Monday, February 22, 2021

Penjelasan Kenapa Nama Nabi Ibrahim AS Disebut

Seperti kebanyakkan umat Islam, saya pun sering terfikir kenapa hanya nama Nabi Ibrahim AS sahaja yang disebut di dalam Tahiyyat Akhir bersama-sama dengan nama Rasulullah SAW. Kenapa tidak Nabi-nabi yang lain?

Berikut merupakan penjelasan mengapa Nabi Ibrahim AS disebut di dalam Tahiyyat Akhir, semoga dapat memberi manfaat dan pengetahuan kepada semua.


Hukum Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyat Akhir adalah:


Mazhab Syafie

Imam syaraf An-Nawawi: Syarah Muslim (4/123): Kita hanya perlu membaca selawat atas nabi sahaja. Selawat atas keluarga Baginda SAW dan selawat Ibrahimiyah AS adalah sunat.


Mazhab Imam Maliki dan Imam Hanafi. 

Sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan ke atas Nabi Ibrahim AS


Mazhab Imam Hambali. 

Wajib selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan selawat Ibrahimiyah.


PENJELASAN 1. JANJI ALLAH SWT TERHADAP NABI IBRAHIM AS


Setelah Allah SWT menciptakan Adam AS, kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam AS adalah ‘Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah’.


Lalu Nabi Adam AS bertanya tentang siapakah Muhammad itu? Lantas Allah SWT menjawab, Muhammad SAW adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia di antara semua (rasul).


Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.

Diceritakan bahawa Nabi Adam AS berkata, “Sesungguhnya Allah memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:


1. Penerimaan taubatku di Mekah, sedangkan umat Muhammad SAW boleh bertaubat di mana-mana tempat.


2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian Allah SWT menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad SAW tetap diberi pakaian, walaupun dia derhaka kepada Allah SWT dalam keadaan bertelanjang.


3. Ketika aku berbuat dosa, Allah SWT memisahkan aku dan isteriku (Adam AS di kaki gunung Himalaya, Hawa AS di Jeddah). Sedangkan umat Muhammad SAW yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.


4. Aku berbuat kesalahan di syurga. Lalu Allah SWT mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad SAW berbuat dosa diluar syurga, Allah SWT tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.


Sedar akan betapa tingginya darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar diberi anugerah cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad SAW, namun permintaan Nabi Adam AS ditolak Allah SWT.


“Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa AS sehinggakan Allah SWT sendiri menegur sikap Nabi Musa AS agar redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya”


Walaubagaimanapun, hanya ada seorang Nabi yang diperkenankan permintaannya untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan beliau adalah Nabi Ibrahim AS

Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permintaan baginda AS untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, namun Allah SWT menjanjikan Nabi Muhammad SAW akan lahir daripada keturunan salasilah keturunannya.


“Nama Nabi Ibrahim AS juga akan sering meniti di bibir umat Nabi Muhammad SA iaitu akan sering disebut-sebut”


PENJELASAN 2. NABI IBRAHIM AS MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG TERBESAR


Nabi Ibrahim AS adalah imam, ummah, hanif, qanit lillahi azza wa jalla, kepadanya bersumber nasab para nabi dan beriman kepadanya para penganut syariah (Muslimun, Nashara dan Yahudi)


Nabi Ibrahim AS juga merupakan nabi yang paling agung setelah Rasulullah SWT. Disebabkan itulah Allah SWT telah berfirman menjadikan baginda AS khalil (kekasih):


125: وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا (سورة النساء


“Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (QS. An-Nisaa”: 125)


Nabi Ibrahim AS juga adalah Nabi yang diperintahkan untuk mengikuti millahnya (ajarannya),


ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنْ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا (سورة النحل: 123)


“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.” (QS. An-Nahl: 123)


Nabi Ibrahim AS juga diberi keistimewaan sebagai bapa kepada para-para Nabi, merupakan pemilik ajaran yang lurus dan kita diperintahkan untuk menurut ajarannya. Ini dijelaskan di dalam surah:


إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا (سورة آل عمران: 68)


“Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), berserta orang-orang yang beriman (kepada Muhammad).” (QS. Ali Imron: 68)

(Liqo Al-Bab Al-Maftuh, 189, soal no. 7)


PENJELASAN 3. NABI IBRAHIM AS DIJADIKAN IMAM BAGI UMAT MANUSIA


Allah SWT telah menguji Nabi Ibrahim AS dengan beberapa kalimah. Pengertian kalimah sebagaimana tersurah dalam Al-Baqarah (124) ini adalah tugas yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk disempurnakan pelaksanaannya oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ibrahim AS berhasil menyempurnakan tugas itu. Kerana itulah lantas Allah SWT melantik baginda AS menjadi Imam.


“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah

(suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia.” Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan).”


Lalu Allah SWT berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak menjangkau orang yang zalim.” (QS Al-Baqarah, 124).


Kerana janji Allah SWT itu, seluruh para nabi yang datang setelahnya adalah berasal daripada keturunan dari kedua anaknya; Nabi Ishaq AS as dan Nabi Ya’kub AS, kecuali Rasulullah SAW yang merupakan keturunan dari Nabi Ismail AS bin Ibrahim AS.

Nabi Muhammad SAWW memiliki kekhususan dengan Nabi Ibrahim AS jika dibandingkan dengan yang lain. Nabi Ibrahim AS adalah bapa bangsa Arab, maka dari sudut nasab baginda AS merupakan bapa kepada Nabi Muhammad SAW.

Lalu, sebahagian ulama’ memperincikan ‘kalimah’ sebagaimana termaktub dalam Al-Baqarah 124 di atas, dengan mengatakan bahawa ia merujuk kepada 40 perintah Allah SWT, di mana perintah-perintah itu adalah ajaran syariat yang terkandung dalam beberapa ayat al-Quran. Antaranya adalah 10 perintah pada surah at-Taubah:112, 10 perintah dalam surah surah al-Mu’minun ayat 1-10, 10 perintah dalam surah al-Ahzab:35 dan 10 perintah lagi dalam surah al-Ma’arij ayat 22-34.

Menurut riwayat Ibnu Abbas RA, Nabi Ibrahim AS telah diperintahkan untuk bersuci,

di antaranya dengan mencukur misai, berkumur-kumur, menyedut air ke dalam hidung,

bersiwak (bersugi), menyikat rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, berkhatan dan berintinjak. Malahan, baginda AS adalah orang pertama yang melakukan amalan-amalan sedemikian dengan cemerlang. Nabi Ibrahim AS diperintahkan untuk berkhatan ketika berumur 80 tahun (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Selain itu, Nabi Ibrahim AS juga diperintahkan untuk melakukan empat perkara yang merupakan amalan dalam ibadah Haji yang terus dilakukan hingga kini iaitu Tawaf, Sa’i antara Safa dan Marwah, melontar Jumrah dan Tawaf Ifadah.


“Baginda juga merupakan orang pertama yang menggunakan pedang dalam peperangan, memakai celana, berkhutbah di atas mimbar dan memegang tongkat ketika berkhutbah”


Nabi Ibrahim AS juga diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang berat seperti:


1. Diperintahkan oleh Allah SWT agar menyembelih puteranya Nabi Ismail AS, namun Allah SWT telah menggantikannya dengan seekor kibasy.


2. Terpaksa berpisah dengan keluarga dan kaumnya kerana kekufuran mereka.


3. Perdebatan baginda AS dengan Raja Namrud mengenai ketuhanan membuat Baginda AS dibakar hidup-hidup tetapi kemudian diselamatkan Allah SWT.


4. Baginda AS telah diduga dengan mengisbatkan kewujudan Tuhan melalui tadabbur (pengamatan) alam semesta melalui bulan, matahari dan bintang.


Ujian ini telah dapat disempurnakan oleh Nabi Ibrahim AS, maka Allah SWT telah memerintahkan baginda AS supaya tunduk dan patuh serta berserah diri kepada Allah SWT dan Baginda AS mematuhinya.


SELAWAT IBRAHIMIYAH


Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim AS dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyat akhir seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS.

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.


Begitu besar penghargaan yang Allah SWT berikan kepada Nabi Ibrahim AS, sehingga shalawat kepadanya disyiarkan dalam shalat kita.


Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS. Terdapat hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim RA dan Imam Ibnu Khuzaimah RA yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi.


Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.


Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Shalawat Ibrahimiyah”

No comments:

Post a Comment