SEJARAH AWAL PENYEBARAN ISLAM KE ANDALUSIA (Siri 5)
Musa bin Nushair seterusnya membuat perancangan untuk menguasai kepulauan Balyar. Dengan penguasaan ini lebih mudah baginya untuk memasuki Andalusia agar tidak diserang dari arah belakang. Strategi yang disusun oleh Musa bin Nushair ini mencapai kejayaan. Seterusnya dia menempatkan kaum Muslimin di Kepulauan Balyar
Namun kekuatan pasukan kaum Muslimin masih belum cukup mantap untuk memasuki Andalusia. Musa bin Nushair perlu berhadapan dengan Roderic yang telah melakukan kudeta terhadap Raja Andalusia iaitu Witiza. Selain itu terdapat kota Sabtah (Ceuta) yang dikuasai oleh Julian yang dahulunya bersahabat baik dengan penguasa Andalusia
Musa bin Nushair khuatir jika Julian bergabung dengan Roderic tentu kaum Muslimin sukar untuk memasuki Andalusia. Bahkan kedudukan tentera Muslimin pastinya dalam bahaya. Halangan ini telah membantutkan usahanya untuk meneruskan misi ini. Apa yang terdaya dilakukan olehnya pada masa itu ialah mengukuhkan armada laut, membangunkan beberapa pelabuhan dan kapal yang besar
Hasrat untuk membawa Islam masuk ke Andalusia semakin membara dalam jiwa Musa bin Nushair. Disamping segala persiapan fizikal dia tidak pernah lupa untuk memohon pertolongan Allah SWT. Kebuntuan fikirannya akhirnya mendapat pertolongan dari Allah SWT
Julian melihat kaum Muslimin semakin hampir dengan Sabtah yang dikuasainya. Pada masa yang sama Julian menyimpan dendam dengan Roderic kerana telah membunuh Witiza yang merupakan sahabatnya semasa kudeta atau rampasan kuasa. Hubungan Julian dengan anak-anak Witiza sangat rapat sehinggakan mereka meminta bantuannya untuk menyingkirkan Roderic
Julian mendapat idea untuk berhubung dengan Musa bin Nushair bagi mengalahkan Roderic penguasa Andalusia. Apa yang terjadi?
Rujukan utama Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, Tarikh At-Tabari, Tarikh Khulafa dan lain-lain
No comments:
Post a Comment