalaman itu, Ali RA merasa gelisah. Esoknya, dia memberitahukan kepada Rasulullah SAW dan Khadijah RA bahawa dia akan mengikuti mereka berdua, tidak perlu meminta pendapat ayahnya, Abu Thalib
“Allah menjadikan aku tanpa aku perlu berunding dulu dengan Abu Thalib", demikian kata Ali RA. “Apa gunanya aku harus berunding dengan dia untuk menyembah Allah?"
Jadi, Ali RA adalah anak pertama yang memeluk Islam. Kemudian, Zaid bin Haritsah RA, bekas hamba yang ikut Rasulullah SAW, ikut masuk Islam juga. Sampai di situ, Islam masih terbatas pada keluarga Rasulullah SAW : isteri, sepupu, serta bekas hamba yang ikut Rasulullah SAW. Apa yang harus Rasulullah SAW lakukan untuk menyebarkan Islam lebih luas lagi? Rasulullah SAW tahu betul betapa kerasnya dan betapa kuatnya orang-orang Quraisy menyembah berhala yang diwarisi dari nenek moyang mereka
Walau demikian, Islam ini harus disebarkan, betapa pun kerasnya perlawanan orang
Keislaman Abu Bakar RA
Abu Bakar bin Abu Quhafa RA dari kabilah bani Taim adalah teman akrab Rasulullah SAW sejak zaman sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi utusan Allah SWT. Rasulullah SAW amat menyukai sahabatnya itu kerana Abu Bakar RA adalah orang yang bersih, jujur dan boleh dipercayai
Suatu hari, Abu Bakar RA mendengar desas-desus tentang Rasulullah SAW. Beliau segera keluar mencari sahabatnya itu. Ketika mereka bertemu, Abu Bakar RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Abu Qasim (salah satu panggilan Rasulullah SAW), ada apa denganmu? Kini engkau tidak lagi terlihat di majlis kaummu dan ku dengar orang-orang menuduh, bahawa engkau telah berkata buruk tentang nenek moyangmu dan masih banyak lagi yang mereka katakan"
“Sesungguhnya, aku adalah utusan Allah"
Sabda Rasulullah SAW, "Allah mengutusku untuk menyampaikan risalah-Nya. Sekarang, aku mengajak kamu kepada agama Allah dengan keyakinan yang benar. Demi Allah, sesungguhnya, apa yang ku sampaikan adalah kebenaran. Wahai Abu Bakar, aku mengajak kamu untuk menyembah Allah yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya, dan janganlah menyembah kepada selain-Nya, dan untuk selamanya kamu taat kepada-Nya"
Rasulullah SAW memperdengarkan beberapa ayat Al Quran. Selesai Rasulullah SAW berbicara, Abu Bakar RA langsung memeluk Islam. Melihat keislaman sahabatnya itu, Rasulullah SAW amat gembira. Tidak seorang pun yang ada di antara dua gunung di Mekah yang kegembiraannya melebihi kegembiraan Rasulullah SAW saat itu
Abu Bakar RA segera mengumumkan keislamannya itu kepada rakan-rakanya. Beliau juga mengajak mereka mengikuti Rasulullah SAW. Dalam waktu singkat, Utsman bin Affan RA, Thalhah bin Ubaidillah RA, Zubair bin Awwam RA, dan Sa'ad bin Abu Waqash RA pun menemui Rasulullah SAW dan masuk Islam
Keislaman Utsman bin Affan RA
Utsman bin Affan RA menuturkan sendiri tentang keislamannya
"Aku datang kepada pengasuhku Urwah binti Abdul Muthalib untuk menjenguknya kerana dia sakit. Tidak lama kemudian, Rasulullah datang ke tempat itu juga dan aku perhatikan Beliau. Waktu itu, tampak jelas kebesarannya. Beliau pun menghampiri aku dan berkata, "Wahai Utsman, mengapa kau memerhatikan aku begitu rupa?"?
“Aku menjawab, "Aku merasa kagum terhadap engkau dan terhadap kedudukan engkau di antara kami. Aku juga kagum dengan apa yang dibicarakan orang-orang mengenai dirimu"
Utsman RA melanjutkan, "Kemudian, Rasulullah mengucapkan kalimat 'Laa illaha illallah'. Demi Allah, mendengar kalimat itu, aku langsung bergetar. Kemudian, Rasulullah SAW membacakan ayat
وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ ٢٢
فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنْطِقُونَ ٢٣
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu. Maka, demi Tuhan langit dan bumi, sungguh, apa yang dijanjikan itu pasti terjadi seperti apa yang kamu ucapkan"
(Adz Dzariyat, 51: 22-23)
Kemudian, Rasulullah SAW berdiri dan keluar. Aku pun mengikuti Baginda SAW dari belakang. Kemudian, aku menghadap Baginda SAW dan aku masuk Islam"
Pengorbanan Seorang Isteri
Khadijah RA yang berasal dari kalangan bangsawan Mekah, sedar betul bahawa suaminya kelak akan dibenci oleh orang-orang kafir. Beliau berjuang di sisi suaminya, memilih Islam dan menjadi pengikut pertama. Khadijah RA menukar segala harta miliknya dengan kejayaan Islam yang tidak pernah beliau nikmati
No comments:
Post a Comment