اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمد
Rasa Sayang Rasulullah SAW
Rasulullah SAW adalah orang yang paling penyayang. Apabila Baginda SAW tahu ada orang yang sedang menunggu, padahal Baginda SAW sedang solat, Baginda SAW percepatkan solat itu dan Baginda SAW tanya apa keperluannya. Sesudah Baginda SAW memenuhi keperluan orang tadi, Baginda SAW sambung kembali ibadahnya
Dalam rumah tangga, Rasulullah SAW ikut memikul beban keluarga. Baginda SAW ikut mencari pakaian, menjahit baju yang berlubang serta memerah susu kambing. Baginda SAW juga membetulkan sendiri kasutnya yang rosak. Baginda SAW penuhi sendiri semua keperluan Baginda SAW, mulai mengambil minuman sampai mengurus unta. Baginda SAW duduk dan makan bersama dengan para pembantu dan menguruskan keperluan orang yang lemah, menderita dan miskin. Apalagi melihat ada orang yang memerlukan sesuatu, Baginda SAW dan keluarganya mengalah, sekali pun Baginda SAW di masa itu juga dalam kekurangan. Tidak ada yang ditinggal untuk esok, bahkan kelak ketika Baginda SAW wafat. Baju besi Baginda SAW tergadai di tangan seorang Yahudi kerana Baginda SAW memerlukan wang untuk perbelanjaan keluarga. Baginda SAW sangat baik hati, mudah tersenyum dan selalu menunaikan janji
Suatu ketika ada delegasi dari Raja Najasyi dari Habsyah datang berkunjung. Baginda SAW sendiri yang melayani mereka. Para sahabat datang menegur, "Wahai Rasulullah, sudah cukuplah, bukankah ada orang lain untuk menguruskannya?"
"Mereka sangat menghormati sahabat-sahabat kita ketika berhijrah ke tempat mereka", jawab Rasulullah SAW
"Aku ingin membalas sendiri kebaikan mereka"
Begitu setianya Baginda SAW sehingga selalu ada yang menyebut nama Khadijah RA, kenangan indah muncul bagai pelangi menghiasi hati Baginda SAW
Suatu ketika, ada seorang wanita datang. Baginda SAW menyambutnya begitu gembira dan Baginda SAW bertanya wanita itu baik-baik. Ketika wanita itu sudah pergi, Baginda SAW berkata, "Ketika masih ada Khadijah, dia suka mengunjungi kami. Mengingatkan hubungan baik masa lampau adalah termasuk iman"
Begitu halus perasaan Rasulullah SAW, begitu lembut hatinya, sampai Baginda SAW biarkan cucunya bermain-main dengannya ketika Baginda SAW sedang solat. Bahkan Baginda SAW solat dengan membawa Umamah, cucu Baginda SAW dari Zainab RA
Umamah Rasulullah SAW Letakkan Di Atas Bahu
Saat Rasulullah SAW sujud, Baginda SAW letakkan Umamah, jika Baginda SAW berdiri, Umamah diletakan lagi di atas bahunya
Rasulullah SAW Menyayangi Binatang
Kebaikan dan kasih sayang Rasulullah SAW tidak terbatas kepada sesama manusia saja, tetapi juga kepada binatang. Suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bangun dan membukakan pintu untuk seekor kucing yang sedang berlindung di tempat itu. Rasulullah SAW juga pernah merawat seekor ayam jantan yang sedang sakit. Rasulullah SAW juga mengusap-usap seekor kuda penuh rasa sayang dengan lengan baju Baginda SAW
Suatu ketika, dilihatnya Aisyah RA menaiki seekor unta. Aisyah RA merasa sukar mengendalikan unta yang agak besar itu sehingga Aisyah RA menarik-narik tali kekang dengan tidak sabar
Kemudian, Rasulullah SAW mendekati dan menegur lembut. "Hendaknya engkau berlaku lemah lembut, ya Aisyah"
Meskipun demikian, kasih sayang, kelembutan dan rasa persaudaraan yang Rasulullah SAW ajarkan bukan bererti menunjukkan kelemahan. Rasa kasih sayang dan kelembutan harus bersama sikap yang adil. Rasulullah SAW mengajarkan bahawa tanpa keadilan, persaudaraan sejati tidak mungkin ada
Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa menyerang kamu, seranglah dengan seimbang, seperti mereka menyerang kamu"
Pada waktu lain, Rasulullah SAW juga berkata, "Hukum qishas (membalas perbuatan dengan seimbang, misalnya pembunuh yang terbukti bersalah harus dibalas dibunuh pula) bererti kelangsungan hidup bagi kamu, hai orang-orang yang mengerti"
Jadi, kasih sayang yang diajarkan Rasulullah SAW juga mengandungi unsur kekuatan. Oleh sebab itu, seorang muslim boleh bersikap lemah lembut sekaligus tegas jika memang diperlukan. Jika seseorang tidak dapat bersikap tegas, dia akan menjadi sindiran pada orang-orang yang berhati jahat. Rasulullah SAW mengajarkan bahawa jiwa seorang muslim harus kuat, tidak mengenal kata menyerah kecuali kepada Allah SWT. Seorang muslim yang taat kepada Allah SWT tidak merasa lemah apabila menghadapi rintangan
Menangkap Burung Untuk Permainan
Dalam hadist riwayat Nasa'i dan Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menangkap seekor burung hanya untuk bermain-main, kelak pada hari kiamat, burung itu akan mengadu kepada Allah, "Wahai Tuhanku, orang itu telah membunuh aku untuk mainan belaka, tidak untuk mengambil manfaat dariku"
Kehidupan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita bahawa, tidak boleh ada rasa takut dalam hati seorang muslim, kecuali jika dia melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Jiwa itu tidak akan menjadi kuat jika berada dalam kekuasaan orang lain. Kerana itulah, Rasulullah SAW mengajak para sahabatnya berhijrah ke Madinah. Jiwa akan jadi lemah jika sudah dikuasai oleh hawa nafsu. Nafsu akan harta, kenderaan, pakaian, makanan dan banyak lagi. Jika seseorang sudah mencintai harta dunia seperti itu, kekuatan rohaninya akan lemah dan tidak lagi mampu berjuang, beribadah serta berbakti layaknya seorang muslim sejati
Rasulullah SAW adalah contoh yang sangat ideal dalam mengendalikan hawa nafsu. Jiwa Rasulullah SAW sudah begitu kuat sehingga tidak begitu peduli jika segala yang dimilikinya akan habis akibat Baginda SAW sangat suka memberi kepada orang lain. Sampai ada orang yang berkata, "Dalam memberi, Rasulullah seperti orang yang sudah tidak takut kekurangan"
Rasulullah SAW mengajarkan agar kitalah yang menguasai kehidupan dunia, bukan kehidupan dunia yang menguasai kita. Baginda SAW tidak menganjurkan kita agar hidup miskin tetapi hidup sederhana dan tidak berlebihan. Alas tidur Rasulullah SAW bukanlah tilam yang empuk, melainkan hanya terdiri atas kulit yang dilapisi serat. Tidak pernah Baginda SAW makan sampai kenyang. Baginda SAW selalu menyudahi makannya sebelum kenyang. Tidak pernah Rasulullah SAW makan roti dari tepung gandum dua hari berturut-turut. Sebahagian besar makanan Baginda SAW adalah bubur
Pada hari lain, Rasulullah SAW makan kurma. Jarang sekali Baginda SAW dan keluarganya dapat makan roti sup (roti yang dibasahi kuah kaldu dan daging). Bahkan sering sekali Baginda SAW menahan lapar. Baginda SAW pernah mengikat perutnya dengan batu yang dikaitkan dengan ikat pinggangnya agar rasa laparnya tertahan. Namun, bukan bererti Rasulullah SAW berpantang makan makanan enak. Baginda SAW dikenali suka sekali makan kaki kambing muda, labu, madu dan manisan walau pun amat jarang Baginda SAW dapatkan. Begitulah cara Rasulullah SAW mengendalikan dirinya terhadap makanan
No comments:
Post a Comment