اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
Mengejek Al Quran
أَذَٰلِكَ خَيْرٌ نُزُلًا أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ
(Makanan syurga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum
(Surah As-Saffat (37:62)
إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِلظَّالِمِينَ
Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim
(Surah As-Saffat (37:63)
إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ
Sesungguhnya dia adalah sebatang pohon yang ke luar dari dasar neraka yang menyala
(Surah As-Saffat (37:64)
طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ
mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan
(Surah As-Saffat (37:65)
Surat Ash-shaffat ayat 62-65 menjelaskan tentang makanan orang di neraka berupa buah zaqqum. Abu Jahal mengatakan bahawa pohon zaqqum itu tentunya seperti kurma Yatsrib yang dapat kamu santap
Kemudian, Allah SWT menghina Abu Jahal dalam Surat Ad-Dukhan ayat 43 - 49
إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ
Sesungguhnya pohon zaqqum itu ,
(Surah Ad-Dukhan (44:43)
طَعَامُ الْأَثِيمِ
makanan orang yang banyak berdosa
(Surah Ad-Dukhan (44:44)
كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ
(Ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut
(Surah Ad-Dukhan (44:45)
كَغَلْيِ الْحَمِيمِ
seperti mendidihnya air yang amat panas
(Surah Ad-Dukhan (44:46)
خُذُوهُ فَاعْتِلُوهُ إِلَىٰ سَوَاءِ الْجَحِيمِ
Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka
(Surah Ad-Dukhan (44:47)
ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ
Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya siksaan (dari) air yang amat panas
(Surah Ad-Dukhan (44:48)
ذُقْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ
Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia .
(Surah Ad-Dukhan (44:49)
Abdullah bin Ummi Maktum RA
Seorang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum RA bertanya, "Ada seseorang bernama Muhammad yang membawa ajaran baru?". Sahabatnya mengiyakan
"Ajaran yang mengajak menyembah Tuhan Yang Maha Esa?", tanya Abdullah bin Ummi Maktum RA lagi
"Benar"
"Tuhan itu tidak dapat diraba seperti berhala?"
"Betul, Abdullah bin Ummi Maktum. Begitulah yang diajarkannya"
Abdullah bin Ummi Maktum RA termenung sambil menggosok-gosok hujung jemari tangannya
"Tuhan yang tidak dapat diraba?", fikir Abdullah bin Ummi Maktum RA. "Padahal hujung jariku ini sudah mengenal betul berhala-berhala. Aku bahkan dapat membezakan Latta dan Uzza dengan memegang hidung mereka. Seandainya aku dapat bertemu sendiri dengan Muhammad!"
Dipenuhi rasa ingin tahu yang besar, Abdullah bin Ummi Maktum RA menemui Rasulullah SAW. Sayang sekali, saat itu Rasulullah SAW sedang menyampaikan ayat-ayat Al Quran kepada Walid bin Mughirah RA. Dia adalah seorang pembesar Quraisy yang sangat diharapkan keislamanannya
Akan tetapi, Abdullah bin Ummi Maktum RA tidak mengetahui kehadiran Walid RA, kerana matanya buta, dia terus mendesak, mendesak dan mendesak Rasulullah SAW agar saat itu juga menerangkan tentang Islam kepadanya
Kerana tidak tahan didesak terus, sedangkan Baginda SAW sedang mendakwahi seorang tokoh penting, Rasulullah SAW memalingkan wajahnya
Saat itu, firman Allah SWT turun untuk menegur Baginda SAW. (QS 'Abasa, 80 ayat 1-6)
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling
(Surah 'Abasa (80:1)
أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ
kerana telah datang seorang buta kepadanya .
(Surah 'Abasa (80:2)
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ
Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa)
(Surah 'Abasa (80:3)
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَىٰ
atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
(Surah 'Abasa (80:4)
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ
Ada pun orang yang merasa dirinya serba cukup
(Surah 'Abasa (80:5)
فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّىٰ
maka kamu melayaninya
(Surah 'Abasa (80:6)
Demikianlah, Allah SWT sangat menjaga utusan-Nya dari kesalahan, bahkan untuk kesalahan sekecil itu. Apalagi Rasulullah SAW adalah orang yang sangat halus perasaanya sehingga jika akan merugikan orang miskin atau orang lemah, Baginda SAW akan merasa takut
Kerana Dengki
Kebanyakan para pembesar Quraisy tidak mahu mengikuti Nabi bukan kerana lebih yakin dengan berhala, melainkan kerana dengki, mengapa Muhammad SAW diangkat menjadi Nabi, bukan mereka?
Walid bin Mughirah berkata, "Wahyu didatangkan kepada Muhammad bukan kepadaku, padahal aku kepala dan pemimpin Quraisy, juga tidak kepada Abu Mas'ud Amr bin Umair Ats Tsaqafi sebagai pemimpin Tsaqif. Kami adalah pembesar-pembesar dua kota"
No comments:
Post a Comment