Topik


Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, December 21, 2019

KEJADIAN MANUSIA - Al-Quran & Injil

Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir. Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelum al-Qur’an. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Qur’an dan dibandingkan dengan kandungan Pentateuch.

Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Qur’an, seterusnya bakal merungkai bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah “diciptakan” itu.
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN

Pendahuluan

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri.

Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah:

“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55

Merujuk kepada ayat-ayat di atas ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah selepas mati. Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau hari perhitungan.

Manakala Dr. Maurice Bucaille di dalam bukunya iaitu What Is The Origin Of Man?, mengatakan bahawa perkataan khalaqa yang biasanya diberi pengertian sebagai menjadikan atau “ to create” adalah kurang besesuaian. Beliau menafsirkan perkataan yang paling sesuai ialah “ to give porpotion to the a thing, atau “to make it of a certain propotion or quantity” atau to bring into existence a thing which did not formerly exist . Beliau juga menekankan bahawa perkataan di atas adalah hampir kepada perkataan asal yang digunakan di dalam Bahasa Arab .

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ). Di antara firman Allah itu ialah :

“ ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,....”
Surah al-Hajj (22): 5

Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( سلالة من طين )

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Firman Allah:

“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طين لازب )

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:
“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11
Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)

Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسنون diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14
Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:
“ Belum duduk sudah nak melunjur”.

Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.


KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT PENTATEUCH(TORAH)M


Pendahuluan

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas. Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 – 2. Jika dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan cipataan Tuhan yang pertama.

Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari. Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta sebagai makhluk di angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 1:26):

“ The God said, “Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth”

Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

Kejadian manusia dari aspek fizikal

Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 2:7 ):
“ then the LORD God formed man from the dust of the ground...”

Dengan jelas pada pandangan penulis fakta kejadian manusia daripada tanah ini harus dipegang oleh penganut Kristian. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berkenaan fakta tanah ini.

Di dalam Evolution and Theology terdapat ahli agama yang menafsirkan penciptaan manusia daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk metafora semata-mata dan bukan dalam bentuk tanah yang sebenar. Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan Adam.

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan wujud proses-proses pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang manusia. Tetapi pada hakikatnya mereka tidak dapat menghuraikan pandangan tersebut dan bagaimanakah proses-proses pembentukan itu berlaku. Pada pandangan mereka, dalam hal ini seharusnya kepatuhan untuk menerima sebarang huraian daripada Kitab Suci iaitu Bibile harus diutamakan .

Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan tanah atau dust sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya sebagaimana huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A. Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir . Selain itu ia juga telah rujuk kepada unsur atom . Pada pandangan penulis huraian ini adalah mengambil kira aspek atom di mana dari segi fizikalnya terdiri daripada unsur-unsur yang kecil sepertimana unsur yang terdapat di dalam debu tanah.

Dengan melihat kepada huraian dan sumber yang terhad dan masa yang terbatas penulis dapati bahawa tidak terdapat huraian yang kukuh atau tepat tentang penciptaan manusia pertama iaitu Adam, begitu juga mengenai proses-proses pembentukannya. Ini dikuatkan lagi dengan hujah yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old Testament mahupun New Testament. Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia sepertimana penciptaan Adam .


Kejadian manusia dari aspek spiritual 

Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja yang menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis. Bahagian pertama ayat tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada pembentukan manusia secara fizikal. Manakala sebahagian yang lain telah menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang diungkap di dalam Genesis ( 2: 7 ):

“...and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being.”

Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua komponen utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril mewakili badan atau body dan breath of life mewakil roh atau spirit. Penjelasan ini amat ketara sebagaimana huraian yang terdapat di dalam The Nature and Destiny of Man .

Dengan meneliti ayat di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti sama ada ayat tersebut merupakan huraian kepada proses terakhir penciptaan manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza sebagaimana huraian yang dijelaskan dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh ke dalam jasad Adam. Di sini penulis membuat kesimpulan dengan berdasarkan huraian dalam Islam sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat terakhir kejadian penciptaan Adam.

Di dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic . Di dalam The Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi sehingga dapat mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of life) ke dalam jasad Adam melalui lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai jasad sepertimana manusia.

Berkenaan dengan jangkamasa penciptaan manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan bahawa proses ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu hari. Ini dapat dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam sebelum Tuhan beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran memaparkan bahawa proses penciptaan manusia mengambil masa yang panjang.

Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia pertama

Dalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat hanya satu persamaaan di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan manusia. Kedua-duanya menyatakan penciptaan manusia adalah daripada tanah. Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran unsur tanah ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang dihuraikan sebelum ini manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke tanah selepas mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud tetap pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada dasarnya tanah mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang wujud seperti api dan sebagainya .

Di dalam Evolution and Theologi, St. Augustine menerangkan bahawa perbincangan penciptaan manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang membicarakan persoalan manusia dengan Tuhannya .

Manakala dari segi perbezaan, penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara. Di antaranya berkenaan proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran proses penciptaan manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan mempunyai peringkat-peringkat tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah difahami dan diyakini.

Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan penggunaan satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan penulis ia sukar difahami dengan jelas bukan sahaja kepada penganut agama lain malah penganut agama Kristian sendiri termasuk ahli-ahli Theologi mereka. Selain itu ia juga akan mengundang salah interpretasi terutama dalam persoalan unsur tanah.

Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa kejadian manusia. Walaupun penulis masih belum dapat memastikan tempoh masa sebenar penciptaan manusia di dalam al-Quran disebabkan masa yang terhad, tetapi yang pasti tempohnya mengambil masa yang panjang iaitu 40 tahun sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Ini adalah berdasarkan huraian di peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad Adam sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas dengan merujuk kepada kalimah “الدهر ” yang membawa maksud waktu daripada masa. Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan penciptaan manusia ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu pada hari keenam. Ini dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ).

Penulis melihat bahawa adalah benar jika untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai penciptaan manusia di dalam Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat Kristian. Ini adalah kerana ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian seperti Konsep Triniti, Dosa Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam Islam walaupun ia bukan termasuk dalam perbincangan doktrin utama sekalipun, tetapi persoalan ini bersangkut paut dengan kepercayaan dan keimanan terhadap kekuasaan Allah yang berkuasa untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.

AL-QURAN: KEASLIAN KALAM TUHAN

Pendahuluan

Al-Quran telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur sekitar dua puluh tahun, dan ia masih lagi belum sempurna sebagai satu kitab. Sebagaimana yang diketahui bahawa al-Quran atau wahyu diturunkan melalui pelbagai cara kepada Nabi Muhammad dan juga kepada Nabi-nabi terdahulu . Di antaranya perantaraan malaikat Jibril , mimpi yang benar dan ilham. Dalam proses penurunan ini Allah S.W.T memelihara dan menjamin supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau sesuatu unsur yang dapat mengggugat keaslian dan kemurnian kalamNya selama-lamanhya. Sebagaimana fimanNya yang bermasksud:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya" Surah Al-Hijr(15):9

Dari perspektif al-Quran amat jelas bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan terhadap wahyu atau al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul. Ini adalah kerana ia dipelihara oleh Allah S.WT. Dalam huraian yang seterusnya penulis akan cuba melihat secara ringkas dari aspek peralihan ayat-ayat al-Quran melalui cara penghafalan, pengumpulan dan seterusnya proses pembukuan al-Quran. Di mana semua ini akan dapat membuktikan bahawa kalam Tuhan yang diturunkan ini tetap asli dan terpelihara kemurniannya.

Proses Penghafalan dan Peralihan secara lisan

Peralihan ayat-ayat al-Quran secara lisan adalah berasaskan konsep hifz atau penghafalan. Pada peringkat ini Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang pertama menghafal ayat-ayat al-Quran atau wahyu yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan Maikat Jibril. Penulis merujuk penjelasan ini sebagai mana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam beberapa ayt-ayat al-Quran .

Pada peringkat seterusnya Nabi Muhammad S.A.W menerangkan tentang penurunan wahyu dan mengarahkan para sahabat untuk menghafalnya. Pelbagai langkah dan usaha telah di ambil oleh Rasulullah S.A.W untuk memastikan setiap ayat yang dihafal oleh para sahabat terus terpelihara. Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Uthman bin 'Affan yang bermaksud:

"Uthman bin 'Affan meriwayatkan bahawa, Rasulullah S.A.W telah bersabda: Orang yang paling tinggi kedudukannya di antara kamu(Muslim) adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajkarnya" 

Di samping itu para sahabat juga menggunakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat bacaan di dalam sembahyang. Pada peringkat ini para sahabat mendengar dengan tekun ayat yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W berulang kali dan kemudian mereka menghafalnya. Untuk memastikan mereka tidak lupa, ia digunakan sebagai ayat bacaan di dalam sembahyang seharin. Selain membacanya di dalam sembahyang Rasulullah S.A.W juga mendengar secara terus ayat-ayat yang telah dihafal oleh para sahabat . Ini adalah untuk memastuikan ia tidak silap dan peralihan daripadaNya melaui hafalan akan terus terpelihara.

Pada hakaikatnya lebih daripada dua puluh orang daripada kalangan mereka yang terkenal di dalam Islam yang telah menghafal ayat-ayat al-Quran . Di anatara mereka ialah Abu Bakr, 'Umar , 'Uthman, 'Ali, Ibn Mas'ud, Abu Huraira, 'Abdullah bin 'Abbas, 'Abdullah bin 'Amr bin al'As, 'Aisha, Hafsa Umm Salam dan lain lagi.

Pada peringkat ini penulis membuat kesimpulan awal bahawa proses penghafalan yang dilakukan pada zaman awal penurunan al-Quran menunjukkan kepada kita bahawa ianya amat terpelihara daripada sebarang unsur penyelewengan atau perubahan. Ini adalah kerana proses ini telah diteliti oleh Rasulullah satu persatu serta menyemak dari bacaan penghafal sendiri. Tradisi ini telah berlarutan di kalangan sahabat selepas kamatian Rasulullah, dan selepas itu di kalangan tabi'un dan ke semua generasi Muslim hingalah ke hari ini.

Proses Peralihan dalam bentuk Penulisan dan Dokumentasi

Suyuti di dalam Itqan telah menyatakan bahawa proses penulisan al-Quran telah dilakukan pada zaman Rasulullah lagi tetapi proses pembukuan atau dokumentasi masih belum berjalan dengan baik . Manakala proses seterusnya berlaku dengan sempurna ketika zaman Abu Bakr dan 'Uthman.

Secara umum maksud pengumpulan al-Quran ini ialah (i) Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran secara lisan daripada penghafal al-Quran. (ii) Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk penulisan di atas kertas mahupun buku.

Proses yang terakhir dilihat dalam sejarah pembukuan al-Quran adalah pada zaman 'Uthman yang diketahui umum sebagai Mashaf 'Uthmani. Walaupun pada permulaannya terdapat sedikit perbezaan dari segi pembacaan terutama mashaf yang terdapat di zaman Abu Bakr. Selepas perbincangan dengan para sahabat mereka bersetuju untuk menyemek kembali Mashaf Abu Bakr yang disimpan oleh Hafsa sebagaimana yang diriwayatkan Anas bin Malik di dalam Hadith . Maka selepas itu 'Uthman meminta para sahabat seperti Zaid bin Thabit untuk menulis semula ayar-ayat ini dalam keadaan yang sempurna dan dikenali sebagai Mashaf 'Uthmani.

Oleh yang demikian adalah amat jelas proses yang dipaparkan di atas menunjukkan bahawa bagaimana ayat-ayat al-Quran it terus dipelihara dan dijaga daripada sebarang perubahan dan penyelewengan bermula daripada penurunannya sehingalah dibukukan sebagaimana yang digunakan olek seluruh umat islam di dunia. Pada hakikatnya keasl;ian dan kesahihan ayat-ayat al-Quran sebagai kalam Allah yang asal tidak dapat dipertikikan lagi.

Keagungan dan keaslian kalam Allah ini bukan sahaja diakui oleh seluruh umat Islam tetapi terdapat juga tokoh-tokoh Kristian yang mengakuinya, Sebagai contoh sebagaiman di dalam buku Keagungan Dunia Terhadap Islam, seorang tokoh Kristian iaitu Paul Cassanova mengatakan:
"bilamana saja Muhammad diminta sesuatu mukjizat sebagai bukti kebenaran ajarannya, dia mengutip ayat-ayat al-Quran dengan keistimewaan sasteranya yang tiada tandingan, sebagi bukti al-Quran itu datang dari Ilahi .

PENTATEUCH(TORAH) BUKAN KALAM TUHAN

Perspektif al-Quran

Pada bahagia ini penulis akan cuba mengemukakan hujah-hujah yang mengatakan bahawa Pentateuch atau Torah adalah bukan kalam Allah yang asal sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Musa.Ini adalah keran telah berlaku banyak penyelewengan terhadap sumber asal tesebut. Penulis hanya akan merujuk kepada sumber utama iaitu al-Quran untuk menghuraikan persoalan tersebut.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya(ada) petunjuk dan cahaya(yang meneranngi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya” 
Surah al-Maidah (5): 44 

Merujuk kepada ayat di atas al-Quran telah menerangkan bahawa Taurat ialah kitab yang diturunkan(diwahyukan) Tuhan kepada Nabi Musa. Pada dasarnya kitab ini mengandungi petunjuk, penerangan, hukum-hukum, peringatan dan juga nasihat bukan hanya untuk Nabi Musa tetapi untuk seluruh bangsa Yahudi.

Manakala dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Kami telah memberi petunjuk kepada Musa dan Kami wariskan kepada Bani Israil kitab petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran" Surah al-Ghafir(40):53-54.

Dengan merujuk kepada ayat di atas maka dengan jelas menunjukkan bahawa pada hakikatnya Taurat itu telah sempurna diwahyukan kepada Nabi Musa ebagai kalam Allah dan telah diwariskan serta diajarkan kepada seluruh Bani Israil pada ketika Beliau masih hidup di dunia.

Tetapi dalam firman Allah yang seterusnya, telah dinyatakan pula sikap Bani Israil yang telah dan berpaling daripada ajaran yang di bawa oleh Nabi Musa sehingakan mereka mengubah perkataan yang terdapat di dalam Taurat seterusnya melupakan sebahagian peringatan Allah kepada mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

" Maka dengan sebab mereka( Bani Israil) membatalkan janjinya, Kami laknat mereka dan Kami jadikan hatinya keras; mereka mengubah-ubah perkataan dari tempatnya dan mereka melupakan sebahagian dari apa yang telah diperingatkan kepada mereka dan engkau sentiasa melihat pengkhianatan mereka kecuali sedikit di antaranya" al-Maidah (5): 13

Terdapat juga beberapa ayat lain yang menerangkan bahawa Bani Israil ini telah melakukan banyak perubahan di dalam Kitab Taurat asal sebagaimana yang telah diturunkan kepada Nabi Musa. Di anataranya di dalam Surah al-Baqarah(2): 75, Surah an-Nisa'(4): 46 dan Surah al-Maidah(5): 41.

Selain daripada mengubah ayat-ayat yang terdapat di dalam Taurat, Bani Israil juga telah mengarang kitab dengan tangan mereka dan seterusnya mengatakan bahawa kitab itu adalah diutuskan oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

" Maka celakalah bagi mereka yang menulis kitab dengan tangannya kemudian katanya: "Ini dari sisi Allah". Supaya dengan demikian mereka dapat menukarnya dengan harga yang sedikit. Maka celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang telah ditulis tangannya dan celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang diusahakannya" Surah al-Baqarah(2): 79.

Penulis juga dapat menegaskan lagi bahawa Taurat kini adalah bukan kalam Allah sebagaimana yang asal. Ini adalah kerana Bani Israil juga bukan sekadar mengubah dan mengarang tetapi telah menyembunyikan sebahagian ayat-ayat di dalam Taurat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
" Hai ahli kitab! Sesungguhya telah datang kepadamu Rasul Kami menerangkan kepada kamu banyak di antara kitab yang telah kamui sembunyikan dan banyak yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah penerangan dan kitab yang terang"
Surah al-Maidah(5): 15.

Di dapati juga sebahagian cerdik pandai Yahudi melakukan pembohongan atau cuba memutarbelitkan lidah mereka ketika membaca Taurat supaya orang akan menganggap apa yang dibaca itu adalah dari kalam Tuhan. Tetapi pada hakikatnya mereka membaca atau mengemukakan pandangan mereka sendiri. Allah telah menerangkan hal ini di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya dengan kitab supaya kamu kira dia darikitab sedang dia bukan dari kitab; dan kata mereka dia dari sisi Allah sedang dia bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta atas Allah sedang mereka mengetahui". Surah al-'Imran(3):78)

Pada bahagian ini penulis ingin membuat kesimpulan awal bahawa dengan merujuk kepada sumber utama iaitu al-Quran di dapati terdapat penerangan yang jelas bahawa Kitab Taurat yang dipegang oleh Bangsa Yahudi kini adalah bukan kalam Allah dan hal ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku pada zaman Nabi Musa lagi. Ianya bermula dengan pengingkaran terhadap ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka seterusnya berlaku beberapa penyelewengan lain seperti melakukan perubahan pada Taurat, mengarang kitab dengan tangan mereka sendiri, menyembunyikan sebahagian ayat-ayat Taurat, memutarbelitkan ketika membaca Taurat, menyamakan kebenaran dengan kabatilan dan mereka juga telah menyembunyikan kebenaran mengenai kenabian Nabi Muhammad S.A.W .

Oleh yang demikian kitab yang terdapat pada orang-orang yahudi mahupun Kristain kini yang dianggap sebagai kitab suci tidak dapat diyakini lagi keaslian dan kesuciannya sebagai kala m yang berasal dari Allah.

Perspektif Sarjana Kristian

Di dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama Kristen dan Islam, H.M. Arsyad Talib Lubis telah mengemukakan bahawa terdapat pengakuan dari pihak Sarjana Kristian yang mengatakan bahawa Taurat yang ada kini bukan Taurat yang asli sebagaimana yang mereka dakwa. Beliau telah merujuk kepada huraian dua tokoh Kristian iaitu Dr. Mr. D.C.Mulder dan Dr.H.Rosin.

Beliau menulis, Dr. Mr. D.C.Mulder mengatakan bahawa sebelum abad ke 19 ahli-ahli fikir masih belum mampu berfikir kritis terhadap Alkitab dan tentang tradisi-tradisi mengenai terjadinya Alkitab itu. Tetapi dengan tersebarnya konsep rasionalism pada abad ke 19 mereka telah mula berubah dan mula menyelidiki tradisi-tradisi Alkitab secara kritis. Maka dengan kajian yang telah dijalankan akhirnya mereka mendapati bukti-bukti yang lengkap yang tidak boleh diragui kebenarannya bahawa Alkitab tidak dikarang pada zaman Nabi Musa. Walhal ia dikarang pada zaman selepasnya. Walaubagaimanapun terdapat satu persoalan yang tidak dapat jiwab oleh pengkaji-pengkaji tersebut iaitu berkenaan dengan siapakah pengarang asal kitan tersebut. Sehingga kini persoalan itu masih belum terungkai . Walaubagaimanapun penulis tidak mendapat informasi yang lengkap adakah sehingga abad ini persoalan tersebut masih belum terjawab ataupun sebaliknya.

Manakala pandangan kedua iaitu daraipada Dr.H.Rosin, beliau mengatakan bahawa Taurat bukan dikarang oleh Nabi Musa. Pada hakikatnya ia dikarang adalah sebagai hasil perkembangan yang lama dan selesai sesudah masa pembuangan di Babel. Menurut beliau lagi orang Yahudi dibuang ke Babel pada tahun 606 sebelum Jesus. Maka antara Nabi Musa dengan pembuangan ke Babel lebih kurang 900 tahun kerana Nabi Musa hidup kira-kira 1500 tahun sebelum Jesus. Maka kejadian-kejadian yang telah berlaku sesudah zaman Nabi Musa amat mustahil ditulis ketika zaman atau ketika Nabi Musa masih hidup .

Perspektif kandungan: Keraguan di dalam Torah


Penulis kembali merujuk hujah yang dikemukakan oleh penulis buku yang sama iaitu H.M.Arsyad Thalib Lubis. Pada kali ini beliau melihat dengan lebih mendalam ke dalam salah satu kitab Taurat iaitu Deuteronomy (31: 24 – 26). Dalam huraian ini beliau merujuk kepada ungkapan “ sudah habis disuratkan Musa segala firman torat ini dalam sebuah kitab sampai tamatnya”. Beliau mengatakan bahawa perkataan yang sedemikian tidak mungkin dijumpai di dalam kitab yang ditulis oleh Nabi Musa. Ayat itu pada hakikatnya menunjukan seorang penulis lain yang ingin menegaskan proses penulisan Kitab Taurat itu telah dilakukan oleh Nabi Musa. Beliau menambah, dengan merujuk kepada ayat di atas didapati bilangan kitab Turat hanya satu berdasarkan perkataan “….sebuah kitab sampai tamatnya” dan bukan lima buah sebagaimana yang diketahui umum .

Maka di sini jelas bahawa terdapat hujah-hujah yang kukuh untuk mengatakan bahawa Kitab Taurat yang ada kini bukan kalam Tuhan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Musa pada peringkat awalnya. Penulis tidak menafikan bahawa terdapat banyak lagi hujah-hujah yang dapat membuktikan di mana Kitab Taurat ini bukan kalam Tuhan. Di sini penulis hanya mengemukan dari sumber-sumber yang ditemui dalam masa yang terhad.

Kesimpulan

Setelah dikaji dan diteliti, penulis melihat bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara mengenai isi kandungan al-Qur’an dan Pentateuch berhubung dengan isu penciptaan manusia pertama ini. Pelbagai andaian telah ditemui di dalam Pentateuch dan ia berbeza dengan kupasan al-Qur’an yang lebih detail dan teratur apabila berbicara mengenai sesuatu benda. Ini membuktikan kebenaran al- Qur’an itu sebagai kalam Allah yang asli dan Pentateuch itu telah pun dirubah dan diselewengkan.

Secara keseluruhannya, penulis melihat bahawa Adam adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan sememangnya terdapat makhluk lain yang mendiami alam ini sebelum Adam diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jelasnya proses kejadian manusia merupakan antara topik yang terkandung di dalam al-Qur’an dan juga Pentateuch, cuma ia berbeza mengenai beberapa kriteria yang telah pun diselewengkan. Penulis berharap dengan penjelasan yang ringkas ini akan memberi sedikit input kepada para pembaca sebagai jalan permulaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang persoalan penciptaan manusia ini.

-------------------
Rujukan:

Dr. Maurice Bucaille ialah seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah menghabiskan sebahagian besar masanya membuat kajian perbandingan kitab suci al-Quran, Injil dan Taurat sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden lain.

Maurice Bucaille (1982), What Is The Origin of Man? The Answers of Science and The Holy Scriptures. c. 8, Paris: Seghers, h.171.

Ibid.

al-Baqarah: 264, Ali ‘Imran, an-Nahl: 59, al-Kahfi: 37, al-Ghafir:67, al-Rum:20, al-Fathir:11 dan al-Ra’d.

“ Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu(punya) keturunan dan masyaharah dan adalah Tuhan maha kuasa”

Maurice Bucaille, “What Is The Origin of Man?:”, h.174.

Ibid.

Al-Qurtubiyy (t.t), Tafsir al-Qurtubiyy. j.1, Qāhirah: Dār al-Sya’b, h. 86.
Ibid., h.240.

Maurice Bucaille, “What Is The Origin of Man?:”, h.173.

Butrus al-Bustami (1983), Munkit al-Munhit. Beirut: Maktabah Lubnān, h. 515.
Abū Hasan al-Tibrisī , Majma’ al-Bayān fī Tafsir al-Qurān. , h.234.

Untuk maklumat lanjut lihat Muhammad al-Faqīy (1979), Qisās al-Ambiyā’ Ahdāthuha wa

΄Ibāruha. Maktabah Wahbah, h. 18.

Mahmūd Syalabiyy (1987), Hayāt Ādam. Beirut: Dār al-Jayl, h. 18.

Untuk maklumat lanjut lihat Genesis (1:1 – 25)

Ernest C. Messenger , Evolution and Theology. h. 108.

Ibid., h. 112.

Fredk A. Filby Creation Revealed. h. 118.

Ibid.

James M. Houstan (1980), I Believe in the Creator. Grand Rapids: Eermans Publishing Company, h. 73.

Kebanyakan masyarakay Kristian mempercayai bahawa manusia adalah dicipta dari dua aspek utama iaitu badan dan roh. Untuk maklumat lanjut lihat Reinhold Neibhnur (1941), The Nature and Destiny of Man. j. 1, New York: Charles Scribner’s Son, h. 13.

Anthropomorphic bermaksud memperlakukan Tuhan sebagai manusia sama ada dari segi rupa bentuk dan personaliti.

Lihat Hanry M. Morris, The Genesis Record. h. 85.

Ibn Kathir al-Bidayah wa al-Nihayah. j.1, h. 72.

Beliau adalah salah seorang ahli Theologi Kristian yang terkenal yang berusaha untuk mengungkap dan mengupas kembali doktrin-doktrin Agama Kristian yang dibawa oleh St. Paul terutama kepada kumpulan Gentile. Ini adalah kerana doktrin-doktri yang diajar oleh St.Paul sukar difahami terutama dalam persoalan konsep Triniti.

Ernest C. Messenger, Evolution and Theology. h. 170.

Sebagaimana yang di firmankan oleh Allah dalam Surah al-Insan (76: 1) yang bermaksud “Bukankah telah dating atas manusiasatu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?”

Lihat Surah An-Nisa'(4):163-165

Lihat Surah al-Baqarah(2):97

Lihat Surah As-Shaffat(37):102

Lihat Surah al-Qiyamah(75):16-19; Surah al-Bayyinah(98):2
Bukhari, VI, No.546.

Lihat Bukhari,VI, No.106.

Suyuti (1973), al-Itqan fi 'ulum al-quran.j. 2, Beirut: Maktab al-thaqafiyya, h. 124.

Ibid., h.41.

Lihat Bukhari, VI, No. 510.

M. Hashem, KeagunganDunia Terhadap Islam ,h.48.

Lihat Surah al-'Imran(3): 78.

Lihat Surah al-'Imran(3): 71.

Lihat Syrah al-Baqarah(2): 146.

H.M.Arsyad Thalib Lubis (1969), Perbandingan Agama Kristen dan Islam. Medan, h.333.
Ibid.
Ibid., h.333 – 334.

Friday, May 4, 2012

HADIS SAHIH - SYARATNYA


Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan. 

Syarat hadith sahih 

a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat. 

b. Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut ; 

- Muslim. 
- Baligh. 
- Berakal. 
- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil. 
- Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan. 

c. Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila – bila masa. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit. 

Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa. 

Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya. 

d. Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan. 

e. Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq. 

1. Hadith Sahih Li Zaatihi: 
Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit. 

Dari sudut istilah: 

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.


2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi

apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk: 


Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih. 

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.


Hadith Sahih

Hukumnya: 

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya. 

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah. 

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis. 

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu. 

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan). 

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda. 

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan: 

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi). 

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari. 

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim. 

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain). 

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih. 

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih. 
7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

PENJELASAN HADIS HUKUM HARAM ARAK


PENJELASAN HADIS HUKUM HARAM ARAK


قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له
"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها – orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya
Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi


Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-KAMRU (الخمر) yang bererti menutupi.


Dari segi istilah pula: Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dan lain.


SEJARAH PENGHARAMAN ARAK (ada 3 peringkat)




Peringkat pertama (Penjelasan baik dan buruk arak)




Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :


“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,"


[#] segala minuman yang memabukkan.


Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum. Penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih banyak daripada kebaikan


Contoh: Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya, manusia yg meminum arak akan mabuk (hilang ingatan) kurang pertimbangan akal, apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cotoh seorang suami yang baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yang buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya, memukul, dan melakukan perkara yang di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras. Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yang pertama ini.


Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yang meminumnya.


Peringkat ke dua (Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)


Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43:


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun”.


[#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersolat bagi orang junub yang belum mandi.
[#] Pada peringkat kedua ini Allah mula mengharamkan arak diminum ketika hampir masuk waktu solat, kerana dikhuatiri solat yang didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yang lain, melakukan penambahan/pengurangan rakaat dan sebagainya. Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh diminum.


Peringkat ke 3 (pengharaman secara mutlak)


Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 90-91


“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.


“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)”.


[#]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.
[#] Setelah turun ayat yang ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .
10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak yang terdapat di dalam hadis di atas


Pemerah arak: iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya (upah/gaji yg diterima) adalah haram begitu juga perbuatannya.
Meminta diperahkan arak untuknya: Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran. Maka haramlah pekerjaannya itu.
Peminum arak: Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
Pembawa arak: Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan/hotel dan sebagainya, ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yang lain. Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yang membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Maka perbuatan itu adalah haram
Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yang memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya contoh: seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
Penjual arak: Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya, perbuatan itu juga haram.
Orang yang mendapat hasil drp arak: Suatu skop yang lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak adalah haram contoh: Pengawal Keselamatan yang mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji daripada pengurus kilang tersebut. Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
Orang yang membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
Orang yang meminta dibelikan arak untuknya: Bermaksud seseorang yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang tertentu. Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya, maka perbuatan muslim itu adalah haram.

PERJUANGAN DAJJAL AL-MASIH


Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?. Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud disebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.
Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajjal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah
dunia melalui Great Britain.
 Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat
Ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu
Dajjal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem (Israel)
Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.
Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh Dr. Mahathir adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat.
Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajjal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000? George W. Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ketika inilah, Amerika  Syarikat dilihat oleh dunia sebagai 'budak suruhan' pada Israel.
Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu. Mengikut formula kiraan yang sama, "sehari seperti seminggu" patut menjadi 83 tahun bahagi 4, yang hampir bersamaan dengan 21 tahun. Ini akan membawa kita di antara tahun 2020-2023 (jika mengikut tahun masihi atau hijrah). Pada tahun ini, kumpulan Illuminati sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pemerintahan dunia terletak pada negara Israel.

"Selamat datang ke tahap-tahap akhir rancangan Dajjal"!

Kenyataan oleh Presiden George Bush (bapa George W. Bush) pada 11th September 1990 :
"..Apa yang lebih penting ialah lebih dari satu negara kecil. Ia merupakan sebuah idea besar. Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)."
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam masa yang singkat. Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.

2001
World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang
umat Islam. Osama bin Laden talibarut pada 'tentera Dajjal' ini

2002
Tentera Bersekutu Menyerang Afghanistan
Osama tahu bahawa seluruh dunia tahu dia berada di Afghanistan, tetapi dengan
sengaja dia 'mengaku' bertanggungjawap terhadap serangan WTC.

2003
Pencerobohan ke atas Iraq
Serangan dilakukan atas alasan mencari senjata pemusnah milik Iraq.
Walhal yang berlaku di Iraq ; tembakan rambang, pencabulan, penyeksaan tahanan dll

2006
Serangan Israel ke atas Lubnan
Perang meletus di antara Israel-Hezbollah (Syiah), namun serangan banyak
disasarkan pada orang awam. Buktinya, 'bom berangkai' digunakan oleh Israel dalam serangan ini. Pemerhati mendapati, ketika serangan, ramai tentera Hezbollah telah mendapatkan perlindungan di kawasan sekitar bukit sedangkan orang awam dibom.

2009
 Serangan hebat ke atas Gaza, Palestin
Seperti biasa, banyak negara Islam membentangkan usul di parlimen untuk
mengutuk Israel, termasuk Malaysia. Iran (Syiah) pula hanya lantang bersuara.

Selepas 9/11, Amerika Syarikat telah menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat dan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order! 

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya sama seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mengikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah (dajjal).

Monday, April 16, 2012

GOLONGAN ANTI HADIS - KISAH DAN SEJARAH

Golongan Anti Hadis

Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Sumber pengambilan hukum yang terlah disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu:
1 . Al-Quran
2 . Al-Sunnah atau Hadis
3 . Ijmak
4 . Qiyas.

Sejarah Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang ahli fikah.

Perkara yang terjadi kepada Umayah bin Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja apa yang Nabi s.a.w. lakukan."

Ayub al-Sakhtiyani berkata: "Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia berkata: "Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan."

*********
Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan.

Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai sumber kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan Khawarij – masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di dalam golongan anti hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat berkenaan bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari pendapat peribadi beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti orang-orang Muktazilah mengkafirkan beliau.

**********
Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i
Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:

Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?"
Imam Syafi’I: "Ada."
Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"
Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?"
Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"
Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?’
Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya."
Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?"
Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."
Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti."
Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."

**********
Golongan Anti Hadis Abad Modern
Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah.

Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balik pandangan berkenaan.

Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah.

------------------------
Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.

Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.

3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.

Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.

Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.

ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.

iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.

Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.


Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.

Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.

(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)


Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada’ dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL
1985

TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )

Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.