Topik


Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Saturday, December 21, 2019

KEJADIAN MANUSIA - Al-Quran & Injil

Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir. Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelum al-Qur’an. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Qur’an dan dibandingkan dengan kandungan Pentateuch.

Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Qur’an, seterusnya bakal merungkai bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah “diciptakan” itu.
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN

Pendahuluan

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.....
Surah al-Baqarah (2): 30
Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri.

Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah:

“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55

Merujuk kepada ayat-ayat di atas ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah selepas mati. Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau hari perhitungan.

Manakala Dr. Maurice Bucaille di dalam bukunya iaitu What Is The Origin Of Man?, mengatakan bahawa perkataan khalaqa yang biasanya diberi pengertian sebagai menjadikan atau “ to create” adalah kurang besesuaian. Beliau menafsirkan perkataan yang paling sesuai ialah “ to give porpotion to the a thing, atau “to make it of a certain propotion or quantity” atau to bring into existence a thing which did not formerly exist . Beliau juga menekankan bahawa perkataan di atas adalah hampir kepada perkataan asal yang digunakan di dalam Bahasa Arab .

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ). Di antara firman Allah itu ialah :

“ ...maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,....”
Surah al-Hajj (22): 5

Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( سلالة من طين )

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Firman Allah:

“ Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-Mu’minun (23): 12

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طين لازب )

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:
“…Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”
Surah As-Shaffat (37): 11
Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)

Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”
Surah al-Hijr (15): 26

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسنون diertikan juga sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاالفخار yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar”
Surah Ar-Rahman (55): 14
Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (الحمد لله ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Sebagaimana pepatah Melayu:
“ Belum duduk sudah nak melunjur”.

Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud:
“Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya’(21): 37

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.


KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT PENTATEUCH(TORAH)M


Pendahuluan

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas. Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 – 2. Jika dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan cipataan Tuhan yang pertama.

Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari. Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta sebagai makhluk di angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 1:26):

“ The God said, “Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth”

Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

Kejadian manusia dari aspek fizikal

Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis ( 2:7 ):
“ then the LORD God formed man from the dust of the ground...”

Dengan jelas pada pandangan penulis fakta kejadian manusia daripada tanah ini harus dipegang oleh penganut Kristian. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berkenaan fakta tanah ini.

Di dalam Evolution and Theology terdapat ahli agama yang menafsirkan penciptaan manusia daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk metafora semata-mata dan bukan dalam bentuk tanah yang sebenar. Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan Adam.

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan wujud proses-proses pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang manusia. Tetapi pada hakikatnya mereka tidak dapat menghuraikan pandangan tersebut dan bagaimanakah proses-proses pembentukan itu berlaku. Pada pandangan mereka, dalam hal ini seharusnya kepatuhan untuk menerima sebarang huraian daripada Kitab Suci iaitu Bibile harus diutamakan .

Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan tanah atau dust sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya sebagaimana huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A. Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir . Selain itu ia juga telah rujuk kepada unsur atom . Pada pandangan penulis huraian ini adalah mengambil kira aspek atom di mana dari segi fizikalnya terdiri daripada unsur-unsur yang kecil sepertimana unsur yang terdapat di dalam debu tanah.

Dengan melihat kepada huraian dan sumber yang terhad dan masa yang terbatas penulis dapati bahawa tidak terdapat huraian yang kukuh atau tepat tentang penciptaan manusia pertama iaitu Adam, begitu juga mengenai proses-proses pembentukannya. Ini dikuatkan lagi dengan hujah yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old Testament mahupun New Testament. Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia sepertimana penciptaan Adam .


Kejadian manusia dari aspek spiritual 

Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja yang menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis. Bahagian pertama ayat tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada pembentukan manusia secara fizikal. Manakala sebahagian yang lain telah menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang diungkap di dalam Genesis ( 2: 7 ):

“...and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being.”

Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua komponen utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril mewakili badan atau body dan breath of life mewakil roh atau spirit. Penjelasan ini amat ketara sebagaimana huraian yang terdapat di dalam The Nature and Destiny of Man .

Dengan meneliti ayat di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti sama ada ayat tersebut merupakan huraian kepada proses terakhir penciptaan manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza sebagaimana huraian yang dijelaskan dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh ke dalam jasad Adam. Di sini penulis membuat kesimpulan dengan berdasarkan huraian dalam Islam sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat terakhir kejadian penciptaan Adam.

Di dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic . Di dalam The Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi sehingga dapat mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of life) ke dalam jasad Adam melalui lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai jasad sepertimana manusia.

Berkenaan dengan jangkamasa penciptaan manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan bahawa proses ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu hari. Ini dapat dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam sebelum Tuhan beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran memaparkan bahawa proses penciptaan manusia mengambil masa yang panjang.

Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia pertama

Dalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat hanya satu persamaaan di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan manusia. Kedua-duanya menyatakan penciptaan manusia adalah daripada tanah. Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran unsur tanah ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang dihuraikan sebelum ini manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke tanah selepas mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud tetap pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada dasarnya tanah mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang wujud seperti api dan sebagainya .

Di dalam Evolution and Theologi, St. Augustine menerangkan bahawa perbincangan penciptaan manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang membicarakan persoalan manusia dengan Tuhannya .

Manakala dari segi perbezaan, penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara. Di antaranya berkenaan proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran proses penciptaan manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan mempunyai peringkat-peringkat tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah difahami dan diyakini.

Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan penggunaan satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan penulis ia sukar difahami dengan jelas bukan sahaja kepada penganut agama lain malah penganut agama Kristian sendiri termasuk ahli-ahli Theologi mereka. Selain itu ia juga akan mengundang salah interpretasi terutama dalam persoalan unsur tanah.

Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa kejadian manusia. Walaupun penulis masih belum dapat memastikan tempoh masa sebenar penciptaan manusia di dalam al-Quran disebabkan masa yang terhad, tetapi yang pasti tempohnya mengambil masa yang panjang iaitu 40 tahun sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Ini adalah berdasarkan huraian di peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad Adam sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas dengan merujuk kepada kalimah “الدهر ” yang membawa maksud waktu daripada masa. Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan penciptaan manusia ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu pada hari keenam. Ini dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ).

Penulis melihat bahawa adalah benar jika untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai penciptaan manusia di dalam Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat Kristian. Ini adalah kerana ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian seperti Konsep Triniti, Dosa Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam Islam walaupun ia bukan termasuk dalam perbincangan doktrin utama sekalipun, tetapi persoalan ini bersangkut paut dengan kepercayaan dan keimanan terhadap kekuasaan Allah yang berkuasa untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.

AL-QURAN: KEASLIAN KALAM TUHAN

Pendahuluan

Al-Quran telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur sekitar dua puluh tahun, dan ia masih lagi belum sempurna sebagai satu kitab. Sebagaimana yang diketahui bahawa al-Quran atau wahyu diturunkan melalui pelbagai cara kepada Nabi Muhammad dan juga kepada Nabi-nabi terdahulu . Di antaranya perantaraan malaikat Jibril , mimpi yang benar dan ilham. Dalam proses penurunan ini Allah S.W.T memelihara dan menjamin supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau sesuatu unsur yang dapat mengggugat keaslian dan kemurnian kalamNya selama-lamanhya. Sebagaimana fimanNya yang bermasksud:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya" Surah Al-Hijr(15):9

Dari perspektif al-Quran amat jelas bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan terhadap wahyu atau al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul. Ini adalah kerana ia dipelihara oleh Allah S.WT. Dalam huraian yang seterusnya penulis akan cuba melihat secara ringkas dari aspek peralihan ayat-ayat al-Quran melalui cara penghafalan, pengumpulan dan seterusnya proses pembukuan al-Quran. Di mana semua ini akan dapat membuktikan bahawa kalam Tuhan yang diturunkan ini tetap asli dan terpelihara kemurniannya.

Proses Penghafalan dan Peralihan secara lisan

Peralihan ayat-ayat al-Quran secara lisan adalah berasaskan konsep hifz atau penghafalan. Pada peringkat ini Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang pertama menghafal ayat-ayat al-Quran atau wahyu yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan Maikat Jibril. Penulis merujuk penjelasan ini sebagai mana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam beberapa ayt-ayat al-Quran .

Pada peringkat seterusnya Nabi Muhammad S.A.W menerangkan tentang penurunan wahyu dan mengarahkan para sahabat untuk menghafalnya. Pelbagai langkah dan usaha telah di ambil oleh Rasulullah S.A.W untuk memastikan setiap ayat yang dihafal oleh para sahabat terus terpelihara. Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Uthman bin 'Affan yang bermaksud:

"Uthman bin 'Affan meriwayatkan bahawa, Rasulullah S.A.W telah bersabda: Orang yang paling tinggi kedudukannya di antara kamu(Muslim) adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajkarnya" 

Di samping itu para sahabat juga menggunakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat bacaan di dalam sembahyang. Pada peringkat ini para sahabat mendengar dengan tekun ayat yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W berulang kali dan kemudian mereka menghafalnya. Untuk memastikan mereka tidak lupa, ia digunakan sebagai ayat bacaan di dalam sembahyang seharin. Selain membacanya di dalam sembahyang Rasulullah S.A.W juga mendengar secara terus ayat-ayat yang telah dihafal oleh para sahabat . Ini adalah untuk memastuikan ia tidak silap dan peralihan daripadaNya melaui hafalan akan terus terpelihara.

Pada hakaikatnya lebih daripada dua puluh orang daripada kalangan mereka yang terkenal di dalam Islam yang telah menghafal ayat-ayat al-Quran . Di anatara mereka ialah Abu Bakr, 'Umar , 'Uthman, 'Ali, Ibn Mas'ud, Abu Huraira, 'Abdullah bin 'Abbas, 'Abdullah bin 'Amr bin al'As, 'Aisha, Hafsa Umm Salam dan lain lagi.

Pada peringkat ini penulis membuat kesimpulan awal bahawa proses penghafalan yang dilakukan pada zaman awal penurunan al-Quran menunjukkan kepada kita bahawa ianya amat terpelihara daripada sebarang unsur penyelewengan atau perubahan. Ini adalah kerana proses ini telah diteliti oleh Rasulullah satu persatu serta menyemak dari bacaan penghafal sendiri. Tradisi ini telah berlarutan di kalangan sahabat selepas kamatian Rasulullah, dan selepas itu di kalangan tabi'un dan ke semua generasi Muslim hingalah ke hari ini.

Proses Peralihan dalam bentuk Penulisan dan Dokumentasi

Suyuti di dalam Itqan telah menyatakan bahawa proses penulisan al-Quran telah dilakukan pada zaman Rasulullah lagi tetapi proses pembukuan atau dokumentasi masih belum berjalan dengan baik . Manakala proses seterusnya berlaku dengan sempurna ketika zaman Abu Bakr dan 'Uthman.

Secara umum maksud pengumpulan al-Quran ini ialah (i) Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran secara lisan daripada penghafal al-Quran. (ii) Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk penulisan di atas kertas mahupun buku.

Proses yang terakhir dilihat dalam sejarah pembukuan al-Quran adalah pada zaman 'Uthman yang diketahui umum sebagai Mashaf 'Uthmani. Walaupun pada permulaannya terdapat sedikit perbezaan dari segi pembacaan terutama mashaf yang terdapat di zaman Abu Bakr. Selepas perbincangan dengan para sahabat mereka bersetuju untuk menyemek kembali Mashaf Abu Bakr yang disimpan oleh Hafsa sebagaimana yang diriwayatkan Anas bin Malik di dalam Hadith . Maka selepas itu 'Uthman meminta para sahabat seperti Zaid bin Thabit untuk menulis semula ayar-ayat ini dalam keadaan yang sempurna dan dikenali sebagai Mashaf 'Uthmani.

Oleh yang demikian adalah amat jelas proses yang dipaparkan di atas menunjukkan bahawa bagaimana ayat-ayat al-Quran it terus dipelihara dan dijaga daripada sebarang perubahan dan penyelewengan bermula daripada penurunannya sehingalah dibukukan sebagaimana yang digunakan olek seluruh umat islam di dunia. Pada hakikatnya keasl;ian dan kesahihan ayat-ayat al-Quran sebagai kalam Allah yang asal tidak dapat dipertikikan lagi.

Keagungan dan keaslian kalam Allah ini bukan sahaja diakui oleh seluruh umat Islam tetapi terdapat juga tokoh-tokoh Kristian yang mengakuinya, Sebagai contoh sebagaiman di dalam buku Keagungan Dunia Terhadap Islam, seorang tokoh Kristian iaitu Paul Cassanova mengatakan:
"bilamana saja Muhammad diminta sesuatu mukjizat sebagai bukti kebenaran ajarannya, dia mengutip ayat-ayat al-Quran dengan keistimewaan sasteranya yang tiada tandingan, sebagi bukti al-Quran itu datang dari Ilahi .

PENTATEUCH(TORAH) BUKAN KALAM TUHAN

Perspektif al-Quran

Pada bahagia ini penulis akan cuba mengemukakan hujah-hujah yang mengatakan bahawa Pentateuch atau Torah adalah bukan kalam Allah yang asal sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Musa.Ini adalah keran telah berlaku banyak penyelewengan terhadap sumber asal tesebut. Penulis hanya akan merujuk kepada sumber utama iaitu al-Quran untuk menghuraikan persoalan tersebut.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya(ada) petunjuk dan cahaya(yang meneranngi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya” 
Surah al-Maidah (5): 44 

Merujuk kepada ayat di atas al-Quran telah menerangkan bahawa Taurat ialah kitab yang diturunkan(diwahyukan) Tuhan kepada Nabi Musa. Pada dasarnya kitab ini mengandungi petunjuk, penerangan, hukum-hukum, peringatan dan juga nasihat bukan hanya untuk Nabi Musa tetapi untuk seluruh bangsa Yahudi.

Manakala dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Kami telah memberi petunjuk kepada Musa dan Kami wariskan kepada Bani Israil kitab petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran" Surah al-Ghafir(40):53-54.

Dengan merujuk kepada ayat di atas maka dengan jelas menunjukkan bahawa pada hakikatnya Taurat itu telah sempurna diwahyukan kepada Nabi Musa ebagai kalam Allah dan telah diwariskan serta diajarkan kepada seluruh Bani Israil pada ketika Beliau masih hidup di dunia.

Tetapi dalam firman Allah yang seterusnya, telah dinyatakan pula sikap Bani Israil yang telah dan berpaling daripada ajaran yang di bawa oleh Nabi Musa sehingakan mereka mengubah perkataan yang terdapat di dalam Taurat seterusnya melupakan sebahagian peringatan Allah kepada mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

" Maka dengan sebab mereka( Bani Israil) membatalkan janjinya, Kami laknat mereka dan Kami jadikan hatinya keras; mereka mengubah-ubah perkataan dari tempatnya dan mereka melupakan sebahagian dari apa yang telah diperingatkan kepada mereka dan engkau sentiasa melihat pengkhianatan mereka kecuali sedikit di antaranya" al-Maidah (5): 13

Terdapat juga beberapa ayat lain yang menerangkan bahawa Bani Israil ini telah melakukan banyak perubahan di dalam Kitab Taurat asal sebagaimana yang telah diturunkan kepada Nabi Musa. Di anataranya di dalam Surah al-Baqarah(2): 75, Surah an-Nisa'(4): 46 dan Surah al-Maidah(5): 41.

Selain daripada mengubah ayat-ayat yang terdapat di dalam Taurat, Bani Israil juga telah mengarang kitab dengan tangan mereka dan seterusnya mengatakan bahawa kitab itu adalah diutuskan oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

" Maka celakalah bagi mereka yang menulis kitab dengan tangannya kemudian katanya: "Ini dari sisi Allah". Supaya dengan demikian mereka dapat menukarnya dengan harga yang sedikit. Maka celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang telah ditulis tangannya dan celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang diusahakannya" Surah al-Baqarah(2): 79.

Penulis juga dapat menegaskan lagi bahawa Taurat kini adalah bukan kalam Allah sebagaimana yang asal. Ini adalah kerana Bani Israil juga bukan sekadar mengubah dan mengarang tetapi telah menyembunyikan sebahagian ayat-ayat di dalam Taurat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
" Hai ahli kitab! Sesungguhya telah datang kepadamu Rasul Kami menerangkan kepada kamu banyak di antara kitab yang telah kamui sembunyikan dan banyak yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah penerangan dan kitab yang terang"
Surah al-Maidah(5): 15.

Di dapati juga sebahagian cerdik pandai Yahudi melakukan pembohongan atau cuba memutarbelitkan lidah mereka ketika membaca Taurat supaya orang akan menganggap apa yang dibaca itu adalah dari kalam Tuhan. Tetapi pada hakikatnya mereka membaca atau mengemukakan pandangan mereka sendiri. Allah telah menerangkan hal ini di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya dengan kitab supaya kamu kira dia darikitab sedang dia bukan dari kitab; dan kata mereka dia dari sisi Allah sedang dia bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta atas Allah sedang mereka mengetahui". Surah al-'Imran(3):78)

Pada bahagian ini penulis ingin membuat kesimpulan awal bahawa dengan merujuk kepada sumber utama iaitu al-Quran di dapati terdapat penerangan yang jelas bahawa Kitab Taurat yang dipegang oleh Bangsa Yahudi kini adalah bukan kalam Allah dan hal ini bukan perkara baru tetapi telah berlaku pada zaman Nabi Musa lagi. Ianya bermula dengan pengingkaran terhadap ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka seterusnya berlaku beberapa penyelewengan lain seperti melakukan perubahan pada Taurat, mengarang kitab dengan tangan mereka sendiri, menyembunyikan sebahagian ayat-ayat Taurat, memutarbelitkan ketika membaca Taurat, menyamakan kebenaran dengan kabatilan dan mereka juga telah menyembunyikan kebenaran mengenai kenabian Nabi Muhammad S.A.W .

Oleh yang demikian kitab yang terdapat pada orang-orang yahudi mahupun Kristain kini yang dianggap sebagai kitab suci tidak dapat diyakini lagi keaslian dan kesuciannya sebagai kala m yang berasal dari Allah.

Perspektif Sarjana Kristian

Di dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama Kristen dan Islam, H.M. Arsyad Talib Lubis telah mengemukakan bahawa terdapat pengakuan dari pihak Sarjana Kristian yang mengatakan bahawa Taurat yang ada kini bukan Taurat yang asli sebagaimana yang mereka dakwa. Beliau telah merujuk kepada huraian dua tokoh Kristian iaitu Dr. Mr. D.C.Mulder dan Dr.H.Rosin.

Beliau menulis, Dr. Mr. D.C.Mulder mengatakan bahawa sebelum abad ke 19 ahli-ahli fikir masih belum mampu berfikir kritis terhadap Alkitab dan tentang tradisi-tradisi mengenai terjadinya Alkitab itu. Tetapi dengan tersebarnya konsep rasionalism pada abad ke 19 mereka telah mula berubah dan mula menyelidiki tradisi-tradisi Alkitab secara kritis. Maka dengan kajian yang telah dijalankan akhirnya mereka mendapati bukti-bukti yang lengkap yang tidak boleh diragui kebenarannya bahawa Alkitab tidak dikarang pada zaman Nabi Musa. Walhal ia dikarang pada zaman selepasnya. Walaubagaimanapun terdapat satu persoalan yang tidak dapat jiwab oleh pengkaji-pengkaji tersebut iaitu berkenaan dengan siapakah pengarang asal kitan tersebut. Sehingga kini persoalan itu masih belum terungkai . Walaubagaimanapun penulis tidak mendapat informasi yang lengkap adakah sehingga abad ini persoalan tersebut masih belum terjawab ataupun sebaliknya.

Manakala pandangan kedua iaitu daraipada Dr.H.Rosin, beliau mengatakan bahawa Taurat bukan dikarang oleh Nabi Musa. Pada hakikatnya ia dikarang adalah sebagai hasil perkembangan yang lama dan selesai sesudah masa pembuangan di Babel. Menurut beliau lagi orang Yahudi dibuang ke Babel pada tahun 606 sebelum Jesus. Maka antara Nabi Musa dengan pembuangan ke Babel lebih kurang 900 tahun kerana Nabi Musa hidup kira-kira 1500 tahun sebelum Jesus. Maka kejadian-kejadian yang telah berlaku sesudah zaman Nabi Musa amat mustahil ditulis ketika zaman atau ketika Nabi Musa masih hidup .

Perspektif kandungan: Keraguan di dalam Torah


Penulis kembali merujuk hujah yang dikemukakan oleh penulis buku yang sama iaitu H.M.Arsyad Thalib Lubis. Pada kali ini beliau melihat dengan lebih mendalam ke dalam salah satu kitab Taurat iaitu Deuteronomy (31: 24 – 26). Dalam huraian ini beliau merujuk kepada ungkapan “ sudah habis disuratkan Musa segala firman torat ini dalam sebuah kitab sampai tamatnya”. Beliau mengatakan bahawa perkataan yang sedemikian tidak mungkin dijumpai di dalam kitab yang ditulis oleh Nabi Musa. Ayat itu pada hakikatnya menunjukan seorang penulis lain yang ingin menegaskan proses penulisan Kitab Taurat itu telah dilakukan oleh Nabi Musa. Beliau menambah, dengan merujuk kepada ayat di atas didapati bilangan kitab Turat hanya satu berdasarkan perkataan “….sebuah kitab sampai tamatnya” dan bukan lima buah sebagaimana yang diketahui umum .

Maka di sini jelas bahawa terdapat hujah-hujah yang kukuh untuk mengatakan bahawa Kitab Taurat yang ada kini bukan kalam Tuhan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Musa pada peringkat awalnya. Penulis tidak menafikan bahawa terdapat banyak lagi hujah-hujah yang dapat membuktikan di mana Kitab Taurat ini bukan kalam Tuhan. Di sini penulis hanya mengemukan dari sumber-sumber yang ditemui dalam masa yang terhad.

Kesimpulan

Setelah dikaji dan diteliti, penulis melihat bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara mengenai isi kandungan al-Qur’an dan Pentateuch berhubung dengan isu penciptaan manusia pertama ini. Pelbagai andaian telah ditemui di dalam Pentateuch dan ia berbeza dengan kupasan al-Qur’an yang lebih detail dan teratur apabila berbicara mengenai sesuatu benda. Ini membuktikan kebenaran al- Qur’an itu sebagai kalam Allah yang asli dan Pentateuch itu telah pun dirubah dan diselewengkan.

Secara keseluruhannya, penulis melihat bahawa Adam adalah manusia pertama yang diciptakan Allah dan sememangnya terdapat makhluk lain yang mendiami alam ini sebelum Adam diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jelasnya proses kejadian manusia merupakan antara topik yang terkandung di dalam al-Qur’an dan juga Pentateuch, cuma ia berbeza mengenai beberapa kriteria yang telah pun diselewengkan. Penulis berharap dengan penjelasan yang ringkas ini akan memberi sedikit input kepada para pembaca sebagai jalan permulaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang persoalan penciptaan manusia ini.

-------------------
Rujukan:

Dr. Maurice Bucaille ialah seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah menghabiskan sebahagian besar masanya membuat kajian perbandingan kitab suci al-Quran, Injil dan Taurat sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden lain.

Maurice Bucaille (1982), What Is The Origin of Man? The Answers of Science and The Holy Scriptures. c. 8, Paris: Seghers, h.171.

Ibid.

al-Baqarah: 264, Ali ‘Imran, an-Nahl: 59, al-Kahfi: 37, al-Ghafir:67, al-Rum:20, al-Fathir:11 dan al-Ra’d.

“ Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu(punya) keturunan dan masyaharah dan adalah Tuhan maha kuasa”

Maurice Bucaille, “What Is The Origin of Man?:”, h.174.

Ibid.

Al-Qurtubiyy (t.t), Tafsir al-Qurtubiyy. j.1, Qāhirah: Dār al-Sya’b, h. 86.
Ibid., h.240.

Maurice Bucaille, “What Is The Origin of Man?:”, h.173.

Butrus al-Bustami (1983), Munkit al-Munhit. Beirut: Maktabah Lubnān, h. 515.
Abū Hasan al-Tibrisī , Majma’ al-Bayān fī Tafsir al-Qurān. , h.234.

Untuk maklumat lanjut lihat Muhammad al-Faqīy (1979), Qisās al-Ambiyā’ Ahdāthuha wa

΄Ibāruha. Maktabah Wahbah, h. 18.

Mahmūd Syalabiyy (1987), Hayāt Ādam. Beirut: Dār al-Jayl, h. 18.

Untuk maklumat lanjut lihat Genesis (1:1 – 25)

Ernest C. Messenger , Evolution and Theology. h. 108.

Ibid., h. 112.

Fredk A. Filby Creation Revealed. h. 118.

Ibid.

James M. Houstan (1980), I Believe in the Creator. Grand Rapids: Eermans Publishing Company, h. 73.

Kebanyakan masyarakay Kristian mempercayai bahawa manusia adalah dicipta dari dua aspek utama iaitu badan dan roh. Untuk maklumat lanjut lihat Reinhold Neibhnur (1941), The Nature and Destiny of Man. j. 1, New York: Charles Scribner’s Son, h. 13.

Anthropomorphic bermaksud memperlakukan Tuhan sebagai manusia sama ada dari segi rupa bentuk dan personaliti.

Lihat Hanry M. Morris, The Genesis Record. h. 85.

Ibn Kathir al-Bidayah wa al-Nihayah. j.1, h. 72.

Beliau adalah salah seorang ahli Theologi Kristian yang terkenal yang berusaha untuk mengungkap dan mengupas kembali doktrin-doktrin Agama Kristian yang dibawa oleh St. Paul terutama kepada kumpulan Gentile. Ini adalah kerana doktrin-doktri yang diajar oleh St.Paul sukar difahami terutama dalam persoalan konsep Triniti.

Ernest C. Messenger, Evolution and Theology. h. 170.

Sebagaimana yang di firmankan oleh Allah dalam Surah al-Insan (76: 1) yang bermaksud “Bukankah telah dating atas manusiasatu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?”

Lihat Surah An-Nisa'(4):163-165

Lihat Surah al-Baqarah(2):97

Lihat Surah As-Shaffat(37):102

Lihat Surah al-Qiyamah(75):16-19; Surah al-Bayyinah(98):2
Bukhari, VI, No.546.

Lihat Bukhari,VI, No.106.

Suyuti (1973), al-Itqan fi 'ulum al-quran.j. 2, Beirut: Maktab al-thaqafiyya, h. 124.

Ibid., h.41.

Lihat Bukhari, VI, No. 510.

M. Hashem, KeagunganDunia Terhadap Islam ,h.48.

Lihat Surah al-'Imran(3): 78.

Lihat Surah al-'Imran(3): 71.

Lihat Syrah al-Baqarah(2): 146.

H.M.Arsyad Thalib Lubis (1969), Perbandingan Agama Kristen dan Islam. Medan, h.333.
Ibid.
Ibid., h.333 – 334.

Friday, May 4, 2012

PERJUANGAN DAJJAL AL-MASIH


Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?. Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud disebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.
Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajjal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah
dunia melalui Great Britain.
 Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat
Ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu
Dajjal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem (Israel)
Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.
Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh Dr. Mahathir adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat.
Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajjal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000? George W. Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ketika inilah, Amerika  Syarikat dilihat oleh dunia sebagai 'budak suruhan' pada Israel.
Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu. Mengikut formula kiraan yang sama, "sehari seperti seminggu" patut menjadi 83 tahun bahagi 4, yang hampir bersamaan dengan 21 tahun. Ini akan membawa kita di antara tahun 2020-2023 (jika mengikut tahun masihi atau hijrah). Pada tahun ini, kumpulan Illuminati sepatutnya sudah bertindak dan memastikan kuasa pemerintahan dunia terletak pada negara Israel.

"Selamat datang ke tahap-tahap akhir rancangan Dajjal"!

Kenyataan oleh Presiden George Bush (bapa George W. Bush) pada 11th September 1990 :
"..Apa yang lebih penting ialah lebih dari satu negara kecil. Ia merupakan sebuah idea besar. Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)."
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam masa yang singkat. Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.

2001
World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang
umat Islam. Osama bin Laden talibarut pada 'tentera Dajjal' ini

2002
Tentera Bersekutu Menyerang Afghanistan
Osama tahu bahawa seluruh dunia tahu dia berada di Afghanistan, tetapi dengan
sengaja dia 'mengaku' bertanggungjawap terhadap serangan WTC.

2003
Pencerobohan ke atas Iraq
Serangan dilakukan atas alasan mencari senjata pemusnah milik Iraq.
Walhal yang berlaku di Iraq ; tembakan rambang, pencabulan, penyeksaan tahanan dll

2006
Serangan Israel ke atas Lubnan
Perang meletus di antara Israel-Hezbollah (Syiah), namun serangan banyak
disasarkan pada orang awam. Buktinya, 'bom berangkai' digunakan oleh Israel dalam serangan ini. Pemerhati mendapati, ketika serangan, ramai tentera Hezbollah telah mendapatkan perlindungan di kawasan sekitar bukit sedangkan orang awam dibom.

2009
 Serangan hebat ke atas Gaza, Palestin
Seperti biasa, banyak negara Islam membentangkan usul di parlimen untuk
mengutuk Israel, termasuk Malaysia. Iran (Syiah) pula hanya lantang bersuara.

Selepas 9/11, Amerika Syarikat telah menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat dan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order! 

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya sama seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mengikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah (dajjal).

Thursday, March 1, 2012

KALIMAH ALLAH SWT - Prof Madya Dr Khadijah Mohd Hambali

PERBEZAAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA ISLAM
DAN AGAMA KRISTIAN

PROF MADYA DR KHADIJAH MOHD HAMBALI
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA

1.         Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian

1.1       Penegasan penganut agama Kristian terhadap pemakaian istilah Allah sebagai kata ganti nama “God” dalam kitab-kitab terjemahan dan upacara-upacara keagamaan mereka hanya membuka kelemahan mereka kepada tatapan umum bahawa masyarakat Kristian tidak tahu nama sebenar Tuhan mereka.

1.2       Ajukanlah kepada sesiapa sahaja dalam kalangan penganut Kristian termasuk para paderi, nescaya pelbagai jawapan akan terpacul dari mulut mereka. Sebahagian daripada mereka akan merujuk kepada Jesus atau Yesus (Indonesia) sebagai Tuhan dan segelintirnya merujuk kepada Jeremiah, segolongan lagi merujuk kepada Allah. Terdapat juga penganut Kristian yang merujuk kepada Yahweh, Yehuwa, Yahova atau Jehovah. Ini kerana tidak terdapat satu pun istilah yang menepati dan merujuk kepada Tuhan dalam Bible penganut Kristian. Bible mereka yang terlalu kerap disunting tidak memaparkan nama Tuhan yang wajar disebut dalam ritual keagamaan Kristian.

1.3       Justeru, untuk mengelakkan kesukaran dan kekeliruan, penganut Kristian mengambil keputusan untuk meminjam nama Tuhan yang sering digunakan oleh masyarakat setempat. Sebagai contoh yang diperakui sendiri oleh para pemimpin Kristian Malaysia antaranya Joseph Masilamany yang mengemukakan pendapat bahawa─

“penggunaan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dalam kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak Negara dan bukan bertujuan menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam.”

1.4       Penyunting akhbar mingguan Katholik tempatan iaitu Paderi Lawrence Andrews dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Rev. Herman Shastri menyokong kenyataan tersebut. Paderi Lawrence dilaporkan mendakwa bahawa─

“Istilah ”Allah” yang digunakan oleh orang Kristian atau dalam tulisan mereka tidak bermaksud menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan. Kami mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan “Allah” sebagai terjemahan istilah “God” dan “Tuhan” sebagai terjemahan untuk istilah “Lord”.” (The Sun: 24 Disember 2007)

1.5       Beliau seterusnya mendakwa bahawa─

“mulai awal abad ke-19, para penganut Katholik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan “Allah” telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah “God”.”

1.6       Beliau turut menyatakan bahawa─

“para penganut Katholik Malta juga menggunakan perkataan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.”




1.7       Menurut Rev. Herman Shastri─

“para penganut Kristian yang tinggal di Negara-Negara majoriti Muslim menggunakan kalimah “Allah” apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami.”

1.8       Selain itu, merujuk kepada sebuah buku bertajuk KEBENARAN YANG MEMBIMBING KEPADA HIDUP YANG KEKAL yang diterjemahkan oleh Kumpulan Siswa-Siswa Alkitab (Bible) Indonesia, cetakan tahun 1973, kumpulan penulis buku ini menceritakan tentang usaha mereka untuk menghapuskan semua bentuk “bidaah” yang wujud dalam masyarakat dan amalan Kristian di seluruh dunia.

1.9       Pihak Kristian sendiri mengakui bahawa mereka mengalami masalah besar untuk menentukan nama Tuhan mereka yang sebenar. Menurut mereka, nama Tuhan mereka sebagaimana yang terkumpul dan tercatat dalam kitab-kitab suci yang berada di tangan mereka hanya mencatatkan perkataan “YHWH” (diRomankan dari huruf-huruf bahasa Hebrew yang berbunyi “Yod, He, Vau, He” atau “Yet, Huv, Wah, Huv”). Bahasa Hebrew jarang menggunakan huruf-huruf vokal untuk memudahkan cara pembacaan dan bahasa ini hanya fasih dibaca oleh mereka yang bertutur dalam bahasa tersebut. Justeru, pihak pemimpin agama Yahudi (Rabbi) tidak dapat mengagak bentuk sebutan sebenar perkataan “YHWH” itu. Rabbi-Rabbi Yahudi mengharamkan mana-mana individu Yahudi dari menyebut perkataan “YHWH” tersebut kerana ketidakpastian yang timbul. Sehubungan dengan itu, sebagai alternatif, mereka memasukkan perkataan “Adonai ” atau adakalanya “Elohim” untuk diganti sebut apabila ternampak perkataan “YHWH” dalam kitab mereka. Menurut Rabbi Yahudi, menyebut “YHWH” tanpa mengetahui cara sebutannya yang betul akan mengundang dosa.

1.10    Dalam “New Testament” atau “Perjanjian Baru” pula yang bahasa asalnya adalah bahasa Greek, nama Tuhan disebut dengan perkataan “Kyri.osyang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “Lord” dan perkataan “The.os” yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “God”.

1.11    Justeru, realiti nama sebenar Tuhan dalam kedua-dua Old Testament dan New Testament  (Perjanjian Lama dan Baru) yang terkandung dalam Bible menjadi suatu ketidakpastian sehingga kini. Ia kekal sebagai satu misteri sebagaimana agama mereka sendiri yang penuh dengan misteri-misteri yang tidak boleh dihuraikan oleh penganutnya.

1.12    Selepas abad ke-16, terdapat usaha-usaha daripada pihak sarjana Kristian untuk menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan cara sebutan terbaik kepada perkataan “YHWH”. Segelintir membacanya dengan sebutan “YaHWeh” dengan memasukkan huruf vokal “a” dan “e”. Sesetengahnya pula menyebutnya dengan sebutan “YeHuWaH. Walaupun begitu, tanpa alasan yang kukuh, sebutan “YaHWeh” dan “YeHuWaH” tersebut bertukar menjadi Jehovah dalam beberapa mazhab Kristian seperti Protestant dan Jehovah Witnesses. Justeru, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, mazhab Kristian lain cuba dengan sedaya upaya mengelak daripada menggunakan perkataan tersebut. Sebagai langkah selamat mereka menggunakan apa saja nama yang biasa digunakan masyarakat setempat bagi menggambarkan identiti Tuhan.

1.13    Isu sebegini sewajarnya tidak timbul jika tiada sebarang percanggahan fakta mengenai nama Tuhan dalam Bible agama Kristian. Dalam Bible (versi King James), Tuhan sebagaimana dalam kitab suci mereka telah beberapa kali memperkenalkan namaNya untuk dikenali oleh masyarakat penganut Kristian dan Yahudi. Sebagai contoh pernyataan di bawah yang dipetik daripada Old Testament

Exodus, 6 : 2 & 3 (Bible Versi King James)

“6:2 And God spake unto Moses, and said unto him, I am the LORD: 6:3 And I appeared unto Abraham, unto Isaac, and unto Jaco, by the name of God Almighty, but by my name JEHOVAH was I not known to them”.

1.14    Kesimpulannya, pernyataan tersebut menjelaskan bahawa sebelum zaman Nabi Musa, Tuhan hanya dikenali dengan nama “God”, yang merupakan terjemahan bahasa Inggeris terhadap versi asal pernyataan dalam gospel Exodus yang bahasa asalnya adalah bahasa Hebrew yang menggunakan perkataan “YHWH” sebagai kata ganti nama diri Tuhan. Bermula dengan Nabi Musa, Tuhan mula memperkenalkan namaNya sebagai “YHWH”. Tetapi setelah diterjemahkan dan dipersetujui oleh sekumpulan sarjana Kristian, dalam versi King James ini mereka menukarkan “YHWH” dengan nama “Jehovah”. Hakikatnya, menurut sarjana Katholik, nama Jehovah itu sendiri tidak pernah dikenali pada zaman-zaman sebelum ini.

1.15    Sehubungan itu, sewajarnya pihak gereja di Malaysia menggunakan perkataan “Jehovah” atau “YaHWeH” atau “YeHuWa” atau “YHWH” dan banyak lagi nama yang disabitkan dengan Tuhan mereka yang sememangnya tercatat dalam kitab asal mereka dalam bahasa Hebrew dan Greek. Istilah “Allah” merujuk kepada Tuhan yang mempunyai kualiti-kualiti yang sewajarnya dipenuhi terlebih dahulu untuk melayakkan setiap sesuatu yang cuba mendakwa dirinya sebagai Allah. Semua ciri yang sewajibnya wujud pada Allah, sewajarnya menepati ciri-ciri yang disebut dalam surah Al-Ikhlas. Imam Turmudzi, Imam Hakim dan Imam Ibnu Khuzaimah telah meriwayatkan sebuah hadis melalui Abul ’Aliyah, yang ia terima daripada Ubay ibnu Ka’b, bahawasanya orang-orang Musyrik telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ceritakanlah kepada kami Rabbmu.” Maka Allah menurunkan firmanNya seperti dalam surah Al-Ikhlas─

”Katakanlah: ”Dialah Allah Yang Maha Esa”. Allah, Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tiada yang setara denganNya”. (Al-Ikhlas : 1 - 4).

1.16    Selain itu, Professor Dr. Syed Tawfik Ali al-Attas telah melontarkan komentar yang amat bernas berhubung dengan penggunaan istilah ”Allah” dari aspek semantik. Beliau menegaskan bahawa cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui bahasa dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita telah diperingatkan oleh dakwaan penganut-penganut Kristian bahawa─

“Bible bahasa Melayu menggunakan “Allah” untuk “God” dan “Tuhan” untuk “Lord”.”.

1.17    Makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk adalah jelas salah dan seolah-olah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai peristilahan yang betul dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menterjemahkan istilah “Tuhan” untuk merujuk kepada “God” dan bukan istilah “Lord”. Orang Melayu memahami bahawa apabila istilah “ilah” digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris “God” dan istilah Melayu “Tuhan”, dan apabila istilah Arab “rabb” digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris “Lord”. Justeru, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya adalah “tiada Tuhan melainkan Allah” yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “there is no God except Allah”. Sekiranya istilah “God” diterjemahkan sebagai “Allah”, maka terjemahan tersebut akan berbunyi “Tiada Allah melainkan Allah” (“There is no Allah but Allah”), yang merupakan satu percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja mengeruh dan menimbulkan masalah, malah akan mengundang perselisihan dan rasa bingung.

1.18    Walau bagaimanapun, Paderi Lawrence sememangnya sarat dengan percanggahan. Beliau menggunakan rangkai kata “bahasa Malaysia” merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhi keperluan “ramai penganut Katholik yang bertutur dalam bahasa Malaysia” di Negara ini. Beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu dan bergantung kepada fakta dan ketetapan siasah dalam medan siasah yang diputuskan oleh Jemaah Menteri bahawa bahasa Melayu dirujuk sebagai “bahasa Malaysia”. Menurut Professor Dr Syed, apabila seseorang itu merujuk kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau kelaziman akidah yang tertentu (dalam hal ini bahasa Melayu) dia tidak seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada bahasa-bahasa yang lain. Bahasa Melayu khusus bernisbah kepada orang-orang Melayu. Menurut Professor Dr. Syed, bahasa Melayu adalah satu bahasa yang faham-faham utamanya adalah berkenaan dengan hakikat insan dan nisbah antara yang kudus dengan yang nista yang telah dilahirkan dari rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu. Budaya Melayu itu sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, jika peristilahan dari agama lain mengenai faham-faham utama diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. (Utusan Malaysia: 6 Januari 2008). 

2.         Analisis Perbandingan Konsep Tauhid dan Konsep Unitarian Aliran Eastern Church

2.1       Biarpun pelbagai penjelasan telah dikemukakan, pihak gereja begitu tegas dalam penggunaan kalimah Allah. Antara yang telah lama menggunakan istilah Allah adalah Gereja Timur yang sering dikaitkan sebagai gereja yang meyakini unitarian iaitu Tuhan adalah satu.

2.2       Pihak Gereja Timur sering mendakwa bahawa terdapat perbezaan yang jelas berhubung dengan konsep ketuhanan yang dipraktikkan oleh para penganut Kristian Roman Katholik di Negara Barat dengan para penganut Kristian di Negara Arab. Kebanyakan penganut Kristian di Negara Arab mempraktikkan agama Kristian Timur atau dikenali sebagai Eastern Church yang berpusat di Iskandariah atau Alexandariah. Para penganut Kristian Arab ini meyakini konsep ketuhanan mereka adalah unity iaitu tuhan adalah satu atau dirujuk sebagai esa.

2.3       Konsep unity merujuk kepada maksud konsep ketuhanan iaitu Allah (Tuhan) itu tidak mempunyai ciri Bapa, Anak dan “Hantu Suci” (Father, Son and Holy Ghost). Konsep Tuhan yang satu atau unity ini didakwa selari dengan konsep Allah yang Esa seperti yang dianuti dan diyakini oleh Muslim. Walau bagaimanapun, kenyataan atau dakwaan ini wajar diperhalusi untuk mengetahui kebenaran dan ketelusan konsep unity dan konsep tauhid.

2.4       The Encyclopedia of Christianity mendefinisikan maksud Eastern Church sebagai─

“Eastern Church is a relative term that goes back to the division of the – Roman Empire in 395 and denotes the church that developed in the eastern branch and that engaged in – mission beyond its borders. After the schism it came to be synonymous with Orthodoxy, in distinction from the Latin church of the West.” (Fahlbusch E. & Bromiley G.W:867)

2.5       Secara umum, Eastern Churches adalah mana-mana gereja (churches) yang lahir dan tumbuh di luar empayar Rom seperti Parsi, Syria, Armenia, Mesir, Etiopia dan India.

2.6       Apabila ditelusuri dengan lebih mendalam, tiada satu pun Eastern Church yang mempunyai akidah yang sama atau selaras dengan Islam dalam konsep ketuhanan. John Meyendorff, seorang pakar modern Orthodox menjelaskan di dalam bukunya Christ in Eastern Christian Thought bahawa─

The true concept of God is Trinitarian.- A little ealier we mentioned the Cyrillian christological formula – ‘One of the Holy Trinity suffered in the flesh.’ – A formula sung at every liturgy as part of the hymm ‘Only Begotten Son’.” (Meyendorff J.:181)

2.7       Sergeǐ Nikolaevich Bolgakov turut menjelaskan di dalam The Orthodox Church bahawa─

There is one fundamental Christian dogma confessed by St. Peter in the name of all Apostles and thus in the name of the Church: “Thou are the Christ, the Son of the living God.” This same dogma served as the subject of the Apostles at the time of Pentecost. Jesus Christ is the eternal Word, the Son of God, Who has taken upon Himself human nature, without division or confusion, true God and true man, Who came into the world to save mankind, died on the Cross, rose again from the dead, ascended into heaven and is seated at the right hand of the Father, and Who will come again to this world for the Last Judgment and for His eternal reign. Concerning this article of faith there is no different whatever between Orthodoxy and the belief of Catholicism or those Anglicanism – at least Anglo-Catholicism-or those of orthodox Protentantism.” (Bulgakov S.N.:100-101)

2.8       Berasaskan penjelasan-penjelasan tersebut, umumnya, kesemua Eastern Church percaya kepada ketuhanan Jesus Christ dan hanya berbeza pendapat dalam beberapa perkara berkaitan dengan bentuk ketuhanan Jesus. Sebagai contoh dalam persoalan sama ada Jesus adalah sepenuhnya Tuhan sahaja atau sepenuhnya Tuhan pada masa yang sama sepenuhnya manusia.

2.9       Pernyataan-pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa semua aliran Kristian sama ada Catholics, Protestants, atau Eastern Churches adalah berkonsepkan trinitirian dan bukannya unitarian dalam hal ketuhanan. Oleh itu, kenyataan yang menjelaskan bahawa keyakinan penganut Kristian di Negara Arab lebih menekankan konsep ketuhanan yang esa adalah tidak absah. Malah konsep keyakinannya adalah selaras dengan ketuhanan penganut Kristian di Negara Barat yang meyakini triniti. Apatah lagi, konsep unitarian ini sebenarnya berkembang pesat di Negara-Negara Eropah dan dibawa masuk ke Negara-Negara Arab. Justifikasi yang meletakkan keyakinan yang berasal dari Negara Arab adalah senada dengan keyakinan Islam adalah tidak wajar.

2.10    Selain itu, terdapat sebuah aliran gereja di Negara Mesir dan Syria yang dikenali sebagai Kristian Koptik atau Coptic Orthodox Church of Alexandria (Iskandariah). Gereja ini merupakan gereja terbesar bagi penganut Kristian di Mesir. Gereja ini juga sering dikaitkan sebagai mempraktikkan ketuhanan yang satu atau unity. Namun begitu, para penganut Coptic Church berfahaman bahawa Jesus Christ adalah tunggal, Tuhan sebenar dan manusia sebenar. Jesus Christ mempunyai sifat Tuhan dan juga sifat manusia (Otto Friedrich August Meinardus:54). Pemahaman dan keyakinan ini dikenali sebagai miaphysitism, iaitu istilah yang berlawanan dengan dyophysitsm yang menjadi keputusan Council of Chalcedon. Walaupun menolak keputusan Council of Chalcedon, jelas di sini Coptic Orthodox Church of Alexandria telah menganggap Jesus Christ mempunyai sifat ketuhanan.

2.11    Oleh itu, penganut-penganut Kristian di Negara Arab yang menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang esa adalah tidak absah dan amat bertentangan dengan konsep tauhid Islam walaupun mereka mendakwa bahawa unitarian lahir dalam Negara Arab yang memahami maksud unity berbanding trinity.

2.12    Allah S.W.T. menegur kesilapan dan kesalahan pemahaman ahli kitab di tanah Arab yang meyakini bahawa Isa al-Masih atau Jesus Christ adalah lebih daripada sekadar nabi dan juga pemahaman bahawa tuhan itu tiga (trinity). Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran─

“Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhny Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).” [al-Nisa’ 4:171]

2.13    Ayat di atas memperlihatkan bahawa fahaman triniti bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Kristian di tanah Arab pada ketika itu. Justeru, dakwaan yang menyatakan unitarian lahir di dalam Negara Arab adalah wajar diselidiki.

2.14    Walau bagaimanapun, agama Kristian menegaskan bahawa trinity itu merupakan satu bentuk kewujudan Tuhan dalam tiga individu yang bersatu sebagai Tuhan yang satu. “YaHWeH” yang merupakan Tuhan pertama dalam trinity, wujud dalam bentuk spiritual, tanpa bentuk dan daging. Manakala individu kedua dalam trinity iaitu Jesus Christ adalah Tuhan yang mengambil bentuk manusia yang mempunyai dua sifat. Sifat pertamanya adalah berupa ketuhanan dan sifat keduanya berupa manusia. Manakala, Holy Ghost (Ruhul Qudus) pula wujud dalam bentuk roh dan sering digambarkan dalam mana-mana potret lukisan trinity sebagai burung merpati putih yang terbang dengan cahaya yang bersinar di belakangnya sebagai simbol keamanan atau sebagai puting beliung yang melambangkan simbol kekuatan. Gospel Matthew, 3:16 mengukuhkan kenyataan ini─

3:16 And Jesus, when he was baptized, when up straightway out of the water: and, lo, the heavens were opened unto him, and he saw the Spirit of God descending like a dove, and lighting upon him”.

Kesimpulannya, Tuhan dalam konsep trinity wujud dalam tiga bentuk yang bercanggahan dengan Tuhan Yang Maha Esa sebagaimana yang diyakini oleh Yahudi dalam kitab Perjanjian Lama mereka yang merupakan sebahagian daripada Bible.


3.         Realiti Sejarah Penggunaan Kalimah Allah

3.1       Apabila ditelusuri aspek sejarah, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kalimah Allah ini telah lama digunakan dalam kalangan bangsa Arab sebelum lagi penurunan al-Qur’an mahupun perlantikan nabi Muhammad s.’a.w. sebagai nabi dan rasul. Ini  bererti dalam aspek sejarah masyarakat Arab, Timur Tengah dan Asia Barat, istilah Allah telah lazim digunakan oleh setiap individu biarpun agama anutannya bukan ajaran Islam.

3.2       Penggunaan kalimah Allah itu merujuk kepada Tuhan yang satu iaitu tuhan yang diyakini sebagai tuhan sembahan masyarakat ketika itu. Bahkan penggunaan kalimah Allah adalah milik sejagat. Tidak terhad hanya kepada etnik atau kaum tertentu.

3.3       Apabila nabi Muhammad s.’a.w dilantik sebagai nabi dan rasul dan al-Qur’an diwahyukan, penggunaan kalimah Allah terus diguna pakai dalam mengekalkan pengertian Tuhan yang satu iaitu kalimah yang telah lazim diyakini dan difahami oleh manusia sejagat waktu itu. Kalimah Allah juga merupakan istilah Arab yang digunakan oleh umat manusia Arab, Bani Israel (Yahudi, Nasrani, Najran dan sebagainya waktu itu dan juga dalam penulisan kitab suci mereka waktu itu) sebagai merujuk Tuhan yang disembah dan istilah yang selamat bagi tujuan mengekalkan pengertian Tuhan yang satu. Pun begitu, al-Qur’an telah memurnikan kalimah Allah dengan menegaskan bahawa kalimah Allah adalah merujuk kepada Allah yang Maha Esa, Allah itu mutlak dan abadi, Allah itu tidak memperanakkan dan tidak diperanakkan dan Allah tidak disetarai oleh siapa pun dan apapun (Surah al-Ikhlas). Ini merupakan sifat-sifat asas Allah yang wajib difahami dan diyakini oleh umat Muslim selain daripada 99 sifat Allah yang lain (Asma’ al-Husna). Tuntasnya, kalimah Allah digunakan sebagai istilah yang paling selamat untuk terus mengekalkan dan menyatakan konsep ketauhidan yang telah ditegaskan al-Qur’an dan ajaran Islam. Ini bererti al-Qur’an dan Islam telah menegaskan kualiti kalimah Allah dengan prinsip dan sifat asas yang sempurna bagi Allah yang Maha Esa.

3.4       Keadaan ini adalah amat berbeza di sebelah nusantara khususnya Tanah Melayu. Ini kerana Islam disebarkan dengan roh Islam. Ini bererti kalimah Allah yang diguna pakai sebagai merujuk Allah yang Maha Esa itu adalah dalam bentuk yang telah dimurnikan dan ditegaskan oleh al-Qur’an sebagai Yang Maha Esa. Roh Islam telah mewarnai dakwah Islam waktu itu. Worldview masyarakat Muslim nusantara khususnya Tanah Melayu adalah berpaksikan hakikat roh Islam. Justeru, worldview masyarakat Muslim Tanah Melayu adalah berbeza sama sekali dengan masyarakat Arab. Atas alasan ini, walaupun kalimah Allah telah lazim digunapakai di sebelah Arab tetapi persekitarannya adalah berbeza dengan Tanah Melayu-Malaysia. Umat Muslim Malaysia telah ditanamkan dengan budaya dan pemikiran yang jelas dan murni bahawa kalimah Allah adalah milik ajaran Islam dengan merujuk kepada Allah yang Maha Esa dan bukannya Allah triniti dan sebagainya. Sensitiviti ini yang wajar difahami dan dipelihara agar maslahah umat Muslim di Malaysia terus dipelihara dan ketenangan dan keharmonian dapat dicapai dalam masyarakat majmuk Malaysia. Justeru, keputusan Kerajaan seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja bertajuk “Hujah Menolak Penggunaan Kalimah ‘Allah’ oleh Kristian” tulisan Mohd Aizam bin Mas’od (rujuk lampiran) adalah amat relevan.

3.5       Sehubungan itu, ‘penjenamaan semula’ kalimah Allah yang cuba dibawa oleh pihak gereja dan Kristian adalah bukan lagi merujuk kepada kualiti konsep ketauhidan Allah sebagai Yang Maha Esa. Tetapi ia turut merujuk kepada konsep triniti yang jauh berbeza dengan uniti dan apatah lagi tauhid. Kualiti tauhid telah tiada dalam penjenamaan kalimah Allah dalam ajaran Kristian kini. Atas faktor ini telah menyebabkan kualiti kalimah Allah terjejas dan tercalar. Penyelewengan penggunaan kalimah Allah telah mengakibatkan istilah tersebut turut terheret kepada pengertian yang lemah dan tidak sempurna. Iaitu Tuhan disetarakan dengan makhluk. Tuhan tidak lagi Yang Esa tetapi Yang Tiga walaupun Tiga tadi dikatakan sebagai Yang Satu. Namun ia adalah berbeza walaupun kalimah Allah digunakan sebagai merujuk konsep kepercayaan Kristian.

3.6       ‘Peniruan’ penggunaan kalimah Allah yang tidak original ini hanya menjejaskan pengertian tauhid dalam kalimah Allah yang ditegaskan oleh al-Qur’an dan ajaran Islam. Analogi yang sama diguna pakai dan sebagai contohnya; dalam memperlihatkan jenama Calvin Klein yang asli dan yang tiruan. Kualiti adalah amat berbeza walaupun jenama tiruan seolah-olah mampu menyamai jenama asal dan tidak dapat dibezakan oleh individu awam tetapi individu pakar dapat merasai perbezaan ketara. Bahkan jenama tiruan boleh ditolak dan disaman hanya kerana menghasilkan suatu produk yang tidak setaraf dan merosakkan imej yang asli. Tegasnya penggunaan kalimah Allah yang digunakan oleh pihak gereja dan Kristian tidak menggambarkan keaslian maksud kalimah Allah tetapi telah berubah kepada maksud dan falsafah ajaran Kristian. Ini menjejaskan keaslian kalimah Allah yang telah sedia difahami dan diyakini umat Muslim Malaysia.

4.         Realiti Tauhid

4.1       Kalimah Allah digunakan dalam konsep ketauhidan Islam adalah dengan tujuan penegasan bahawa Allah adalah yang Maha Esa. Tiada penyekutuan. Allah juga digunakan bagi menghindari daripada pengertian yang tidak sewajarnya bagi Allah. Perkara yang tidak wajar itu adalah:

a.         Tuhan yang tidak beridentiti umpama tuhan dalam kepercayaan pantheisme yang meletakkan tuhan adalah segala-galanya dan segala-galanya itu adalah tuhan.Ini memperlihatkan tiada perbezaan antara tuhan dan makhluk. Tiada beza antara tuhan adalah pemilik segalanya dan segalanya adalah milik tuhan.
b.         Tuhan sebagai entiti yang tidak mutlak.Tuhan tidak memiliki identiti yang jelas.Kabur dan tidak dapat dijelaskan dengan rencam.

c.         Tuhan yang disifatkan dengan sifat makhluk iaitu bergender, makan, minum dan sebagainya.

d.         Tuhan sebagai jelmaan iaitu tuhan dijelmakan dalam bentuk objek, patung dan umpamanya bagi memudahkan komunikasi antara mahkluk yang menyembahnya.

e.         Tuhan yang diangkat iaitu tuhan yang ditarafkan statusnya sama seperti tuhan.

4.2       Berasaskan ketidakwajaran tersebut memperlihatkan bahawa Allah adalah kalimah yang mutlak bermaksud Tuhan yang satu dan satu-satunya (Cowan, 24). Atau dalam erti kata lain, Tuhan dalam bentuk nama dan identiti khas terkandung dalam pengertian Allah iaitu Esa. Sekiranya tuhan digunakan sebagai merujuk kepada Allah bererti, istilah tersebut boleh diubah menjadi tuhan  (t kecil) atau Tuhan (T besar), tuhan-tuhan (ramai) atau tuhan (satu) dan penambahan nama terbitan seperti ketuhanan dan sebagainya. Analogi ini boleh diguna pakai dalam istilah god dengan meletakkannya sebagai satu, ramai, umum, khas dan bahkan ‘memperempuankannnya (godmother) atau melelakikannya (godfather) dan sebagainya.

4.3       Ini berbeza dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan umum, banyak atau ramai atau sedikit dan sebagainya. Tuntasnya, istilah Allah tidak boleh dimanupulasikan dalam apa metode sekalipun dalam bahasa asalnya (Ahmad Deedat, 1981, 33). Ini bererti dari aspek linguistik, istilah Allah adalah ‘superior’ daripada apa jua istilah, apa jua bahasa sebagai satu bentuk memelihara dan mempertahankan secara dalaman (in built) pengertian keEsaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak diyakini dan disembah.

4.4       Sehubungan itu, sekiranya Allah yang ingin diguna pakai oleh pihak gereja dan Kristian sebagai merujuk kepada pengertian triniti bererti “Tuhan yang satu sebagai tiga” atau ‘Tiga dalam satu’ yang merujuk Allah tuhan bapa (To be Omnipotent implies that God is transcendent (the Father), Allah tuhan anak  (To be a Sustainer of mankind implies that God is incarnate (the Son) dan Allah tuhan Roh Kudus (To be Omnipresent implies that God is immanent (the Holy Spirit) yang dikatakan tidak bercanggah dengan konsep keMahaEsaan Allah menurut Islam bahkan memutlakkan keEsaan Allah itu (Joachim Ng 1987, 11) wajar diperhalusi. Ini kerana kelogikan triniti sentiasa dipersoalkan. Umpamanya sekiranya Allah dalam penjelmaan anak, siapa pula yang menjaga perjalanan alam semesta sedangkan alam ini sentiasa diketahui dalam pengurusan Allah. Persoalan kritikal seperti ini tidak dapat dihuraikan oleh agama Kristian dan gereja dengan rencam kerana penjelmaan Tuhan sebagai anak bukanlah secara simbolis tetapi secara realiti dengan berjasad manusia. His (Jesus) resurrection from the dead, more than anything else convinced His disciples that He was indeed the Son of God” (B.C Ang 1980, 99).

4.5       Tuntasnya, tauhid dan pengEsaan Allah yang sebenarnya tidak memadai dengan hanya menyatakan perakuan bahawa Allah yang disembah itu adalah Allah yang satu. Pengertian Maha Esa bukanlah hanya bersifat kuantitatif iaitu dari aspek bilangan Tuhan tidak melebihi satu tetapi wajar dari aspek kualitatif iaitu memperlihatkan bahawa sifat-sifat   dan identiti Allah adalah tersendiri dan sama sekali tidak setaraf dan setara dengan makhluk-makhluk ciptaanNya walau dalam apa bentuk dan cara sekalipun. Ini bererti bahawa mentauhidkan Allah adalah dengan memelihara pengertian dan konsep ketuhanan daripada sebarang bentuk dan cara sama ada dari aspek teori, amali, lahir atau batin yang boleh menjejaskan pengertian keEsaan dan keunikan Allah.

5.         Terjemahan Dan Penggunaan Kalimah ’Allah’ Yang Hakiki

5.1       Secara umum, Syariah merujuk kepada maksud memelihara agama. Menurut kaedah fiqh, kemudaratan adalah wajar dicegah. Justeru, pencegahan adalah lebih baik daripada isu penggunaan kalimah Allah ini terus berkembang.

5.2       Saya menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di dalam kitab-kitab pengajaran agama Kristian terbitan gereja-gereja ini mendorong kitab tersebut dibaca dengan mudah oleh individu Muslim. Kebimbangan ini adalah berasaskan seandainya individu Muslim tersebut kurang mendapat pendidikan agama dan mempunyai sikap toleransi beragama yang amat tinggi, kitab-kitab ini boleh mencetuskan kekeliruan akidah Muslim tersebut dan mendorong mereka untuk berpendapat bahawa Tuhan adalah sama.

5.3       Istilah “Allah” dan bukannya “Tuhan” digunakan oleh umat Islam untuk mengelakkan dari makna-makna lain yang tidak dikehendaki seperti Tuhan yang tidak beridentiti daripada fahaman pantheisme iaitu Tuhan adalah segala-galanya dan segala-galanya adalah Tuhan, Tuhan sebagai entiti yang tidak mutlak dan kabur daripada pandangan idealist, Tuhan sebagai sifat makhluk yang mempunyai jantina dan perlu memenuhi kehendak-kehendak biologi seperti makan, minum dan berkeluarga, Tuhan yang mempunyai kehendak sosial seperti berkawan, berkelompok, berpolitik dan beragama, Tuhan sebagai satu bentuk manifestasi atau jelmaan iaitu yang dijelmakan dalam bentuk objek-objek yang dapat dilihat dan Tuhan yang asalnya bukan Tuhan diangkat menjadi Tuhan seperti harta benda, kekayaan, sanjungan dan kedudukan. Semua sifat-sifat ini bukan ciri ketuhanan yang dikehendaki.

5.4       Umat Islam wajib melafazkan perakuan keimanannya secara formal, iaitu “La Ilaha illa Allah” yang bermaksud “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” dan “Muhammadur Rasulullah”, yang bermaksud “(Nabi) Muhammad itu Pesuruh Allah”. Umat Islam tidak melafazkan perakuan tersebut sewenang-wenangnya seperti “Tuhan yang saya sembah adalah Allah” atau “Allah adalah Tuhan saya”. Ini menjelaskan bahawa seseorang Muslim tegas membuat perakuan ketuhanan mereka dalam bentuk negatif iaitu menegaskan perakuan kewujudan satu Tuhan yang Esa yang dinamakan dan dirujuk sebagai Allah di atas penafian tuhan-tuhan lain. Unsur penafian tuhan-tuhan lain ini adalah tunjang konsep ketuhanan dalam Islam iaitu ketauhidan. Ini merupakan intipati tauhid iaitu penegasan tentang pengesaan Allah dalam konsep ketuhanan Islam yang dititikberatkan dalam akidah Islam.

5.5       Istilah Allah secara mutlak daripada Al Quran bererti “Tuhan yang satu dan satu-satunya” yang merupakan satu nama khas dan bukan ganti nama. Allah tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Perkataan “Tuhan” sebagai bukan nama khas adalah “Ilah” dan bukannya Allah. Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang identitinya adalah keesaan. Penggunaan perkataan Tuhan boleh diumumkan dan boleh dibanyakkan dengan menggantikan “T” besar kepada “t” kecil. Sebagai contoh, adalah dengan memanusiakan pengertiannya seperti ”godfather”, “godmother” atau mewanitakannya dengan “goddess” atau memperkecilkannya dengan “godling”. Ini adalah jelas bahawa istilah “Allah” merupakan kata nama khas. Justeru, kalimah tersebut tidak boleh dimanipulasikan daripada bahasa asalnya (Ahmad Deedat, 1981: 33). Istilah Allah adalah lebih agung daripada semua istilah dan bahasa kerana ia mempertahankan dan memelihara makna keesaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

5.6       Selain itu, istilah Allah adalah mushtaq iaitu kata nama khas. Ini kerana sekiranya istilah Allah digandingkan dengan istilah “Ya” dalam bahasa Arab yang bermaksud kata seruan “Wahai”, istilah Allah tetap kekal. Huruf “alif”, “lam” dan “lam” sebagai konotasi nama khas tidak boleh dibuang. Ia tidak boleh disebut sebagai “Ya Lahu”. Ini berbeza dengan kalimah “Al-Rahman” yang meupakan antara sifat Allah iaitu pengasih/penyayang. Apabila ia digandingkan dengan istilah “Ya”, alif lam makrifah (kata nama khas) wajar dibuang dan menjadikannya sebagai “Ya Rahman”. Ini membuktikan bahawa istilah Allah adalah kata nama khas atau mushtaq. (Ibn Manzur, t.t.)

5.7       Surah Al-Ikhlas membahaskan mengenai konflik yang berlaku di kalangan masyarakat penganut agama ketika itu. Masing-masing mendakwa bahawa agama mereka menyembah Allah. Persoalannya siapakah sebenarnya Allah yang dituturkan dan disembah oleh agama-agama tersebut; Adakah ia tepat dan benar dengan konsep “Allah” yang dirujuk sebagai Tuhan sembahan mereka? Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata Ikrimah berhubung dengan faktor sabab al-nuzul (sebab penurunan ayat) tersebut

Ikrimah: “Ketika orang Yahudi mengatakan: “Kami menyembah U’zair anak Allah”. Orang Nasrani menyatakan: “Kami menyembah Al-Masih anak Allah”. Majusi mengatakan: “Kami menyembah matahari dan bulan”. Orang Musyrikin pula mengatakan: “Kami menyembah berhala”. Lalu Allah s.w.t . menurunkan ke atas Rasulullah s.a.w. surah Al-Ikhlas yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad bahawa Allah itu Esa, Allah itu tempat bergantung segala makhlukNya, Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Allah itu tiada bagiNya sekutu”.

5.8       Perbincangan tersebut, membuktikan bahawa maksud kalimah Allah yang digunapakai oleh para penganut bukan Muslim adalah amat berbeza dengan maksud kalimah Allah yang dijelaskan oleh Islam. Islam menegaskan ketauhidan Allah. Manakala agama-agama lain mempunyai konsep yang berbeza iaitu keyakinan terhadap ketuhanan tuhan yang satu yang dimulai dengan angka sifar dan dilanjutkan dengan angka yang berikutnya. Justeru, adalah tidak wajar sekiranya kalimah Allah ini digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami realiti maksud kalimah ini yang merujuk kepada zat Allah yang Agung dan Maha Esa. Penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara oleh kerajaan untuk mengelak daripada kekeliruan di kalangan individu Muslim dengan nama Allah Yang Maha Esa dan Yang Maha Agung.

6.         Kesimpulan

6.1       Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut, ternyata bahawa pihak Kristian menggunakan metode penghujahan bahasa. Namun, oleh kerana kita menghujahkan hakikat bahawa bahasa dan fikiran adalah saling mencerminkan satu sama lain, sebarang istilah dari satu tradisi pemikiran, apabila diterjemahkan perlulah membayangkan tradisi pemikiran yang asal, jika tidak makna sebenar peristilahan yang diterjemahkan akan menjadi kacau bilau. Dalam hal ini, mereka menghujahkan bahawa menurut tradisi pemikiran Katholik, istilah “God”  diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai “Allah”, satu kalimah yang mencerminkan tradisi pemikiran Islam. Justeru itu, makna sebenar istilah asal “God”, seperti tergambar dalam tradisi pemikiran Katholik dengan sengaja sedang dikelirukan.

6.2       Tuntasnya, pihak Kristian tidak memiliki hak atau keizinan untuk menterjemahkan peristilahan yang terdapat dalam satu tradisi pemikiran akidah agama dengan menggunakan ungkapan-ungkapan tradisi pemikiran akidah agama yang lain, khususnya ungkapan-ungkapan yang merujuk kepada siapa itu Tuhan yang tidak ada faham tasdiqnya dalam tradisi agama Kristian. Rasa hormat perlu diperlihatkan kepada istilah-istilah penting dan erti-erti maknawi yang mencerminkan agama Islam dalam bahasa Melayu, persisi sikap orang Islam yang menghormati istilah dan faham dasar agama Kristian. Masyarakat Muslim Malaysia tidak merujuk tempat pemujaan non-muslim sebagai masjid, tetapi sebagai gereja, kuil, candi dan sebagainya. Masyarakat turut tidak menganggap pemimpin sembahyang berkumpulan  non-Muslim sebagai imam, melainkan selaku paderi, sami dan seterusnya. Namun, atas dasar toleransi beragama, masyarakat Muslim Malaysia tidak menafikan hak mana-mana golongan penganut agama lain menterjemahkan buku suci masing-masing dalam bahasa Melayu. Cuma, seandainya ada yang hendak berbuat demikian, maka golongan tersebut mestilah memiliki ilmu dan keahlian mengenai bahasa Melayu, cukup berdaya cipta dan kreatif untuk menggunakan peristilahan yang benar-benar mencerminkan tradisi pemikiran akidah agama masing-masing.

6.3       Sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi pihak gereja Roman Katholik dan seumpamanya untuk bersikap lebih teliti, waspada, berhati-hati dan memahami sensitiviti warga Muslim Malaysia dan dunia.

6.4       Secara umumnya dan ilmiahnya, adalah harus kepada non-Muslim menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah milik umat manusia sejagat. Namun persoalan di sini bukannya boleh atau tidak boleh non-Muslim menggunakan kalimah Allah. Namun, persoalan di sini ialah sejauh mana telusnya penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja dan Kristian yang secara halusnya cuba memplagiat kalimah Allah dengan maksud tidak lagi menjaga kualiti kalimah tersebut sebagaimana yang ditegaskan Islam dan al-Qur’an tetapi dengan maksud cenderung kepada memperlihatkan falsafah ajaran Kristian. Ini dilihat telah mencabuli hak worldview Islam di Malaysia dan sekaligus boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian. Perkara ini wajar dipertahankan agar kalimah Allah tidak digunakan dengan maksud yang berbeza daripada worldview Islam.

6.5       Umat Muslim Malaysia wajar memahami perpaduan dan keharmonian nasional adalah penting. Namun, jati diri tidak boleh digadai dan dijual beli. Akidah Tauhid adalah dasar dan tunjang umat Muslim yang wajib dipertahankan. Umat Muslim wajar mengetahui perbezaan adalah penting dan memahami bahawa perbezaan wajar wujud dalam penggunaan kalimah Allah. Umat Muslim wajar memahami mengapa kalimah Allah dipertahankan adalah kerana kemampuan kalimah Allah dan konsep ketuhanan Islam memelihara kesucian ketauhidan Allah dan bukannya atas sebab keangkuhan dan etnosentrik mereka.

6.6       Tuntasnya, perpaduan dan keharmonian di Malaysia masih mampu dijayakan dalam keadaan wujudnya perbezaan agama yang ada dengan syarat wujudnya sikap saling ‘hormati perbezaan dan halusi persamaan’. Ini bererti, slogan yang menyatakan bahawa One God, Many Paths bukanlah satu-satunya metode yang baik untuk menyelesaikan masalah perpecahan agama dan sekaligus mampu memupuk perpaduan etnik demi kesejahteraan Malaysia. Tetapi sikap saling menghormati dan memahami mengapa umat Muslim itu memilih untuk berbeza dalam penggunaan kalimah Allah yang sewajarnya hanya digunakan oleh Muslim dan bukannnya pihak gereja dan Kristian itu yang perlu diperhalusi. Sekaligus juga, adalah wajar memperjelaskan mengapa umat Muslim Malaysia begitu beriya-iya mempertahankan kalimah Allah hanya eksklusif kepada mereka walhal realitinya kalimah Allah adalah untuk umat manusia sejagat. Wajar juga dijelaskan mengapa baru sekarang pula pihak gereja dan Kristian begitu beriya-iya untuk menggunakan kalimah Allah dalam maksud yang berbeza dengan realiti maksud kalimah dan kualiti kalimah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam perbincangan ini. “Perbezaan adalah suatu rahmat dan bukannya suatu yang keramat”.

RUJUKAN
-Al-Qur’an al-Karim
-The Holy Bible Containing Old Testament and New Testament, Grand Rapids.
- The Book of Mormon: Another Testament of Jesus Christ, Utah, U.S.A.
- Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur‘an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Ahmad Deedat (1981), Atnatu; a Novel Concept of God, Durban: Islamic Propagation Centre.
-Aliran (1980), One God, Many Paths, Penang.
-Amriah Buang (Prof) (2009), Mengapa Kalimah Allah?”, Interactive Muslimah Association.
-Ang, B.C (1980), One God, Many Paths, Aliran:Penang.
- Bulgakov S.N (1988). The Orthodox Church (Translation by Pravoslavie), St. Vladimir's Seminary Press.
- Chandra Muzaffar (1980), One God, Many Paths, Aliran: Penang.
-Chandra Muzaffar (1987), Islamic Resurgence in Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
- Enakmen Ugama Bukan Islam (1988), (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam).
-Fahlbusch E. & Bromiley G.W. The Encyclopedia of Christianity, Wm. B. Eerdmans Publishing.
-Ibn Kathir (t.t.), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut: Dar al-Kitab.
-Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-‘Arab, Beirut.
-Jakim (2009), Kalimah Allah, bukan bermakna "God Semata-mata, Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.Perlembagaan Persekutuan
-James Hastings (1913), Encyclopedia of Religion and Ethics, Edinburgh: T&T
Clark.
-James Ng (1987) “Knowing what the Trinity is”, The Sunday Mail, March1, 1987.
- Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (1993), “Konsep Trinity Menurut Kristian: Analisis Ilmiah: dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 2, Kuala Lumpur: Akademi Islam, Universiti Malaya.
-Mangalam (1980) “A Hindu Views”, One God, Many Paths, Aliran: Penang.
- Meyendorff J (1995). Christ in Eastern Christian Thought, St. Vladimir's Seminary Press.
-Otto Friedrich August Meinardus (2007), Two Thousand Years of Coptic Christianity, American Univ in Cairo Press.
-S.P Subramaniam (1980), ‘A Hindu View”, One God, Many Paths, Aliran: Penang.
-T.C The (1980), “A Buddhist View’, One God, Many paths, Aliran: Penang.
-The Star, 28 December 2007.
-The Sun, 24 December 2007.
- Utusan Malaysia, 6 Januari 2008.