اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
Kaum Muslimin Awal
Mengetahui betapa kerasnya kebencian orang-orang Quraisy, kaum Muslimin permulaan (Assaabiquunal Awaluun), melaksanakan ibadah mereka secara sembunyi-sembunyi. Jika hendak solat mereka pergi ke celah-celah gunung di Mekah. Keadaan ini berlangsung selama tiga tahun berturut-turut. Sementara itu, sedikit demi sedikit Islam semakin meluas. Firman Allah SWT yang turun satu demi satu semakin memperkuatkan keyakinan kaum Muslimin
Ada satu hal yang membuat dakwah Islam berkembang, iaitu keteladan Rasulullah SAW, yang Rasulullah SAW contohkan dengan sangat baik. Rasulullah SAW adalah orang yang penuh bakti dan penuh kasih sayang. Rasulullah SAW juga sangat rendah hati sekali gus gagah berani. Tutur kata Rasulullah SAW lembut dan selalu berlaku adil. Hak setiap orang pasti ditunaikan sebagaimana mestinya. Perlakuan Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang lemah, yatim piatu, orang sengsara, dan orang miskin adalah perlakuan yang penuh kasih, lembut dan sayang
Pada malam hari Rasulullah SAW tidak cepat tidur, Rasulullah SAW bertahajud dan membaca wahyu yang disampaikan Allah SWT padanya. Rasulullah SAW selalu merenung tentang nasib umatnya. Rasulullah SAW juga merenungkan betapa luar biasanya penciptaan langit, bumi dan segala isinya. Seluruh permohonannya dihadapkan kepada Allah SWT. Hal-hal seperti itu membuat orang-orang yang sudah beriman semakin bertambah cintanya kepada Islam dan semakin kukuh keimanannya. Mereka sudah berketetapan hati meninggalkan sesembahan nenek moyang mereka dan tidak takut siksaan orang-orang kafir yang membencinya
Kalau orang lain telah Rasulullah SAW dakwahi bagaimana dengan keluarga Rasulullah SAW? Apakah Rasulullah SAW juga berdakwah kepada pakcik-pakciknya yang sebahagiannya merupakan para pembesar Quraisy yang disegani? Apa yang mereka lakukan ketika mereka tahu bahawa Rasulullah SAW mengajak meninggalkan sesembahan berhala yang telah begitu lama diwariskan oleh nenek moyang mereka
Jamuan Makan Untuk Kerabat
Tidak ada yang lebih dicintai Rasulullah SAW daripada kaum kerabatnya sendiri. Setelah tiga tahun, turunlah firman Allah SWT yang memerintahkan agar Baginda SAW berdakwah kepada kerabatnya
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat
(Surah Asy-Syu'ara' (26:214)
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman
(Surah Asy-Syu'ara' (26:215)
فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ
Jika mereka menderhakaimu maka katakanlah: Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu kerjakan
(Surah Asy-Syu'ara' (26:216)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ
Dan bertawakkallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang
(Surah Asy-Syu'ara' (26:217)
Rasulullah SAW mengundang makan keluarga besar Baginda SAW. Mereka pun datang, "Muhammad beri aku arak!", kata seorang pakcik Baginda SAW yang bernama Zubair
Namun Rasulullah SAW hanya memberi susu. Setelah mereka makan, Rasulullah SAW berdiri dan berkata, "Aku tidak melihat ada seorang manusia di kalangan Arab yang dapat membawa sesuatu ke tengah-tengah masyarakat lebih baik dari yang aku bawakan kepada kamu sekalian ini. Ku bawakan kepada kamu dunia dan akhirat yang terbaik. Allah telah menyuruh-Ku mengajak kamu sekalian. Siapa diantara kamu yang mahu menyokong-Ku?"
Setelah sesaat terpesona, semua orang menggerutu dan bangkit hendak pulang. Namun mereka kembali duduk ketika Ali bin Abu Thalib RA yang masih remaja bangkit seraya berkata lantang, "Rasulullah, aku akan membantu-Mu! Aku adalah lawan siapa saja yang engkau tentang!"
Rasulullah SAW menepuk bahu Ali RA sambil berkata kepada yang lain, "Inilah saudara-Ku, pembantu, dan pengganti-Ku. Ikuti dan patuhilah dia!"
Mendadak tawa hadirin meledak. Seseorang berkata kepada Abu Thalib, "Dia memerintahkan engkau supaya mendengar dan mematuhi anakmu sendiri"
Kemudian, semua orang bersurai begitu saja. Tidak seorang pun di antara para undangan yang tertawa terbahak-bahak itu menyedari bahawa di antara mereka akan ditebas Ali RA memang bersungguh-sungguh dengan kata-katanya itu
Walid bin Mughirah
Pada awal kenabian, ada seorang bernama Walid bin Mughirah. Dia mempunyai dua sahabat yang merupakan penyair hebat. Dengan syair-syairnya, mereka berusaha memburuk-burukkan Rasulullah SAW. Dengan syair, Walid mempengaruhi orang ramai dengan dua sahabat penyairnya
Penduduk Mekah Tidak Hirau
Meski ajaran Rasulullah SAW meluas dengan cepat, penduduk Mekah masih berhati-hati dan tidak terlalu hirau. Mereka fikir ajakan Rasulullah SAW akan hilang dengan sendirinya dan orang akan kembali menyembah kepercayaan nenek moyang mereka. Yang akhirnya, yang menang pasti Hubal, Latta dan Uza fikir mereka, tidak sedar bahawa keimanan murni yang diajarkan Rasulullah SAW tidak dapat dikalahkan
No comments:
Post a Comment