Topik


Showing posts with label Mahdi. Show all posts
Showing posts with label Mahdi. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

BUKU KEDATANGAN IMAM MAHDI - PALSU ATAU FAKTA?

Berdasarkan buku “Oktober 2015 Imam Mahdi akan datang” buku paling kontroversi  ini mengambil sumber utama dari Al-Quran, kitab terdahulu, cerita sejarah, dan perhitungan matematik. Namun jangan mudah mempercayai sesuatu teori yang pastinya belum tentu ada kebenarannya.
Antara intisari buku ramalan kontroversi tersebut ialah :
2008 = Israel akan memperluas daerahnya. Terjadi pengusiran besar-besaran rakyat Palestin oleh kaum Yahudi tersebut. Mereka akan menentukan sempadan akhir negara Israel dan membangun penempatan besar di Palestin bagi kaum Yahudi.
2010 = Atas kebijaksanaan presiden baru Amerika, beliau akan menarik pasukannya yang berada di Iraq kerana Amerika akan mencuba untuk menakluk negara-negara lain seperti Sudan, Mesir dan Syria.
21 March – 9 Mei 2014 = Terjadi perubahan cuaca yang amat radikal akibat asteroid yang mendekat (atau mungkin menghentam) Bumi. Terjadi hujan yang sangat lebat selama 50 hari tersebut, menyebabkan rosaknya hampir seluruh  pertanian di Bumi. Bencana tersebut adalah bencana terbesar yang pernah terjadi semenjak Adam as turun ke Bumi.
Bulan-bulan awal 2015 = Amerika Syarikat menguasai Sudan, lalu memasuki Mesir namun gagal menaklukinya
April 2015 = Munculnya Sufyani sebagai pemimpin kejam di Damaskus, Syria.

23 Ramadhan tahun itu = Seruan yang datang dari langit yang menandakan Imam Mahdi akan datang dan menyuruh manusia untuk mengikuti Imam Mahdi. Seruan itu muncul ke seluruh tempat di dunia dalam bahasa masing-masing dan dapat dimengerti oleh seluruh manusia.
Oktober 2015 = Asteroid kecil yang menghentam Missisipi di Amerika Syarikat, menyebabkan kekacauan besar di negara Freemason itu
23 Oktober 2015 = Imam Mahdi muncul di Mekkah.
24 Oktober 2015 = Imam Mahdi dibai’at di Ka’bah.

Kemudian = Pasukan Sufyani bergerak menuju Kuffah dan menimbulkan kekacauan besar disana, namun kemudian dapat ditumpas. Sedangkan itu pasukan yang lain bergerak menuju Madinah dan menghancurkan kota tersebut termasuk Masjid Nabawi. Pasukan tersebut ingin membunuh Imam Mahdi di Mekah, namun ditumpas oleh para malaikat


Kemudian = Pasukan Imam Mahdi bergerak menuju ke Kuffah dan mendirikan pusat pemerintahan disana


Februari 2016 = Asteroid kedua yang menghentam pantai barat Amerika, Amerika kemudiannya semakin musnah


11 September 2018 = Nabi Isa as datang dari langit untuk membantu Imam Mahdi dalam misi Islam


1 Februari 2019 = Amerika Syarikat hancur

Februari 2019 = Israel menghancurkan Masjid al-Aqsa

2019 – 2021 = Kaum Yahudi dari seluruh dunia berpusu-pusu ke Israel. Ketika ini terjadi 'exodus' besar-besaran


7 Ogos 2022 = Imam Mahdi merebut Jerusalem, Israel pun hancur. Tanggal ini berlalu dengan Tish B’Av, Hari besar dalam Yahudi yang merupakan hari kehancuran I Haikal Solomon oleh Raja Nebuchadnezzar dan kehancuran II Haikal Sulaiman oleh Raja Titus
 
Buku ini banyak merujuk kepada fakta 'dari' Syiah,  kemungkinan bahawa penulis buku ini juga adalah dikalangan pengikut Syiah. Ingin diingatkan, artikel ini ditulis bagi membolehkan para pembaca membuat penilaian sendiri berhubung kemunculan Imam Mahdi.

Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Ingatlah, hanya satu mazhab Islam yang benar yakni Sunnah wal jamaah.

p/s: jangan mudah mempercayai sesuatu teori, kerana ia belum dibuktikan benar.

Sunday, July 3, 2011

Imam Al-Mahdi

Berikut cuma sekadar hipotesis penulis hasil pengamatan semasa, penelitian dan pembacaan

 
1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman

2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21

3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia

4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:

  •  Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW
  •  Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali
  •  Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden
  •  Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman yang Terpimpin” dibawah   Imam  al-Mahdi
  •  Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS yg membawa kelangsungan dakwah agama Islam
5. Secara berperingkat:
  • Sebelum kiamat berlaku, akan terjadi fenomena2 alam yang dahsyat seperti tiupan sangkakala, matahari terbit dari barat,muncul Ya’juj & Ma’juj
  • Sebelum terjadinya fenomena2 awal kiamat tersebut, turunnya Nabi Isa AS memakmurkan bumi dengan agama Islam
  • Sebelum turunnya Nabi Isa AS, munculnya Dajjal
  • Sebelum munculnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi memimpin umat Islam
  • Sebelum munculnya Imam Mahdi, keluarnya Pembawa Panji-Panji Hitam (Bani Tamim) dari Timur
  • Sebelum munculnya Pemuda Bani Tamim, berlaku suatu peperangan awal yang membawa kepada penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam

6. Sekadar hipotesis:
  • 1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman
  • 40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471 Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS
  • 30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441 Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi
  • 10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431 Hijrah (2010 M) adalah era Israel
  • 100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331 Hijrah adalah era Amerika Syarikat
  • 1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331 Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United Kingdom di zaman pra-moden)
7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10), Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian, Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh 10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.

8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.

9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”

10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.

11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan:
  • 1. Korea Utara, 2.Lubnan(Hezbollah), 3.Syria, 4.Mesir, 5.Iran.
  •  Kenapa Korea Utara? Kerana Korea Utara terletak paling Timur dan mempunyai potensi besar menyemarakkan api (huru-hara) dari Timur. Tambahan, KU terletak berhampiran dengan China dan Rusia dan dekat juga dengan Nusantara. Menguasai KU, bermakna AS/Israel dapat mengawal China dan Rusia dengan lebih dekat lagi sekaligus mengukuhkan penguasaan terhadap Asia Timur termasuk Asia Tenggara. Walaupun telah menempatkan tenteranya di Korea Selatan dan Jepun, penjajahan ke atas KU membolehkan AS/Israel berkuasa mutlak di negara tersebut berbanding ke atas Korea Selatan dan Jepun serta negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina.
  • Penguasaan terhadap Korea Utara seperti yang berlaku terhadap Iraq dan Afghanistan, membolehkan AS/Israel mengepung kebangkitan dunia Islam. Israel dan Iraq di Asia Barat, Afghanistan di Asia Tengah dan Selatan dan Korea Utara di Asia Timur.
  • Perang keatas Lubnan/Syria/Mesir adalah atas Misi Israel Raya iaitu menguasai jajahan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates
  • Perang keatas Iran, zahirnya mungkin tapi tersiratnya mustahil
  • Dari peperangan yang berlaku, tidak mustahil menjadi penyebab kepada tercetusnya kezaliman yang lebih parah keatas umat Islam secara tidak langsung 
12. Dajjal dan umat Islam:
  • Ulama itu pewaris nabi. Siapa mereka? Mereka adalah ulama yang mencapai makam dan darjat TAKUTKAN ALLAH. Mereka adalah para wali Allah. Semua wali adalah ulama tapi bukan semuanya ulama adalah wali Allah. Merekalah yang membimbing umat Islam di akhir zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
  • Illuminati dan Dajjal adalah underground Yahudi, sungguhnya gerakan tarekat muktabarah dan para Wali Allah adalah penggerak underground untuk umat Islam
  • Fitnah-fitnah Dajjal menyerang umat Islam dari semua penjuru termasuk menggunakan umat Islam sendiri sebagai agen dan berusaha menghalang kebangkitan Islam yang akan dimulai oleh Pembawa Panji Hitam kemudian Imam al-Mahdi. Sungguhnya para Wali Allah lagi arif mengatasi serangan Dajjal dalam memastikan kalimah taqwa sampai dihati setiap umat Islam
  • Kebijakan dan geniusnya Dajjal berdasarkan akal, sungguhnya kearifan para wali Allah berbekalkan mata hati yang dilimpahi nur Ilahi
  • Secara zahirnya diakhir zaman, kebijakan Dajjal dan pengikutnya dizahirkan dalam pakaian “Canggih, Moden, Hebat, Gah”, sungguhnya kearifan para wali Allah dan insan-insan beriman yang akan memerangi Dajjal kelak zahir dalam bentuk “Zuhud, Sederhana, Faqir”
  • Dajjal bijak menyembunyikan diri sehingga masa yang ditetapkan sampai dan Dajjal berusaha menghapuskan Ahlul Bait yang berpotensi menjadi Imam Mahdi, sungguhnya Imam Mahdi akan lahir dalam nasab ahlul bait yang tersembunyi (The Hidden Golden Chain) dan sehingga menunggu ditaklifkan dalam satu malam oleh Allah, Imam al-Mahdi akan membesar terpelihara kerana berada dalam penjagaan Allah melalui para WaliNya
  • Kebangkitan Islam akhir zaman pasti datang daripada bangsa A’jam dari Timur. Dari bangsa inilah lahirnya Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi.
  • Terdapat pelbagai riwayat bertulis seperti melalui hadis tentang Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi. Terdapat juga riwayat yang datang bersumber daripada pandangan para ulama
Penulis berpendapat,
  • Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi adalah dua pemuda yang datang daripada nasab Rasulullah SAW melalui Saidina Hassan dan S.Hussin iaitu Ahlul Bait yang tersembunyi keturunan dan susur galurnya. Moyang mereka adalah daripada para syarif/ahlul bait yang datang daripada Haramain berhijrah ke Timur iaitu Nusantara untuk menyebar dakwah Islam
  • Kedua-duanya adalah ahlul bait yang masih berdarah Quraisy cuma telah berubah sifat luarannya menjadi A’jam
  • Kedua-duanya dilahirkan kemudian membesar tetapi dalam penjagaan Allah melalui para waliNya
  • Bahkan, diri mereka sendiri tidak mengetahui dan mengenali diri mereka sehingga ke suatu masa yang ditetapkan
  • Maka, mereka tidak sesekali mengisytiharkan diri mereka sendiri tetapi orang ramai lah yang akan membaiah mereka sebagai pemimpin umat Islam
  • Kedua-duanya hidup dalam kesusahan dan fitnah dunia tetapi dijanjikan Allah dengan kehidupan akhirat yang bahagia
  • Pembawa Panji Hitam adalah pembantu Imam al-Mahdi seperti mana Nabi Harun terhadap Nabi Musa, seperti Abu bakar terhadap Rasulullah SAW dan sepertimana Saidina Hussin dan Saidina Hassan
  • Mereka akan membangkitkan Islam untuk tempoh masa yang menyamai masa zaman khulafa Rasyidin iaitu selama 30 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS
  • Pembawa Panji Hitam akan muncul terlebih dahulu sebelum munculnya Imam al-Mahdi 
13. Apa yang telah disampaikan, sekadar pandangan penulis. Akhir kalam, sama-samalah kita kuatkan fizikal dan kerohanian khususnya para pemuda-pemudi Islam. Kuatkan “Islam,Iman,Ihsan” dihati sanubari bagi mendapatkan taqwa kpd Allah. Dapatkan Mursyid yang arif untuk membimbing diri.

14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman

15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi

16. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Wallah a’lam