Monday, February 8, 2021

Tazkirah 8

 Rasa tauhid.


Sebelum takbirratul ikhram terasa kita berdiri berhadapan dengan Allah SWT Yang Maha Melihat.


Jelas dan terang Allah SWT melihat kita bertakbir dan melihat hati berniat mensahajakan bersolat kerana Allah SWT hingga salam.


Ingatan terus tenang tertuju pada Allah SWT Yang Maha Melihat hingga hilang perasaan takut berbuat salah hilang di setiap rukun solat.


Maksudnya, bukan sahaja Allah SWT lihat dia berbuat solat bahkan terbawa dilihat Allah SWT di luar solat, iaitu tatkala beristiqfirrullah kepada Allah SWT, berwirid hingga selesai berdoa.


Sesungguhnya, jika ditanyai orang apa yang kamu dapat bersolat?


Dengan rendah diri jawablah, "Aku dapat Allah yang sentiasa menjaga solatku".


Kerana, sebelum ini kita bersolat tidak terasa dilihat Allah SWT


Kemudian, terasa gementar tidak diterima Allah SWT sebab berbuat salah pada setiap rukun dalam solat apabila dilihat Allah SWT.


Rasa takut dimurkai Allah SWT sebab tidak berbetulan dengan cara kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW bersolat apabila dilihat Allah SWT


Dan Alhamdulillah, Allah SWT jadikan solat itu suatu rahmat baginya.


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment