Friday, March 26, 2021

KISAH RASULULLAH SAW - Siri 43

 


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد


Menikahi Aisyah RA


Suasana damai dan tenteram menyelimuti Kota Madinah 


Pada saat itulah Rasulullah SAW yang sudah menikahi Aisyah binti Abu Bakar EA di Mekah, merayakan pernikahan Baginda SAW. Ketika itu, Aisyah RA sudah meningkat remaja. Aisyah RA adalah seorang gadis yang lemah lembut dengan air muka yang manis dan sangat disenangi ramai orang kerana pandai bergaul. Pernikahan ini membuatkan persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar Ash Shiddiq RA semakin erat. Setelah menikah, Aisyah RA berpindah dari rumah ayahnya ke rumah Rasulullah SAW di sekitar masjid. Tidak terkira rasa bahagianya Aisyah RA. Dia melihat pada diri Rasulullah SAW ada sesuatu yang lain dibandingkan kebanyakan orang


"Rasulullah adalah suami sekali gus ayahku", demikian fikir Aisyah RA di dalam hati 


"Baginda adalah suami yang penuh kasih sayang tapi juga tidak keberatan ikut bermain bersamaku. SubhanAllah, Baginda benar-benar manusia yang luar biasa. Aku benar-benar mencintainya setulus hatiku untuk selamanya, dari dunia sampai akhirat kelak"


Setelah menikah dengan Aisyah RA yang cerdas dan periang, beban fikiran Rasulullah SAW merasa ringan. Menguruskan umat satu kota penuh, memerlukan ketekunan yang amat tinggi hingga menyebabkan rasa lelah yang luar biasa. Namun, jika Baginda SAW pulang ke rumah dan bertemu Aisyah RA, segala lelah dan beban berat terasa hilang. Gurauan, senyuman dan bakti Aisyah RA menumbuhkan rasa riang dan semangat baru dalam hati Rasulullah SAW. Tidak terkira besarnya kasih sayang Rasulullah SAW kepada Aisyah RA. Suasana hati Rasulullah SAW yang tenteram menyebar luas kepada penduduk Madinah. Mereka merasakan kehidupan bersama Rasulullah SAW jauh lebih baik daripada kehidupan mereka dahulu. Mungkin saat ini sebahagian orang berada dalam keadaan lebih miskin dari dahulu. Akan tetapi, ketenangan  dan kebahagiaan hidup bersama Islam jauh lebih mahal daripada apa pun, tidak akan terbeli oleh seberapa besar pun harta yang dapat dikumpulkan. Maka dari itu, kaum muslimin pun melaksanakan tugas-tugas agama dengan penuh semangat. Mereka mulai menunaikan zakat dan mengerjakan shaum. Sedikit demi sedikit, ajaran Islam mulai menemukan kekuatannya 


Ummu Abdillah 


Untuk menghiburkan hati Aisyah RAVdari kesedihan kerana tidak memiliki putera dan agar isteri tercintanya itu merasa diperhatikan dan disayangi, Rasulullah SAW mengizinkan Aisyah RA mengambil putera saudarinya, Asma binti Abu Bakar RA. Anak saudara Aisyah RA itu bernama Abdillah sehingga Aisyah RA dikenali orang dengan panggilan Ummu Abdillah 


Kasih Sayang Seorang Ibu 


Aisyah RA adalah orang yang sangat ramah dan murah hati 


عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: جَاءَتْنِي مِسْكِينَةٌ تَحْمِلُ ابْنَتَيْنِ لَهَا، فَأَطْعَمْتُهَا ثَلَاثَ تَمَرَاتٍ، فَأَعْطَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا تَمْرَةً، وَرَفَعَتْ إِلَى فِيهَا تَمْرَةً لِتَأْكُلَهَا، فَاسْتَطْعَمَتْهَا ابْنَتَاهَا، فَشَقَّتِ التَّمْرَةَ، الَّتِي كَانَتْ تُرِيدُ أَنْ تَأْكُلَهَا بَيْنَهُمَا، فَأَعْجَبَنِي شَأْنُهَا، فَذَكَرْتُ الَّذِي صَنَعَتْ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: "إِنَّ اللهَ قَدْ أَوْجَبَ لَهَا بِهَا الْجَنَّةَ، أَوْ أَعْتَقَهَا بِهَا مِنَ النَّارِ 


Aisyah berkata bahawa suatu ketika, seorang wanita miskin datang mengunjunginya, berserta kedua puteri kecilnya. Aisyah menerima dan menyambut mereka dengan senyuman, lalu kedua wanita itu berbual panjang 


Namun, Aisyah RA menghadapi kepayahan. Aisyah RA ingin menghiburkan tetamunya, tapi saat itu, keadaan sangat susah di Madinah. Seringkali, penduduk kelaparan dan saat itu di rumah tidak ada benda yang dapat dimasak. Susah untuk menemukan makanan yang paling sederhana sekali pun. Kalau pun ada kurma, tapi tidak banyak jumlahnya. Aisyah RA berusaha mencari sesuatu untuk dihidangkan kepada tetamunya. Tidak perlu waktu lama bagi Aisyah RA untuk mencarinya, kerana memang tidak banyak yang tersimpan yang dapat dihidangkan pada tetamunya itu. Aisyah RA akhirnya berjaya menemukan tiga butir kurma. Lalu Aisyah RA membawa tiga butir kurma itu pada tetamunya, yang menatapnya dengan sangat penuh rasa syukur 


Wanita itu memberikan kurma tersebut pada kedua anak perempuannya sebutir kurma masing-masing, dan gadis-gadis itu meraih dengan penuh semangat. Mereka sangat lapar dan belum cukup makan selama beberapa hari. Si ibu yang juga lapar menyimpan sebutir kurma bakinya untuk dirinya sendiri, tapi dia belum memakannya. Sebagai gantinya, dia memegang kurma itu di tangannya ketika dia berbual dengan Aisyah. Kerana masih lapar, kedua gadis kecil itu melahap kurma mereka dengan sangat cepat. Setelah selesai, mereka mulai mengamati kurma terakhir, yang masih dipegang oleh ibu mereka. Si ibu melihat mereka dari sudut matanya dan dia tersenyum. Dia tahu persis apa yang diinginkan anaknya, dan apa yang dia lakukan. Jadi, dia membahagikan kurma terakhir itu menjadi dua bahagian dan memberikan setengah kepada kedua anaknya itu


Aisyah RA sangat tersentuh hati dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibu ini, dan setelah Rasulullah SAW pulang, Aisyah RA menceritakan apa yang telah terjadi kepada Rasulullah SAW, maka Baginda SAW bersabda, "Sungguh Allah telah mewajibkan baginya syurga atau membebaskannya dari api neraka"


Sungguh besar kasih sayang seorang ibu, betapa besar pengorbanan seorang ibu, namun di situlah terdapat rahmat Allah dan syurga-Nya telah menanti sebagai ganjaran 


Akhlaq Dan Budi Pekerti Rasulullah SAW


Rasulullah SAW mengajarkan bahawa kehidupan dalam Islam itu dilandasi oleh rasa persaudaraan. Baginda SAW mengatakan bahawa tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, "Perbuatan apakah yang baik dalam Islam?"


BagindabSAW menjawab, "Sudi memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan yang tidak engkau kenal"


Rasulullah SAW menjadikan dirinya tauladan tertinggi bagi setiap muslim. Baginda SAW amat rendah hati dan tidak mahu diagung-agungkan walau pun Baginda SAW adalah manusia terbaik 


Baginda SAW bersabda, "Jangan memujaku seperti orang-orang Nasrani yang memuja anak Maryam. Aku adalah hamba Allah. Sebut saja aku hamba Allah dan utusan-Nya"


Pernah suatu ketika, Baginda SAW mengunjungi para sahabat yang sedang berkumpul. Serentak mereka berdiri menyambutnya seperti layaknya orang lain menyambut orang yang mereka hormati. Namun, Rasulullah SAW tidak menyukai hal itu. Baginda SAW bersabda, "Jangan kamu berdiri seperti orang-orang asing yang mahu saling diagungkan"


Setiap kali mengunjungi para sahabatnya, Rasulullah  SAW tidak pernah memilih-milih tempat duduk. Baginda SAW duduk begitu saja di mana pun ada tempat kosong. Baginda SAW bergurau dengan para sahabat, bergaul erat dengan mereka, diajaknya mereka berbincang-bincang. Jika para sahabat kebetulan disertai anak-anak mereka, Rasulullah SAW mengajak anak-anak itu bermain-main. Kemudian, didudukkannya anak-anak itu di pangkuan Baginda SAW. Rasulullah SAW tidak pernah menolak undangan. Baginda SAW selalu datang apabila diundang, baik oleh orang merdeka, budak sahaya, mahu pun orang miskin. Dikunjunginya orang yang sakit walau pun letaknya jauh di hujung kota


Orang yang datang minta maaf selalu Baginda SAW maafkan. Baginda SAW selalu yang memulai memberi salam kepada orang yang dijumpai. Baginda SAW pasti selalu yang lebih dulu menghulurkan tangan bersalam sahabat-sahabatnya. Tidak akan pernah lagi kita menjumpai seorang pemimpin yang begitu lembut dan begitu menyayangi rakyatnya, pemimpin yang hidup sederhana seperti kebanyakan rakyatnya, pemimpin yang mampu memberi nasihat dan teladan, pemimpin yang selalu sedia memberi dan mendapat tempat di lubuk hati yang paling dalam di setiap orang yang mengenalinya 


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


"Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keislaman) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman"


Surah At-Taubah (9:128)


Solat Rasulullah SAW


Solat Rasulullah SAW adalah solat yang paling indah jika hendak dibandingkan semua sahabatnya. Baginda SAW melakukan solat seakan sedang berjumpa dengan orang yang paling dia sayangi sehingga sukar rasanya untuk berpisah. Solat Baginda SAW seakan-akan merupakan suatu pertemuan terakhir dengan orang yang dicintainya. Solat Baginda SAW begitu khusyuk, seolah-olah Baginda SAW sedang berbicara dan memandang Allah SWT

No comments:

Post a Comment